5
Apam Pisang


Assalamualaikum...

Sebagai pembuka tirai untuk minggu ini, saya sajikan anda semua dengan kuih yang popular...apam pisang...kuih yang mudah, ringkas dan tidak banyak kerenah. Sesiapa yang mencuba pertama kali jangan risau, resepi confirm menjadi dengan apam yang lembut dan gebu. Kalau anda semua lihat apam ni warnanya sedikit gelap sebab pisang emas yang digunakan telah ranum sangat. Juga adanya penambahan horlicks kerana horlicks yang ada di dapur tu dah hampir nak expired...Jom...


APAM PISANG


Bahan-Bahan:

2 biji telur (A)
45 gm brown sugar
[pada saya sedang elok je manisnya..siapa suka lebih manis..tambah lah ya..]
185 gm pisang emas yang dilecek
100 gm tepung gandum
1/2 tsp soda bikarbonat
1/2 tsp baking powder
4 sudu makan horlicks
75 gm minyak jagung
secubit garam




    Caranya:

    Gaulkan pisang yang telah dilecek tadi dengan soda bikarbonat dan secubit garam. Ketepikan.
    Pukul telur dengan gula hingga kembang dan kelihatan pekat berkrim.
    Masukkan minyak, pukul rata dan sebati.
    Kemudian masukkan pisang, gaul rata.
    Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder, digaul rata.
    Menggunakan acuan yang telah disapu sedikit minyak, tuangkan adunan dan kukus dalam kukusan yang mendidih selama 20 minit.

    5 sweet comments:

    Mas said...

    sedappnya apam pisang....
    nampak lembut jer...

    izahdaut said...

    ada tambah horlick ye..ishh terasa2 dah sedap n lemak apam ni..

    Nuridah said...

    Sedap sungguh nampak apam tu...kak nur ingat nak buat apam tapi apam biasa aje...sihat ke Akman?

    Yatie said...

    Assalammualaikum Akma,
    Sedapnya apam pisang tu..akak pun mengapam arini...jom tukar2 dngn apam harum manis akak ni...nak tak..hehehehe..

    Iza Akma said...

    Mas & Izah,
    pisang yg dah naik hitam kat dapur tu takde sesapa nak mkn lg..lebih baik buat apam..apam ni mmg lembut..tambah pulak ada horlick..sedap lemak2 je apam ni..

    Nuridah,
    sy alhamdulillah sihat..mekasih atas ingatan kNur itu..

    Yatie,
    w'salam..yatie nak tukar2 ya..boleh saja..lagipun nak rasa juga harum manis yatie tu..nampak sedap..