4
Mee Hoon Goreng Taucu


Jika sebelum ni, ada kawan-kawan kita yang mengeluh dan kesal kerana n3 mereka telah dicuri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Kali ini giliran n3 saya pula dikidnap...bukan resepi saja tapi dengan foto sekali. Tak perlulah saya hebahkan siapa mereka tapi kita ni ada budi bahasa kan...sekurang-kurangnya minta lah izin dengan tinggalkan mesej di shoubox tu...or give credit and post a link back to this site...itu pun susah ker nak buat...???
Ok lah untuk n3 hari ni... resepi sebenarnya dah lama terperap... ambil kat dapur Kak AyuTak pernah lagi goreng  mihun bubuh taucu. Rupanya, sedap ya kalau  tambah dengan taucu...thanks kak Ayu...izinkan saya cnp kat sini pula...


MEE HOON GORENG TAUCU
referred by: Akma @ SSK


Bahan-Bahan
  • 400g mee hoon direndam hingga lembut
  • *50g udang kering direndam
  • *3 biji bawang putih
  • *11/2 biji bawang besar
  • 4 sudu besar taucu di tumbuk kasar/halus-(dibilas supaya kurang masin)
  • 5 sudu besar cili kisar
  • udang sederhana besar
  • sawi secukupnya
  • taugeh secukupnya
  • garam (kalau perlu) & perasa secukupnya
(*bahan kisar)

Hiasan:-
tauhu goreng dihiris (optional)
daun kucai-(optional)
telur dadar yang dihiris halus-(terlupa buat)
jus limau
cili jeruk
bawang goreng

Caranya
  • Tumis bawang putih & bawang besar kisar hingga naik bau.
  • Masukkan cili kisar kacau rata dan biarkan hingga garing. Masukkan udang kering , udang dan kacau rata. Masukkan taucu , biarkan seketika, masukkan perasa & garam jika perlu. 
  • Gaul kan batang sawi hingga agak lembut baru masukkan daunnya, masukkan mee hoon yang telah direndam tadi dan gaul hingga sebati dengan perencah..agak2 sudah sebati masukkan taugeh, gaul hingga rata.Kalau nak gaulkan dengan tauhu pun boleh juga. 
  • Matikan api, taburkan daun kucai, hirisan telur dadar, perahan jus limau, cili jeruk dan bawang goreng. Siap untuk dihidang

4 sweet comments:

Nuridah said...

Salam Akma,

knur puji sikap Akma yg tak mau mengaibkan org tersebut...sesungguhnya disana kelak Allah akan menutup keaiban kita pulak.Sabar ya...

Mee tu nampak menyelerekan sungguh...mmg mee hoon kalau goreng letak taucu mmg sedap.

ady said...

salam kak

petang2 macam ni kalau makan "Mee Hoon Goreng Taucu" mmg sedap.

Nieza said...

kak akma, ada lagi ke kes tu kak?..kasi ler link boleh nk tgk juga...btw mee hoon ni nampak menarikla kak..lum pernah bubuh taucu lagi.

Ayu said...

As salam, akma,
wah akak terlepas helicopter..ada mee hoon taucu kat sini rupanya ya..

akma, sabar ajelah ya..kes tu..