5
Bingka Ubikayu Cheese


Hari tu ada beli ubi.  Kekadang bila teringin nak buat kuih mencari lah ubi..tak jumpa..ini dah jumpa beli je la terus..nak buat apa tuu..tak plan lagi. Mulanya nak dibuat bingka ubi gula merah sebab banyak email yang saya terima daripada pengunjung meminta saya postkan resepi. Tapi last minute cancel. Pada mereka jangan sedih jangan frust ya...sabar...insyaallah akan saya tunaikan juga satu hari nanti. Ini sebab gara-gara teruja tengok bingka ubi yang lebih special kat dapur Alongroz. Bunyi macam sedap...tapi belum pernah rasa lagi. Tak tau macam mana rasanya bila ubikayu berpadu dengan cheese. Buatnya pun mudah, godek-godek je...cuma nak parut tu yang ambil masa sikit...tapi tak ada masalah lah...nak seribu daya kan...nak merasa punya pasal.
Hasilnya memang kaw-kaw lah..sedaap..ada rasa lemak-lemak cheese..selain teksturnya lembut gitew..walau saya hanya guna cream cheese tatura je..Saya buat separuh adunan [6x6in] macam tak cukup je sebab sedap sangat..nampaknya next time nak kena buat lagi nih. Pada Cik Norj dan Along yang sudi berkongsi resepi yang special ni, thanks a lot..Izinkan saya kopipes kat sini pula ya Along..


BINGKA UBIKAYU CHEESE
refer by: Akma @ SSK


Bahan-Bahan
[Saiz 8" persegi]
  • 250g Cream Cheese
  • 250g Gula
  • 2 biji Telur
    [sy guna size (A)]
  • 800g Ubikayu Sagat - tapis airnya
    [sy tak tapis pun..terus bancuh]
  • 400ml Santan
    [sy buat 200ml santan kotak + 200 ml air]
  • Pewarna kuning




Caranya
  • Pukul cream cheese dengan gula sehingga rata.
  • Masukkan telur satu persatu sambil dipukul rata.
  • Masukkan parutan ubikayu dan santan.
  • Tuangkan ke dalam loyang  [sy lenserkan loyang dengan sedikit minyak]. Bakar pada suhu 170C selama 1jam 30min atau sehingga masak.
  • Sejukkan sebelum di potong.

5 sweet comments:

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

sedapnya ubi kayu dan cheese..
minta sikit ler...

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Ini memang favorite saya, lama tak buat, sebab malas bab nak parut ubi tu. Good idea nanti kena try juga, taruk cheesee.... yum...yum

Deliah's Deli said...

salam iza...suker yg kerak2 tu :p~

Nuridah said...

akma,

something special ni...ada cheese...gabungan melayu dan western...hihi...

Iza Akma said...

Nazrah,
mmg sedap ler nazrah paduan ubi dgn cheese..

Paty's Kitchen,
betul tu k.Paty..nak parut tu yg malas tp makan laju sokmo..wajib cuba kak..sedap..

Deliah's Deli,
w'salam..sy pun kalau bingka cari yg kerak2 tu..part kerak tu lah yg sedap..

Nuridah,
a'ah k.Nur..skrg ni dah ramai pakar2 masak ubahsuai kuih2 tradisi menjadi kuih yg lebih moden dan berdaya saing..