6
Ayam Goreng Kunyit


Assalamualaikum...

Ingat tak n3 Nasi Kuning Aroma hari tu..haa...n3 kali ni ialah sambungannya. Oleh kerana nasi itu ala-ala nasi lemak maka saya padankan bersama lauk Ayam Goreng Kunyit ini selain Sambal Sotong Miri. Saya pilih masakan ayam begini sebab paling senang dimasak selain ada campuran sayuran dalamnya...bak kata orang, 2 in 1...jadi tak perlu lah masak sayuran lain lagi.


Walaupun ringkas dan mudah, saya masukkan juga resepinya untuk rujukan sendiri manalah tahu kan resepi yang senang macam ini pun kadang-kadang boleh lupa. Atau setidak-tidaknya anak-anak boleh buat rujukan untuk masak sendiri jika ketiadaan saya di rumah..


AYAM GORENG KUNYIT (my style)
source : Akma @ SSK


Bahan-Bahan
  • 1 keping dada ayam - dipotong kecil
  • 6 batang kacang panjang - dipotong 1 inci panjang
  • 1/2 batang carrot - dipotong memanjang spt batang mancis
  • 1 biji bawang besar (kuning) - dihiris tebal
  • 2 biji cili merah
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 sudu teh lada hitam *
  • 1 ulas bawang putih, dicincang
  • serbuk kunyit
  • sedikit garam


Caranya
  • Tumbuk halus bahan bertanda (*). Lumurkan pada ayam serbuk kunyit, garam dan bahan tumbuk hingga rata. Biarkan seketika dalam 10 minit.
  • Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ayam sehingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  • Dengan menggunakan minyak lebihan menggoreng tadi, masukkan cincangan bawang putih. Setelah naik baunya masukkan pula hirisan bawang, cili merah, carrot dan kacang panjang. Kacau-kacau sekejap, tutup kuali dengan penutup supaya sayuran cepat masak. Tapi jangan terlalu lembut nanti tak sedap.
  • Masukkan ayam goreng tadi dan perasakan dengan garam jika perlu. Kacau rata. Siap untuk dihidangkan.


6 sweet comments:

ady said...

Salam kak Iza

menarik dan nmpak sedap..nanti nak try buat...tapi kalau buat tak blh letak sayur ..anak2 tak suka...

Iza Akma said...

w'salam ady,

boleh saja kalau tak letak sayur..biasa la anak2 lebih suka mencari ayamnya drpd sayur kan..anak2 kak pun cam tu juga..isinya diorang habis bedal..kak cuma dpt sayur jerk...

Nieza said...

kak, sedapnya ni...betul la saya pun kekadang malas nk msk sayur main bubuh 2 in 1 jer senang...jimat masa dan tenaga hehe

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Ini kalau kena dengan Tom Yam memang terangkat. Perghh sedap ni, mak mertau lalu boleh tak sedarla.

Iza Akma said...

Nieza,
betul tu nieza..kita ni kekadang bila time no mood nak masak..main buh je sume jd satu..anak2 n asben pun kata..mmm kreatif..tp sebenarnya kes angin malas..hehe

Paty's Kitchen,
a'ah kak paty..sesekali mkn lauk simple cam ni..berpinggan habis pun tak sedar..nak2 lawan dgn tom yam mcm kak cakap..

Khuzaida Amir said...

Yummyy....mmg sedap!