7
Nasi Kismis



Assalamualaikum...


Salam manis daripada saya buat pengunjung semua. 
Cuti hujung minggu semalam banyak masa terluang.  Jadi saya gunakan kesempatan itu untuk memasak sesuatu yang istimewa for lunch. Kalau untuk lunch, menu apa lagi kalau tidak nasi.

Menu kali ini saya pilih daripada buku Resepi Kenduri Kahwin oleh YM Raja Rosly Bin Raja Mazlan atau lebih dikenali umum dengan panggilan ‘Pak Engku’. Siapa yang tidak mengenali beliau, pemilik diploma dalam jurusan Perhotelan & Catering. Malah beliau juga adalah pengasas Kuzie Catering & Wedding Planner yang telah dimulakan secara rasminya pada tahun 1994 dan beroperasi di Shah Alam, Selangor. Pelanggan beliau bukan saja terdiri daripada kenamaan, tetapi juga popular dikalangan artis dan selebriti sehingga beliau di iktiraf oleh pihak media sebagai Chef Selebriti.




Kalau nak merasai sendiri air tangan Pak Engku secara live agak payah lah sikit.
Tapi dengan adanya resepi yang beliau turunkan dalam buku ini secara tak langsung dapat juga kita rasa betapa istimewanya resepi masakan beliau.
Salah satunya resepi Nasi Kismis ni.....memang sedap.....delicious! Tidak hairan lah kalau para pelanggannya terdiri daripada artis-artis and VVIP.....ternyata masakan beliau memang ada taste.....



NASI KISMIS
by Pak Engku-Resepi Kenduri Kahwin
sharing : Iza Akma SSK


Bahan-Bahan :
1 kg beras basmathi
100 gm minyak sapi
100 gm marjerin
1 liter air
1/2 tin susu cair
20 gm kismis
10 gm badam
10 gm gajus
1 sudu makan rempah kari
garam / perasa secukup rasa

Bahan Tumis :
4 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
2 inci halia * ( * dikisar )
5 batang kulit kayu manis
10 biji buah pelaga
5 kuntum bunga lawang
2 helai daun pandan
1 tangkai daun pudina
1 tangkai daun ketumbar - potong 1/2 inci


Caranya :
 ❀  Panaskan marjerin. Gorengkan dahulu kismis, badam dan gajus berasingan. Angkat dan ketepikan.
 ❀  Tambahkan minyak sapi kepada marjerin dan biarkan panas. Kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang dikisar tadi.
 ❀  Masukkan bahan tumisan yang lain bersama rempah kari. Kacau hingga tumisan dan rempah agak garing dan naik baunya.
 ❀  Masukkan air, susu cair dan garam juga sedikit gula sebagai ganti serbuk perasa. Biarkan ia mendidih.
 ❀  Sementara itu masukkan beras dalam rice cooker. Bila bahan yang dimasak tadi dah mendidih terus tuangkan dalam rice cooker. Kacaukan sebentar hingga rata dan tutupkan periuk. Biarkan nasi masak.
 ❀  Bila hampir masak masukkan kismis, gajus, badam dan kemudian biarkan nasi masak.


.....bertambah-tambah enak Nasi Kismis ni bila saya gandingkan bersama
Ayam Syahjahan dengan Acar Timun Nenas


7 sweet comments:

KhaiRin said...

uiiii sodap nyer...tp ntah bla la dpt memasaknya..

ady said...

as-salam
berselera npk nasi kismis ni kak..dah tergoda ni...ady copy paste
resepinye dulu..

CT Delima said...

As'salam Iza

Nampak sangat sedap dan menarik, tambah sedap kalau dapat dimakan bersama daging masak kurma atau daging masak kicap. telan air liur sekejap..hehehe

sygibuaniQ said...

salam. suke tgh dpo masak2 cik iza ni. rajin yer. resepi ni msti cube :) tq for sharing!

Liza said...

nmpak pun dh menyelerakan...nnt nk try gak la...

Anonymous said...

Blh guna beras biasa x n rempah kari ape?

IZA AKMA said...

@Anonymous
Nak guna beras biasa pun boleh tp hasilnya kurang cantik berbanding basmathi dan sukatan airnya perlu anda adjust kerana kuantiti air bagi beras biasa dan basmathi adalah berlainan. Serbuk kari tu pula boleh guna either serbuk kari ikan or daging..... to me better guna serbuk kari daging.