3
Cucur Maggi


Selamat petang semua....apa agaknya juadah minum petang anda hari ini ya? Saya cuma buat menu yang cepat dan ringkas saja. Kebetulan ada tinggal sekeping lagi maggi....nak digoreng sikit sangat....lastnya buat cucur. Sungguhpun ringkas, tapi paling laku dan disukai anak-anak....cukuplah sebagai pengalas perut menjelang waktu makan malam.


CUCUR MAGGI

Bahan-Bahan:
1 keping maggi
(patah-patahkan...rendam hingga lembut...dapat anggaran 2 cawan)
2 cawan tepung gandum
1 cawan air atau secukupnya
1/2 tsp soda bikarbonat
1 sudu besar mayonis
udang / ikan bilis,  ikut suka banyak mana
garam secukupnya

2 biji cili merah *
2 biji cili hijau *   
(* buang biji dan hiris halus)
1 pokok daun bawang & sup, dihiris

Bahan Ditumbuk Kasar:
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih




Caranya:
  • Satukan semua bahan dalam bekas. Masukkan air sikit demi sedikit hingga mendapat bancuhan seperti membuat cucur.
  • Panaskan minyak. Celupkan hujung sudu ke dalam minyak panas. Sudukan adunan dan jatuhkan dengan hujung sudu ke dalam minyak. Goreng sehingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Bolehlah dihidangkan bersama sos cili.




3 sweet comments:

http://aniesandyou.blogspot.com said...

meleleh anies ptg2 ni..

Iza Akma said...

Anies,
meh la join sekali, akak anak beranak tengah mkn cucur nih...

ady said...

as-salam kak, cucur maggi... tak pernah dengarlah cucur udang adalah mesti sedap ni......