4
Dalca Ayam


Oleh kerana dah lama tak menjamu selera dengan dalca....maka hari ini saya masak lauk dalca sebagai menu keluarga. Lagipun kacang dhal merupakan diet yang baik untuk kesihatan kerana ia dapat meningkatkan metabolisme buah pinggang, mengekalkan fungsi otot dan kepadatan buah buah pinggang di samping melancarkan perjalanan darah ke jantung.
Saya gemarkan dalca kerana ada pelbagai campuran sayuran di dalamnya. Selalunya saya suka masukkan sekali pisang kari ke dalam....tapi puas saya cari....kat pasar malam pun tak ada. Dah terlanjur masak tu, saya masak lah  lebih sebab favorit anak-anak and dear hubby makan bersama roti ataupun roti canai.


DALCA AYAM

Bahan-Bahan:
1 cawan kacang dhal [rendam 1 jam]
10 ketul ayam
1 biji tomato, dipotong dadu
4 sudu makan rempah kari daging
5 biji buah pelaga *
5 kuntum bunga cengkih *
1 batang kulit kayu manis *
2 tangkai daun kari *
1 helai daun pandan, disimpul*
1 cawan santan pekat
1 keping asam gelugor
3 cawan air@secukupnya
garam & gula secukup rasa
minyak masak


Bahan Tumbuk/Kisar:
1 labu bawang besar
2 inci halia
4 ulas bawang putih
2 biji cili merah
sedikit serbuk kunyit

Bahan Sayuran:
3 biji cili hijau [dibelah dua tidak putus]
2 biji tomato [dipotong 4]
1 batang lobak merah [potong 3cm, belah dua]
2 biji kentang [dipotong 4]
2 biji terung [dipotong 2 inci, belah dua]
5 tangkai kacang panjang


Caranya:
  • Toskan kacang dhal dan rebus. Bila kacang setengah lembut masukkan ubi kentang dan lobak merah. Teruskan merebus hingga lembut. Ketepikan.
  • Panaskan minyak. Tumiskan bahan bertanda (*) diikuti dengan setengah bahan kisar. Tumis sehingga garing. Kemudian masukkan buah tomato dadu dan teruskan menumis hingga naik bau.
  • Satukan rempah dengan setengah lagi bahan kisar. Masukkan ke dalam bahan tumisan tadi. Teruskan menumis sehingga rempah sedikit garing. Masukkan ayam, tutup kuali dan masak sehingga ayam empuk.
  • Bila ayam dah empuk, masukkan santan, air, asam, garam dan gula. Tunggu sehingga mendidih. Setelah itu masukkan terung, cili hijau, kacang panjang beserta bahan rebusan tadi. Masakkan lagi hingga mendidih.
  • Rasakan asam dan garamnya. Akhir sekali masukkan buah tomato. Angkat.


4 sweet comments:

Kerull said...

Assalam..salam ziarah malam hari...follow sekali..sedap dalca ayam tu...

Iza Akma said...

W'kmslm Kerull..mekasih luangkan masa ziarah..

Anonymous said...

Sy dah cube resepi ni, tp kuah die kering lak..huhu

IZA AKMA said...

Anonymous,
Bila dibiarkan seketika kuah dalca mmg selalu akan jadi terkering sbb kacang dhal akan menyerap air.....bergantung jenis kcg dhal yg digunakan.....sbb ada yg jenis kuat serap air dan ada yg kurang. Jadi kalau boleh lebihkan air masa memasak ya. Apa pun terima kasih kerana sudi mencuba... :)