0
Info Sihat - Mangga Untuk Kesihatan

Berasal dari keluarga Anacardiaceae dengan nama saintifiknya Mangifera Indica. Selain rasanya yang manis dan menyegarkan, ternyata buah mangga juga memiliki khasiat baik yang diperlukan untuk kesihatan malah berkesan mengubati pelbagai penyakit. Mangga kaya dengan vitamin antioksidan seperti vitamin C dan E, selain kaya juga dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium dan magnesium

Buah mangga ranum mengandungi 78-85g air, 13-20g karbohidrat, 0.3-0.8g protein, 0.1-0.2g lemak, 0.6-0.7g fiber, 0.1-0.2mg besi, 10-15 mg fosforus, 9-25mg kalsium, 0.03-0.09mg vitamin B1, 0.05-0.08mg vitamin B2, 14-62mg vitamin C, di samping asid benzoid, asid sitrik, mangiferin, mangin dan tanin.


KHASIAT MANGGA

Agen Antioksidan@Anti Kanser
Beta-karoten adalah zat dalam tubuh yang akan diubah menjadi vitamin A (zat gizi yang penting untuk fungsi retina). Beta-karoten dan vitamin C juga tergolong sebagai antioksidan, yang dapat memberikan perlindungan terhadap kanser kerana ia dapat meneutralkan radikal bebas. Radikal bebas adalah molekul-molekul tidak stabil yang dihasilkan oleh berbagai proses kimia normal tubuh, radiasi matahari, pencemaran persekitaran seperti asap rokok dan pengaruh-pengaruh lain yang berada dalam lingkungannya. Para ahli meyakini mangga adalah sumber carotenoid atau juga disebut beta crytoxanthin, iaitu agen penghalang kanser yang baik.


Kesihatan Gigi dan Gusi
Kandungan vitamin C dalam mangga cukup tinggi. Setiap 100 gram buah mangga yang ranum membekalkan sebanyak 41 mg vitamin C, sementara mangga muda sehingga 65 mg. Ini bermakna, pengambilan sebanyak 150 gram mangga ranum, keperluan vitamin C sebanyak 60 mg yang diperlukan bagi seorang dewasa lelaki dan wanita sehari dapat dipenuhi.

Di samping berfungsi sebagai antioksidan, vitamin C dalam buah mangga juga berfungsi menjaga dan merangsang kesihatan pembuluh dan kapilari darah, kesihatan gigi dan gusi. Ia membantu penyerapan zat besi di samping dapat menyekat penghasilan natrosamin - penyebab kanser. Vitamin C juga mampu membantu memperbaiki tisu-tisu yang rosak dalam proses penyembuhan luka.


Potasium Menurunkan Risiko Stroke
Mangga kaya dengan potasium@kalium. Setiap 100 gm mangga mengandungi sebanyak 189 mg potasium. Dengan mengambil sebiji mangga harumanis yang bersaiz kecil (minimum 250 gm) atau mangga yang bersaiz medium (200-250 gm) keperluan potasium sebanyak 400 mg sehari yang diperlukan oleh tubuh badan dapat dipenuhi.

Potasium berfungsi meningkatkan kestabilan denyut jantung, mengaktifkan kontraksi otot dan membantu tekanan darah. Pengambilan potasium yang mencukupi dapat mengurangkan kesan sodium dalam meningkatkan tekanan darah, secara tidak langsung dapat mengurangi risiko stroke. Satu kajian menunjukkan bilamana seseorang menambahkan sepotong buah yang tinggi kandungan potasium dalam diet harian mereka, risiko terkena stroke fatal (stroke yang boleh membawa maut) dapat dikurangi sebanyak 40%. Pengambilan tambahan potasium sebanyak 400 mg setiap hari boleh mengurangkan kemungkinan mendapat penyakit yang berkaitan jantung dan pembuluh darah.


Baik Untuk Pencernaan, Kesihatan Mata, Mulut dan Kerongkong
Mangga memiliki sifat kimia dan efek farmakologis tertentu, iaitu bersifat pengelat (astringent), juga sebagai pelawas air kencing. Kandungan asam pada mangga sangat baik untuk saluran pencernaan.
Sebiji mangga mengandungi 7 gram serat yang dapat membantu sistem pencernaan. Sebagian besar serat larut dalam air dan dapat menjaga kolesterol agar tetap normal.
Sementara kandungan riboflavinnya sangat baik untuk kesihatan mata, mulut, dan kerongkong.


Menyembuhkan Berbagai Macam Penyakit
Mangga juga mampu menyembuhkan pelbagai penyakit, antaranya radang kulit, influenza, asma, gangguan penglihatan@rabun, gusi berdarah, radang kerongkong, radang saluran pernafasan, sesak nafas dan ulser.

Selain itu juga boleh mengatasi bisul, kudis, ekzema, perut memulas, cirit-birit, mabuk perjalanan, cacingan, kurang nafsu makan, masalah keputihan, gangguan haid, rheumatism(penyakit sengal-sengal) dan hernia@burut(sejenis penyakit yang menyebabkan isi perut turun ke bawah dan kantung kemaluan menjadi bengkak)

Amalan meminum jus buah mangga merupakan amalan berkesan untuk mereda dan menyembuhkan penyakit ini. Ini kerana kandungan karbohidrat dan enzim yang tinggi dalam mangga akan percepatkan proses penyembuhan di dalam dan di luar badan


Kebaikan Buah Mangga Sebagai Terapi
-Pembersih darah
-Menurunkan panas badan
-Baik untuk menghilangkan bau badan.
-Mampu membersihkan aliran darah
-Merawat payu dara bengkak selepas bersalin
( Kulit batang mangga hutan digesek-gesek di atas pasu. Kulit yang sudah hancur itu ditampalkan ke atas payu dara yang bengkak )


KAEDAH PENGUBATAN:

Untuk mengatasi radang kulit - Gunakan kulit buah mangga
Caranya: 150gm kulit buah mangga dimasak dengan air secukupnya hingga mendidih. Dalam keadaan hangat, air rebusan ini dipakai untuk mencuci bahagian kulit yang mengalami sakit atau peradangan.

Penyakit influenza (selsema)
Caranya: 200gm isi buah mangga ditambah 10 gram halia, dan dua batang daun bawang putih. Bahan-bahan ini direbus dengan 500 cc air sehingga menjadi 250 cc. Kemudian airnya ditapis dan diminum suam.

Mabuk perjalanan
Caranya: mangga dikeringkan terlebih dahulu, kemudian direbus dengan air secukupnya. Setelah hangat, tambahkan madu secukupnya dan 10 cc air limau nipis dikacau hingga rata. Minum suam-suam.

Sumber Info: elizasfamily.blogspot.com

0 sweet comments: