0
Khasiat Jagung & Bubur Jagung

Jagung atau nama saintifiknya ‘Zea mays’ berasal dari keluarga rumput ‘Gramineae’. Jagung merupakan sejenis bijirin yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan. Jagung muda kaya dengan protein, beta-kerotina, vitamin A, B1, B6, C dan K, kalsium, fosforus, zat besi, serat tinggi dan mengandungi sejenis minyak bermutu tinggi yang baik untuk kesihatan. Jagung juga mengandungi karbohidrat yang memberikan tenaga kepada tubuh. Ia sesuai dijadikan makanan semasa berdiet kerana sifatnya yang bebas lemak,kolestrol dan rendah kalori.
Selain itu, ia juga boleh menurunkan tekanan darah dan kandungan gula dalam darah, melancarkan pengaliran darah serta melawaskan kencing. Amalan memakan jagung boleh menguatkan tulang, gigi, rambut dan hati. Menurut kajian saintis makanan, jagung yang dimasak sama ada dikukus,rebus atau dibakar, membebaskan zat yang cukup iaitu sebatian phenolik yang dipanggil asid ferulik untuk mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung.


Barulah saya tahu sekarang yang jagung ni banyak khasiatnya untuk kesihatan. Sememangnya segala yang Allah jadikan sebagai sumber makanan di muka bumi ini mempunyai seribu satu kebaikan yang kita sendiri  tidak tahu atau mungkin sengaja malas nak ambil tahu. Ok la...n3 kali ini ialah berkenaan bubur. Actually, saya ni penggemar jagung...especially bubur jagung. Penyakit gemar jagung ni pun saya lihat dah menurun pada anak-anak. Biasa la kan anak...apa yang ibu dia suka...tempiasnya akan mengena pada mereka juga...heheh...


Kali ini, saya ubahsuai sikit  bubur ni ikut citarasa saya la kan. Hasilnya lebih pekat dan lemak berkrim...


BUBUR JAGUNG (My Style)


Bahan-Bahan
  • 3 tongkol jagung manis - dihiris & rebus bersama 5cwn/1000 ml air
  • 250 ml santan
  • 70 gm gula pasir /secukup rasa
  • 5 sudu besar sago
  • 2 sudu besar gula merah
  • 4 sudu besar jagung krim
  • 3 sudu besar susu cair
  • 1 helai daun pandan
  • sedikit garam
  • air secukupnya sebagai tambahan jika perlu

Caranya
  • Satukan jagung rebus, gula merah, gula pasir, sago, daun pandan, santan dan garam. Kacau rata dan masakkan hingga didih. Pastikan api perlahan agar santan tidak pecah minyak.
  • Setelah didih dan hampir masak, masukkan jagung krim dan susu cair serta rasakan gulanya. Biarkan sekejap, kacau-kacau dan terus tutup api. Hidangkan.

0 sweet comments: