Talam Lapis Ubi Keledek
Salam pagi Jumaat pada semua pengunjung. Hari ni pepagi lagi dah n3 sebab sat lagi kami akan berangkat ke Kuantan bagi majlis pernikahan adik lelaki bongsu pada malam ini. Jadi n3 ini adalah n3 terakhir untuk minggu ini. Selama ketiadaan tuan umah, jangan segan...jangan malu...jenguk-jenguk lah ke sini ya. Terima kasih atas sokongan rakan-rakan blogger semua.
N3 ini didatangkan khas untuk peminat dan penggemar setia kuih talam. Kuih ni special sikit kerana ada campuran keledek dan koko...lain sikit dari kebiasaan.
Hasilnya memang sedap...kenyal-kenyal manja gitew. Pada sesapa yang ingin mencuba, jangan risau...gerenti jadi...kalau tak jadi juga...kena pegi kelas intensif la tuu...heheh...Jadi tunggu apa lagi, for all kuih talam lovers...macam kak Yatie...kak Ayu...cuba taw jangan tak cuba... Selamat mencuba semua!
Bahan Lapisan Coklat
Caranya
Bahan Lapisan Keledek
Caranya
Sebelum mula mengukus, loyang hendaklah dialas dengan plastik yang tahan panas dan lenserkan dengan sedikit minyak. Tujuannya supaya kuih mudah dikeluarkan.

TALAM LAPIS UBI KELEDEK
source: Rozita@Ita's Delight
Bahan Lapisan Coklat
- 20 gm serbuk koko
- 100 gm gula pasir
- 150 gm gula merah
- 100 gm tepung ubi
- 150 gm tepung beras
- 900 ml santan (400ml santan pekat + 500ml air)
- 3 helai daun pandan
- 1/2 sudu teh garam
Caranya
- Masak gula merah, gula putih dan santan sehingga gula hancur, kemudian sejukkan sebentar. Masukkan semua bahan lain, gaul rata dan ketepikan.
Bahan Lapisan Keledek
- 600 ml santan (250ml santan pekat + 350ml air)
- 50 gm tepung ubi
- 150 gm tepung beras
- 180 gm gula pasir
- 200 gm ubi keledek, rebus dan lecek (rebus dulu baru timbang)
- 1/2 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh pewarna kuning
Caranya
- Masak gula bersama santan sehingga gula hancur.
- Kisar ubi keledek yang telah dilecek tadi dengan santan yang dimasak, lalu masukkan bahan-bahan lain dan gaul rata.
- Masukkan pewarna kuning.
- Kukuskan selapis demi selapis berselang-seli sehingga adunan habis.
Sebelum mula mengukus, loyang hendaklah dialas dengan plastik yang tahan panas dan lenserkan dengan sedikit minyak. Tujuannya supaya kuih mudah dikeluarkan.
5 comments:
Salam Akma nampak menarik kuih Talam Lapis ni.....tgk pun dah tau sedap ni....nieza pun suka:)
Salam Akma,
Akak mmng tak sabar nak mencuba kuih ni..tergoda betul di buatnya...tapi takde stok keledek wat masa ni..labu adalah...leh gak tukar eek....takpe2 saborlah..cuba yg ni dulu...terliur je tngk..
Salam Iza. Cantik nya kuih ni. Along kalau buat yg letak tpg ubi selalu je tak jadi...
> Nieza - W'salam, mmg sedap nieza..nieza pun suka kuih2 talam ni yer...kalau suka, boleh la cuba..
> Yatie - W'salam, n3 ni utk kipas kak yatie...tergoda??...itulah umah jauh-jauh kann, kalau berjiran...kak yatie dah merasa dah kuih nie...
> Along - cubalah along, don't worry...resepi ni mesti jadi punyer..
best nyerrrrr nk cuba try
Post a Comment