1
Kari Ayam Hijau Thai

Kari amat sinonim dengan hidangan mudah yang terdiri daripada sayuran dan kuah daging/ayam/ikan yang dihidang bersama nasi panas. Perkataan ‘kari’ berasal daripada bahasa Tamil yang bermaksud daging. Orang British telah tersalah anggap dengan maksud sebenar perkataan Kari Columbu yang bermaksud kuah dan telah meringkaskannya kepada kari.


Kari Ayam ala Malaysia berwarna kekuning-kuningan. Sementara Kari Hijau ala Thai pula mempunyai cara penyediaan yang lebih kurang sama, perbezaan yang ada mungkin dalam bahan-bahan yang digunakan seperti serai, biji ketumbar, sos ikan, belacan, cili hijau, galangal (atau halia), daun limau, daun ketumbar, kicap, paprika dan daun selasih.


Nama kari hijau thai biasa dengar cuma merasanya belum lagi. Kat kedai buku tempohari sempat jugalah membelek-belek beberapa buku masakan. Saya ni kalau dah jumpa buku apatah lagi dengan buku masakan berjam-jam pun rasa sekejap...hinggakan asben pun naik rimas menunggu...tapi taklah sampai membebel sebab dia faham hobi wife dia ni minat dengan dunia masakan...Sempat juga lah saya rembat dua tiga buku. Jadi resepi kali ni adalah dari salah satu buku yang dibeli itu. Jom teropong...


KARI AYAM HIJAU THAI
(Chef Nazira Noran @ Buku Masakan Hidangan Terbaik Dunia Thai)


Bahan A
  • 5 potong ayam
  • 1 cawan santan
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 8 helai daun kari
  • 3 biji cili hijau
  • 1 sudu teh gula
  • garam secukup rasa
Bahan B (Pes dikisar)
  • 1 cawan air*
  • 5 biji cili hijau
  • 5 biji cili api hijau
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 tangkai daun bawang
  • 1 tangkai daun pudina
  • 1 tangkai daun ketumbar
  • 2 batang serai
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 helai daun limau purut, dibuang urat
  • 2 helai daun pandan *
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1/2 inci belacan
  • 1/2 inci lengkuas

Caranya
  • Kisar dahulu bahan bertanda (*) hingga halus. Kemudian tapis dan ambil jusnya.
  • Satukan jus pandan dengan bahan B yang lain. Kisar sehingga betul-betul halus.
  • Masukkan bahan kisar bersama santan ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
  • Kemudian masukkan ayam, cili hijau, sos ikan dan daun kari.
  • Tambahkan satu sudu teh gula dan garam secukup rasa. Biarkan hingga ayam betul-betul masak.

1 sweet comments:

azira said...

wah sedapnye ayam akak buat gini..terliur saya mlm2 neh..nk terai buat laaa...