4
Rojak Melaka


Assalamualaikum...

Diam tak diam kita dah berada suku tahun untuk tahun 2011. Begitu pantas masa berlari meninggalkan kita. Masa itu emas.....begitulah  masa diibaratkan....mahalnya setiap saat yang datang....justeru, hargailah masa. Ia tidak akan menunggu kita walau sesaat jua.....sebaliknya kita yang harus perlu mengejar  supaya masa yang datang itu tidak berlalu dengan sia-sia. Cuma kita saja yang tak terkejar kan....
Ok,lah pagi-pagi macam ni banyak kerja rumah yang telah sedia menunggu untuk dibereskan. Oleh itu tak perlu celoteh panjang....jom terus ke menu....


Serasa bosan pula asyik makan nasi tiap hari. Jadi saya buatkan rojak untuk  lunch kami semalam. Rojak ini adalah olahan daripada resepi yang saya cedok daripada  majalah SAJI.  Kuahnya begitu sedap sekali. Kebiasaan ubi keledek atau kentang dimasukkan sebagai pemekat kuah tapi yang ini istimewa kerana menggunakan bskut marie sebagi agen pemekat.  Nama rojak melaka masih di kekalkan seperti mana dalam majalah.
Disebabkan kuahnya pun ada lebih....jadi pagi ni saya buatkan cucur dan dicicah bersama kuah....sedapp....


ROJAK MELAKA


Bahan Cucur:
500 gm udang kecil
300 gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
sedikit serbuk kunyit(jika suka)
300 ml air@secukupnya
minyak untuk menggoreng

Bahan Sampingan Lain:
2 keping tauhu, digoreng
2 biji telur
1 biji timun
1 biji kecil sengkuang *tak buat
2 biji kentang, dibelah lapan dan direbus lembut
taugeh secukupnya

Bahan Sos:
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
150 gm kacang tanah
5-8 keping biskut marie
25 tangkai cili kering
1/4 cawan air asam jawa
air secukupnya
gula & garam secukupnya


Caranya:
  • Bersihkan udang dan toskan.
  • Satukan tepung, serbuk penaik dan sedikit serbuk kunyit. Bancuhkan dengan air. Masukkan udang di dalamnya.
  • Sangai kacang tanah dan buangkan kulitnya.
  • Panaskan minyak dan masukkan adunan cucur di dalam senduk, goreng hingga kembang dan kekuningan. Toskan minyaknya. Kemudian gorengkan pula tauhu.
  • Untuk membuat sos: Kisar kacang, kemudian kisar biskut marie. Asingkan kedua-duanya.
  • Setelah itu kisar halus pula cili kering berasingan dengan bawang besar dan bawang putih. Tumiskan kisaran bawang hingga naik baunya. Kemudian masukkan cili kering, tumis lagi sehingga pecah minyak.
  • Masukkan kacang tanah dan biskut marie. Kemudian masukkan air beserta air asam jawa. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Masak hingga mendidih mengikut pekat yang disukai.
  • Potong timun, sengkuang dan hidangkan bersama tauge, tauhu, cucur beserta telur rebus. Tuangkan kuah di atas...siap untuk dimakan.


4 sweet comments:

ady said...

as-salam kak
tengok je dah berselera...mesti sedap.

Chik Mimi said...

sedapnya akma lama sy buat kalau kat png panggil pasembur

Iza Akma said...

Ady,
w'kmslm..mekasih ady

Chik Mimi,
bila mimi cakap pasembur penang..lama gak tak pekena..

Roses_Leo09 said...

roses_leo09 akak hanim

betul tu chik mimi
sekali tengok dah mcm pasembur
sedapnya nyum ... nyum ....