4
Acar Telur


Before this ada post nasi lemak pandan yang teramat la sedap tu. So, acar telur ni salah satu lauk yang dipadankan bersama nasi tersebut. Acar ni pun sedap. Sepatutnya guna telur puyuh tapi saya cuma gunakan telur ayam je...telur puyuh ker...telur ayam ker...sama jer kann...telur jugak.


ACAR TELUR
recipe: Zarina Home Cooking


Bahan-Bahan
  • 5 biji telur [direbus & digoreng seketika]/20-30 biji telur puyuh (direbus)
  • 1 batang timun , buang biji dan potong memanjang
  • 1 batang carrot, potong memanjang
  • 2 sudu besar cuka
  • 2 sudu besar gula
  • 20 biji cili padi hijau dan merah
  • 1 sudu besar bijan, disangai
  • garam secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak
Bahan Kisar
  • 4 biji cili merah
  • 10 buah keras
  • 4 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1.5cm halia
  • 1cm kunyit hidup atau 1 sudu kecil serbuk kunyit

Caranya
  • Taburkan 1 sudu besar garam ke atas hirisan timun dan carrot. Biarkan selama 15 minit dan toskan.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau. Perlahankan api, masukkan cuka, gula dan gaul rata.
  • Masukkan telur. Selepas 1 minit masukkan pula timun, carrot dan cili padi. Gaul rata hingga sebati.
  • Sebelum diangkat, masukkan bijan yang disangai tadi.

4 sweet comments:

Yatie said...

Salam Akma,
Arini akak wat sambal udang..mkn dngn nasi lemak harum limau purut..rasanya sedap gak bila di mkn bersama acar telur tu ya..msk listlah ni..

Iza Akma said...

Salam..
Hmm, terliur sat bila kak yatie sebut sambal udang..Sedap acar ni..sbb rasanya yg masam2 manis..lain kali nak try dgn telur puyuh pulak. Selamat mencuba!

Ayu said...

salam Akma,
Dah tidur ke tu?.. akak datang ni sebab terbau acar telur kat sini..heheh..sampai tak boleh tidur tau..thanks sudi cuba ya..

Iza Akma said...

Salam..
Kak Ayu dtg..sy dah lena dibuai mimpi kak. Ooh, kalau dah sampai seberang tambak terbau acar ni...mmg power la resepi nih. Tkasih ya sbb kongsi resepi yg sedap ni..