Talam Cendol
Before this, jumpa cendol mesti beli. Fikir hati macam-macam nak buat dengan cendol...sebab dah lama aim nak buat talam. Tapi kesudahnya tak juga jadi talam..jadi ke lain. Kemudian beli lagi..macam tu juga..semacam angin nak menalam tu tak ada...walaupun resepinya dah lama copy. Nak dijadikan cerita..beli lagi cendol..kali ini saya kuatkan juga hati nak jadikan kuih dengan cendol ini.
Masa ronda-ronda kat dapur kak Yatie hari tu, nampaklah dia buat talam cendol. Dengan tak semena-mena angin kuih talam tu terus merasuk diri...seolah-olah ada magnet yang menarik...Setelah terlopong sekejap dengan n3 kak yatie tu..apalagi saya bingkas ke dapur teruskan projek yang dah lama tertunda-tunda tak jadi tu..
Memang kebiasaanya kalau kuih-kuih talam ni, saya suka buat belah pagi dalam kol 9 macam tu..kemudian dalam kol 11.30 dah siap masak. Selalu saya biarkan kuih sejuk dalam empat jam supaya hasil potongan tampak cantik dan licin. Jadi menjelang minum petang..kuih dah pun boleh dipotong dan snap gambar. Kat sini saya nak war-warkan pada kawan-kawan semua, betapa talam cendol resepi Chef Asma ni...hmmm...sedap tak terkata...cukup lemak manisnya...Memang saya tak nafikan semua resepi-resepi beliau sungguh sedap. Jika diikuti stepnya betul-betul memang menjadi kerana saya juga pernah mengikuti kelas-kelas talam, kek dan biskut beliau.
Disebabkan saya cuma buat half daripada adunan, maka resepi dibawah juga adalah half juga...sesuai dengan loyang 7'x7'...yang juga telah saya olah sedikit dari resepi asal . Terima kasih bebanyak pada penyumbang resepi yang mabeless ni!!
TALAM CENDOL
refer by : Akma@SSK
Lapisan bawah
Bahan A
- 100 gm tepung beras*
- 125 ml santan pekat*
- 225 ml air*
- 10 gm tepung green pea*
- 60 gm gula caster
- 1/2 tsp garam
- 1 cawan cendol- tapis dan toskan
Caranya
- Satukan bahan bertanda (*) dan tapis kedalam periuk. Masukkan bahan lain dibahagian A
- Masak bahan A sehingga naik wap (jgn sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu utk mengacau. kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut)
- Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata
- Masukkan kedalam loyang 7'x7' yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik
- Kukus selama 25 minit
- Selepas masak, cakar-cakar dengan garpu
Lapisan Atas
Bahan A
- 150 gm gula merah
- 25 gm gula castor
- 250 ml air
- 75 gm tepung gandum
- 10 gm tepung green pea
- 1 biji telur (A)
- 125 ml santan pekat
- 1/4 tsp garam
Caranya
- Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar
- Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati
- Masukkan bahan A kedalam B dan tapis dan masukkan kedalam periuk
- Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja)
- Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit
6 comments:
salam kak
dah lama nak buat Talam Cendol ni tapi tak buat2.........sedap ni kalau makan sejuk2
Salam, kemas betul talam ni, teliti buatanya. Memang sedap talam ni lemak especially top layer rasa gula Melaka.
salam..tgk gak kat rumah yatie hr tu..sedap..n cantik kejadiannya :))
salam akma,
waduh2..cantiknya talam cendol akma ni..rasa nak ngap aje tau..
dah terasa kelemakan kuih ni lalu kat tekak..uish..
ady,
w'salam..betul tu ady..dah semalaman dlm petisejuk pun masih lg sedap dan lembut..
Paty's Kitchen,
w'salam..mmg sedap kak Paty..lemak2 manis..talam yg harus dicuba..
Deliah's Deli,
w'salam..tak dpt nak bayangkan kesedapannya Deliah..
Ayu,
w'salam..kalau k.Ayu jiran sebelah umah, k.Ayu lah org pertama dpt kuih ni...mmg sedap sangat kak..lemak abis..sy bg 5* utk kuih ni..kalau kak Ayu yg buat mesti lg cun lah..
Salam Akma,
Cantik dan kemas je talam cendolmu itew....buat yatie terliur jek, mmng sedapkan talam ni...masih terasa2 lagi kesedapannya..
Post a Comment