Ayam Kicap Berempah Harum
Kat umah ni susah nak jumpa menu lain selain ayam, ikan.....ikan, ayam.....pusing-pusing tang tu jugak. Apa nak buat.....budak-budak kan suka ayam.....kita pulak lagi suka ikan.....jadi untuk penuhi selera diorang.....ikut saja laa. Masa zaman saya kanak-kanak dulu, selalu ayam masak lemak, kari, sup, sambal, kicap.....paling simple goreng dan kalau nak special sikit ayam masak merah. Tapi sekarang masakan -masakan seperti tu dah dipelbagaikan.
Macam n3 kali ni, asalnya seperti masak kicap tapi bila dah ditambah itu ini.....jadilah satu menu yang lain dengan nama yang lain juga.....cuma saya ada tambah kentang. Resepi saya tukil dari dapur Dayang yang bukan saja pupular dengan masakan lauk-pauk juga dessert serta kek dan kek coklat ciptaannya. Dah banyak juga resepi-resepi Dayang yang saya cuba.....semuanya sedap-sedap belaka. Thanx Dayang.....
AYAM KICAP BEREMPAH HARUM
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam (dipotong dan digoreng 1/2 masak)
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos lada hitam - optional
1 sudu makan cili giling
1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk halus)
1 sudu kecil serbuk jintan putih
Rempah tumis (bunga lawang, cengkih, kayu manis, pelaga)
hirisan daun sup secukupnya
sedikit garam
Bahan-Bahan Kisar :
1 labu bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
Caranya :
- Sediakan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis rempah dan bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Kemudian masukkan pula cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
- Masukkan kicap pekat, sos tiram dan sos tomato. Barulah dimasukkan ayam yg digoreng 1/2 masak tadi. Jangan lupa tambahkan air secukupnya. Kacau hingga mendidih.
- Masukkan lada hitam, serbuk jintan putih, sos lada hitam, kicap manis, garam dan daun sup. Kacau lagi hingga ayam masak sempurna. (boleh tambah kicap, air dan sebagainya ya mengikut citarasa sendiri)
- Hidangkan panas-panas setelah masak.
4 comments:
akk nnt perbayakkan resepi ayam ye
Hadiah untuk followers! terhad! 5 orang sahaja!
Anies,
insyaAllah anies..timakasih atas komen anies tu..
recipe ayam memang banyak di variasikan..tinggal kita untuk explore aje kan akma..maklum lah anak2 suka makan Ayam!!..hehe..
sedap namapk ayam kicap berempah ni..
kak akma, tu laa.. masa kecik2 dulu ingat duk ulang menu yg sama je.. skrg list menu ayam saje dh berpuluh2..tinggal rajin ke x nk menerai je. ni masuk list yg keberapa pun x tau..hihi
Post a Comment