7
Ros Ayam Berkacang


Alhamdulillah, bersua kembali.
Pertamanya terima kasih atas teman-teman blogger yang sudi bertanyakan khabar. Rupanya masih ada juga teman-teman yang ambil berat selama seminggu saya menyepikan diri daripada berblogging.
Kak Nur, Yatie, Izah dan lain-lain....terima kasih sekali lagi di atas keperihatinan anda itu.
Nanti akan saya terjah dapur kalian yer....nak selongkar balik apa-apa yang dah ketinggalan....teruk juga nih nak kejar semula....


Ok berbalik pada menu....hari ni nak tukar selera dengan menu raya....ros ayam berkacang yang dimakan bersama nasi himpit. Masa sedang membelek-belek koleksi lama majalah SAJI terjumpa lah dengan resepi ini. Nampak menyelerakan betul fotonya dalam majalah....terus mencuit hati saya untuk mencuba.
Pada saya menu ini seperti kuah kacang nasi himpit yang biasa tu. Selalunya dalam kuah kacang dicampurkan dengan daging atau hirisan ayam sebagai perencah. Tapi resepi ini istimewa sedikit sebab adanya potongan ayam di dalam kuah sebagai lauk bila dimakan bersama nasi himpit....jadi rasanya tak perlu lah lauk sampingan yang lain....jimat tenaga....jimat belanja....yang pentingnya sedappp!!
Di bawah ini, saya sertakan resepi asal seperti dalam majalah.


ROS AYAM BERKACANG


Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (dipotong 12) *sy guna 10 ketul ayam
3 cawan kacang tanah (digoreng dan ditumbuk kasar) *sy cuma buat 1 cawan penuh
1/2 cawan kerisik

1/2 cawan cili kering kisar
2 batang serai (dititik)
3 cawan air
1 kiub pati ayam
2 keping asam gelugor
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula

Bahan Kisar:
10 ulas bawang merah *sy guna 1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 batang serai
3 cm inci halia
4 cm lengkuas
1 cm kunyit


Caranya:
  • Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar bersama serai sehingga naik aroma.
  • Masukkan cili kisar dan kacau sehingga bahan tumisan menjadi garing.
  • Masukkan ayam, digaul rata dan biarkan seketika.
  • Masukkan air, kacang, kerisik, pati ayam dan asam gelugor. Masak sehingga mendidih dan mesra.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masaklah sehingga pekat.
  • Taburkan bawang goreng dan hidangkan bersama nasi himpit atau ketupat.

Nota:
** Jika mahukan lebih pedas....sila tambahkan cili kisar
** Kuantiti kacang tanah ikut selera
** Tambahkan lagi sedikit air jika kelihatan terlalu pekat. Kepekatan kuah bergantung pada citarasa masing-masing.


7 sweet comments:

Nieza said...

Salam windu kak...mana menghilang? teringat juga nk singgah tanya khabar last2 terlupa jer..btw welcome back kak...sedap nengok menu akak ni..mcm hari raya lak rasanya tgk menu ni...lapar la pula...hehe

Mas said...

akak..nak sepinggan..
sedapnya tengok..

Zaliedana said...

Assalam kak,wah satu kelainan nih,xpernah lagi wat macam nih,mkn time raya pong best akak kan..Sedap jer nmpk ayam akak tuh..

Iza Akma said...

Nieza,
Salam rindu dr akak jg..bukan menghilang tp bawa hati sekejap..hehe
Tu la nieza..nak tunggu raya setahun sekali..tp kalau dah namanya selera tak boleh nak tunggu lg dah..bila2 pun bleh..

Iza Akma said...

Mas,
boleh mas..banyak lg tu dlm periuk..nak cedok sendiri ek..

Zaliedana,
w'kmslm..sbb tengok dlm majalah lain drpd lain..tu yg akak cuba..ya zaliedana kalau buat for raya ataupun open house mmg boleh sangat..

Sofea said...

salam kenal..singgah & follow ;)

Iza Akma said...

Sofea,
salam kenal juga...tkasih...