3
Donut Tofu Lembut



Assalamualaikum...


Bersiaran kembali. Agak lama juga laman dapur ni tidak berupdate. Pada yang terus berkunjung, terima kasih lah banyak-banyak walau tak nampak bayang n3 terbaru di sini. Pada mereka yang follow tu,  tqvm kerana kesudian anda menambah bilangan follower for SSK. Kesudian anda semua (readers/follower) menghidupkan SSK cukup saya hargai. Jika ada antara mereka kunjungannya belum sempat dibalas dan mana-mana komen manis anda yang masih belum terjawab.....harap bersabar yer. Kebelakangan ni agak sibuk sikit dengan rutin harian. Nak berblogwalking lama-lama ke dapur teman-teman pun masa agak terbatas.....kekadang tu masuk dapur sana sekejap.....dapur sini sekejap.....semua sekejap-sekejap.....jadi silent reader jer baca n3 terbaru mereka.




Tofu@tauhu is my favourite. Tofu sumber lauk berkhasiat, murah, mudah di dapati dan sedap dijadikan apa menu sekalipun. Ada yang kata selalu makan tofu boleh buat kulit lebih anjal, lebih sihat dan awet muda.....betul ke tidak, tak tau lah. Kalau fikir-fikirkan mungkin ada kebenaran kerana tofu mengandungi tinggi kandungan protein dan kalsium, rich in iron, vitamin B, rendah lemak, rendah/bebas kalori serta kaya serat. Tofu bukan saja bagus untuk kesihatan tapi juga boleh disenaraikan salah satu makanan yang boleh dicuba untuk menurunkan berat badan.
Jika ada lebihan tofu.....dah tak tau nak dimasak apa lagi.....apakata cuba resepi donut ini. 
 Donutnya lembut dan sungguh sedap !!




DONUT TOFU LEMBUT
sharing : Iza Akma SSK


Bahan-Bahan :
300 gram tepung gandum
125 gram taufu lembut
1 1/2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
160 ml susu suam@air suam
40 gram shortening
4 sudu besar gula
6 gram yis
100 gram tepung roti ( ganti dgn tepung gandum pun boeh)
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder

sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut



tofu lembut yang digunakan (**pic courtesy jintanmanis)

Caranya :

1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnya, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.




Nota:  
Menurut Ros, selain dibentukkan gegelang.....donut taufu ni juga boleh dibentuk seperti anyaman dan dipintal, lepas tu goreng macam biasa. Untuk kelainan toppingkan saja donut ikut selera masing-masing, boleh dicelup dengan coklat bagi menaikkan lagi rupa donut taufu lembut ini.....


3 sweet comments:

KhaiRin said...

lama x mkn donut

Anonymous said...

as-salam kak Iza Akma
dah lama tak buat donut..npk kak iza buat donut ni..rasanye macam nak buat pulak..npk gebu donut tu kak...

Shuhairi Shuhaini said...

aslmkmm sis..nmpk mcm sedap nih..bole try..