Muffin Kukus Labu aka Apam Labu
Jika semua perasankan, kehangatan menu daripada labu masih belum reda....tak habis-habis sana-sini duk tayang donat labu, apam labu, pengat labu, sayur labu....pendek kata semua lah tentang labu. Sebenarnya mencampurkan labu ke dalam adunan kuih moden, bukanlah perkara baru. Daripada apa yang dilihat, orang amerika sememangnya sangat suka membuat kuih-muih daripada labu. Ini kerana, campuran labu akan membuatkan kuih menjadi lembut dan memberikan warna cerah pada kuih.
Dapur SSK juga turut tidak terkecuali menerima tempias labu. Selepas mencuba donat labu, kali ini mencuba pula muffin labu. Muffin ni agak berbeza, selain dikukus....ianya menjadi sangat lembut dan manis kerana adanya campuran labu. Resepinya saya ambil daripada majalah SEDAP. Tak taulah kenapa dinamakan muffin sebab kelihatannya seperti apam....jadi rasanya tak salah dinamakan juga apam labu. Saya cuba simpan semalaman nak tengok macam mana....ternyata masih lembut dan rasanya lebih sedap.
MUFFIN KUKUS LABU aka APAM LABU
Bahan-Bahan:
200 gm tepung gandum
100 gm labu kuning, kukus dan lecek halus
125 gm gula kastor
1 1/2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh garam
100 gm santan pekat kotak
1 biji telur
30 gm minyak masak
Caranya:
- Campurkan tepung gandum, labu kuning, gula kastor, serbuk penaik dan garam. Kacau rata.
- Masukkan campuran santan, telur dan minyak masak. Kacau rata.
- Tuangkan ke dalam acuan muffin rendah yang telah disapu sedikit minyak.
- Kukus selama 15 minit sehingga masak dengan menggunakan api besar.
Nota: Saya gunakan papercup bersaiz 8cm yang dimasukkan dalam acuan berlubang (khas untuk buat apam supaya apam dapat mekar dengan cantik)....dapat 14 biji.
3 comments:
wahhh..mapin kukus labu...
sedappnya..
bila lak mas nak buat..he..he..
as-salam kak, cantik jer muffin tuh terseyum ye..nampak gebu....mesti sedapkan!!!
salam akak,,,elle br lepas buat..sedap...nk tanya knp elly punya dia xmerekah kt atas...merekah kt tepi...ader sesetnagnya cantik merekah kt atas...
Post a Comment