5
Jelly Kelapa Pandan


Biarpun cuaca sekarang tak begitu panas, tekak ni masih juga nak menelan yang sejuk-sejuk. Sebenarnya dah lama mengidam nak makan jeli kelapa muda tapi masih tak kesampaian sebab kat area sini susah lah nak jumpa kelapa muda. Last weekend jalan-jalan di tesco kebetulan banyak dijual kelapa pandan masih fresh lagi...bagaikan pucuk di cita ulam mendatang...


Memandangkan ia telah siap dibelah dan dipek dalam bekas, jadi tak perlulah nak susah-payah lagi...terus sambar satu...Ok lah, jom intai-intai..


JELLY KELAPA PANDAN


Bahan-Bahan
  • 1 bungkus @ 20gm agar-agar stripe
  • 1200 ml air
  • 400 ml air kelapa pandan
  • isi kelapa pandan anggaran 100 gm - dihiris memanjang
  • gula secukup rasa
  • 1/2 tsp pandan coconut emulco
  • sedikit pewarna hijau epal

Caranya
  • Masakkan agar-agar dengan air sehingga agar-agar larut.
  • Masukkan air kelapa beserta gula secukup rasa. Masak lagi sehingga gula larut.
  • Bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian ketepikan dan satu bahagian lagi tambahkan dengan isi kelapa dan masak semula sekejap. Tuangkan dalam loyang yang disukai. Biarkan ia mengeras.
  • Bila dah nampak bahagian berisi kelapa tadi hampir beku, panaskan semula bahagian yang satu lagi dengan ditambahkan dengan pandan coconut emulco dan sedikit pewarna hijau. Tuangkan ke atas bahagian kelapa yang telah dicakar-cakar terlebih dahulu.
  • Biarkan ia sejuk dan boleh lah didinginkan di dalam peti sejuk.



Xtra Note & Tips:
** Kuantiti air mengikut label di belakang pek agar-agar.

UPDATE: Bagi sesiapa yang inginkan jelly dengan rasa kelapanya lebih, kurangkan kuantiti air dan tambahkan dengan air kelapa. Sukatan air dan air kelapa boleh diubahsuai mengikut citarasa masing-masing. Begitu juga sesiapa yang inginkan jelly yang agak lembik, juga lebihkan sukatan air/air kelapa...ikut selera lah ya..

**Loyang yang digunakan hendaklah dibasahkan dulu supaya hasilnya nanti mudah dikeluarkan.

** Sebelum menuang setiap lapisan baru, lapisan yang telah mengeras itu perlu dicakar dulu supaya lapisan melekat elok.

** Setiap lapisan baru, hendaklah dituangkan ketika masih panas supaya lapisan akan terlapis dengan cantik dan elok.

5 sweet comments:

izahdaut said...

tesco mana tu?akak pun duk borong klapa pandan siap kopek kat tesco..nanti nak beli lagi la kalau ada lagi nak wat jelly cam ni.sedappp nyeerr..ari tu habis buat coconut shake je..makan ngan eskrim vanila.uisshhh trasa2 lagi ni..haha

Deliah's Deli said...

salam...slurppp! sll dpt mkn ni ms bln ramadan je :)

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Emmmmmm, sedap buat sejuk anak tekak. Lama dah tak buat jeli, nak kena buat la.

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Memang sedap buat penyejuk tekak musim panas ni. Kena cari kelapa la nampaknya.

Ayu said...

salam akma,
akak recipe kelapa jelly dan sewaktu dengannya ni dah lama lah masuk list lepas bulan puasa to the next bulan puasa..tapi tak terbuat2..sedap & nyaman nya kalau masuk tekak ni..bila lah nak buat tu ya..kalau dekat boleh minta rasa..hehe