0
Nasi Goreng USA


Bila makan di gerai or kedai makanan ala-Thai, salah satu menu popular yang sering dipesan adalah nasi goreng USA. Selain dewasa, anak-anak juga turut  menggemarinya kerana ia dikira satu menu ringkas dan mudah disiapkan. Ini merupakan kali pertama saya mencuba and the result sungguh sedap...malah lebih sedap dan lebih berpuashati daripada yang dipesan diluar. Kepada penyumbang resepi...terima kasih...izinkan pula saya tepekkan di sini sebagai rujukan masa datang.


NASI GORENG USA

Bahan-Bahan Untuk Nasi
  • 2 mangkuk nasi
  • 2 ulas bawang putih, diketuk
  • 1 biji bawang besar, dihiris
  • 1 sudu cili kisar
  • 1 sudu sos tiram
  • 1/2 batang lobak merah, dipotong dadu
  • 1/4 cawan jagung (frozen)
  • 1/4 cawan kacang peas (frozen)
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak.

Caranya
  • Tumis bawang putih sehingga naik bau, masukkan bawang besar dan cili kisar dan goreng sehingga garing.
  • Masukkan sos tiram, lobak merah dan jagung, gaul rata.
  • Masukkan nasi dan gaul sehingga rata. Rasakan masin dan bolehlah diangkat.

Daging Masak Merah

Bahan-Bahan
  • 300gm daging, dihiris
  • 2 ulas bawang putih, diketuk
  • 1 biji bawang besar, dihiris
  • 1/2 biji capsicum, dihiris
  • 1 biji tomato, dipotong 6
  • 1 sudu cili kisar
  • 2 sudu cili sos
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak.

Caranya
  • Tumis bawang putih hingga naik bau,masukkan cili kisar dan biarkan seketika sehingga cili masak.
  • Masukkan daging dan biarkan sehingga air daging kering.
  • Masukkan cili sos, capsicum dan bawang besar, gaul rata.
  • Akhir sekali masukkan tomato dan perasakan masim, manis dan masamnya.
  • Hidangkan bersama nasi, telur mata kerbau, tomato dan timun. 


0 sweet comments: