8
Puding Kek



Assalamualaikum...


Salam manis buat pengunjung semua. Bersua kembali kita hari ini.
Masa selongkar-selongkar petisejuk, ghupernya terselit satu bar kecil kek lapis dalam nun. Ini mesti kek lebih raya hari tu. Setelah dibelek-belek keknya masih elok, rasanya pun maintain lagi.....takde siapa yang berminat lagi nak makan.....nak dibuang sayang pulak rasanya. Nak buat kek dalam kek, semangat membaking jatuh menjunam. Ingat hati nak buat yang simple-simple yang tak banyak ambil masa. Terus teringat dengan sejenis puding yang berisi kek dalamnya. Haaa.....jangan tak tau, kek pun boleh dibuat puding tau.




Pertama kali saya jumpa kek dalam puding ni, pada bazar ramadan tahun lepas.....puding kek buah.
Then seolah dah jadi popular pulak, jumpa lagi  kat bazar ramadan baru-baru  ni.....tapi kali ni menggunakan kek coklat. Dah lama berkenan nak mencuba. Sementara kek berada depan mata, boleh lah try puding yang agak special ni. Hasilnya tidak mengecewakan.....kira berbaloi jugak lah mencuba selain tidak membazirkan kan. Bila kek yang tak laku tadi berubah menjadi puding.....laku laa pulak.....sekejap jer dah habis kena ngap. Terima kasih Dayang.....saya panjangkan pula resepi yang sedap ni di sini.....



PUDING KEK
sharing : Iza Akma SSK


Bahan-Bahan :
3 cawan air
1 sudu besar serbuk agar-agar (dyg guna Cap Bunga Ros)
3 sudu besar tepung kastard (dibancuh dgn 3 sb air)
1/2 cawan gula pasir ( boleh lebihkan sedikit 
jika nak lebih manis - bergantung pada kemanisan kek)
3/4 cawan susu cair
1 sudu kecil esen vanilla
hirisan kek secukupnya (dipotong kiub@ ikut suka) 


inilah kek yang saya gunakan,
kek lapis hawflakes....


Caranya :
  • Didihkan air bersama serbuk agar-agar di dalam periuk.
  • Setelah larut masukkan gula dan susu cair. Setelah gula larut, biarkan ia merendidih.
  • Masukkan bancuhan tepung kastard tadi serta esen vanilla. Kacau hingga pekat.
  • Sediakan loyang yang sudah dibasahkan dengan air. Tuangkan adunan tadi ke dalamnya. Masukkan/susunkan atau gaulkan perlahan-lahan kek yang sudah dipotong tadi.
  • Sejukkan sebelum hidang.

Nota :
Adunan agar2 ini juga sesuai untuk puding koktel tetapi sukatan gula perlu ditambah sedikit.


puding ni sedap.....ada rasa puding & kek.....


8 sweet comments:

ady said...

as-salam
nice combinations of colour ..npk sedap pudding tu kak..kalau macam ni ady nak kena cubalah ...

rahel said...

Waw2...menggoda betul Puding Kek ni..cantek2..sure sedap n nyaman..emm tengok je la.

Liza said...

waaahh..masuk sini terus tergoda...Liza minta copy resepi yer...jmput ziarah dapur liza yer..

Sue @ Nenie said...

Salam..Idea yang menarik untuk mengelak pembaziran..,..

cida said...

wahhhh...cantiknya!!! nk try...nk try!

quinnie said...

salam kenal..nampak cantik kek awak ni...bagus betul masukkan kek dlm puding...bagus awak ketengahkan respi kak dayang ni....ingat nak cuba jugak..ada baki kek tak habis makan..:)

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum..
Cantiknya puding kek ni..

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Akak ambik resipi ya, akak nak coba dengan swiss roll, nanti udah jadi akak link kat akma ya!! thanks for the resipi ya