8
Talam Lapis Sagu Keladi & .....selamat berjuang putera ku.....



Assalamualaikum...


Hari ni bermulanya peperiksaan PMR.....perjuangan dan cabaran pertama yang harus ditempuhi oleh semua anak-anak di peringkat menengah. Keputusan peperiksaan ini penting sebagai permulaan ke mana hala tuju mereka nanti. Di saat ini bukan anak-anak saja yang berdebar malah ibu bapa juga tidak terkecuali kecut perut.....mungkin ada juga tu yang tak boleh lena malam semalam memikirkan hari ini.
Anak yang nak duk periksa biasa-biasa aje.....ibu bapa pulak yang terlebih-lebih perasaannya.....macam lah ibu bapa pula yang nak periksa.....wajar lah tu kann. Wujudnya perasaan sebegitu adalah lantunan daripada rasa tanggungjawab dan keprihatinan kita ibu bapa terhadap anak-anak yang dikasihi.
Selamat menduduki peperiksaan buat semua anak-anak. Especially buat putera ku Muhammad Shakir.....semoga tenang menjawab dan dipermudahkan Allah segalanya.....Aminn.




Bila sebut keladi, tentunya ramai teringatkan talam keladi berlauk, lapis keladi, talam keladi, pengat dan banyak lagi menu sedap yang menggunakan keladi sebagai satu bahan ramuannya. Kuih-kuih daripada keladi sememangnya enak dan sedap sekali. Begitu juga dengan sagu dibuat kuih, adakalanya dimasukkan sekali ke dalam bubur@pengat bagi menambahkan lagi kesedapan bubur tersebut. Mungkin anda semua pernah membuat mahupun merasa kuih lapis keladi atau lapis bersagu. Kedua-dua kuih tu tak dinafikan teramatlah sedapnya terutamanya pada penggemar kuih-kuih basah. 
Pernahkah anda semua merasa kuih talam serupa ini? Untuk resepi ni saya gunakan keladi thai. Bau keladinya dah cukup menyerlah.....buatkan kuih ni asli dengan aroma keladi.....dah tak payah tambah lagi esen keladi atau pes keladi. Pada tekak saya laa kann, kuih ni sedapp, teksturnya lembut kenyal-kenyal manja dengan rasa lemak-lemak manis.....



TALAM LAPIS SAGU KELADI
source : Buku Masakan Ala-Nyonya
sharing : Iza Akma SSK


Bahan Untuk Lapisan Keladi :
(A)
300 gm keladi [stim & lenyek halus] >sy rebus aje
130 gm tepung beras
100 gm tepung ubi
40 gm tepung green pea [putih]
300 gm santan pekat > sy guna 200 gm
santan kotak+100 gm air
200 gm air
sedikit pewarna ungu

(B)
220 gm gula pasir > sy guna 200gm saja
1/2 tsp garam
500 gm air
2 helai daun pandan-simpul


Caranya :
  • Masakkan bahan (B) hingga gula melarut. Biarkan sedikit suam.
  • Satukan bahan (A) dalam bekas. Kacau hingga rata.
  • Tuangkan sirap tadi, kacau hingga sebati dan rata. 
  • Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Ketepikan.




Bahan Untuk Lapisan Sagu :
(C)
70 gm tepung beras
80 gm tepung ubi
200 gm santan pekat
100 gm air

(D)
130 gm gula pasir > sy guna 120gm
1/2 tsp garam
250 gm air
2 helai daun pandan-disimpul

(E)
80 gm sago
[ masakkan dengan air yang banyak sehingga sago menjadi jernih.....angkat, tuangkan dalam tapis dan siramkan dengan air paip untuk buangkan kanjinya.....ketepikan ]


Caranya :
  • Masakkan bahan (D) sehingga gula melarut, tutup api. Masa sirap ni masih panas-panas masukkan sago yang telah dimasak tadi. Kacau sehingga sago merata dalam sirap.
  • Satukan bahan (C) dalam bekas. Kacau hingga rata.
  • Tuangkan sirap tadi, kacau hingga adunan sebati dan rata. 
  • Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Ketepikan.




Cara Melapis :
  • Sebelum mula mengukus adunan, kukusan haruslah dipanaskan terlebih dahulu. Bila air dah betul-betul mendidih barulah boleh mulakan mengukus. Alaskan loyang 9" dengan plastik tahan panas dan lenserkan dengan sedikit minyak.
  • Mulakan melapis dengan adunan keladi sebagai lapisan pertama. Tuangkan lapisan keladi ke dalam loyang dan kukus selama 4-5 minit dengan api sederhana.
  • Selepas itu, lapiskan dengan lapisan sagu sebagai lapisan kedua. Kukus lagi 4-5 minit.
  • Ulangi lapisan seterusnya dengan step yang sama. Bila tiba lapisan terakhir lebihkan masa mengukus kepada 25-30 minit.

*** Setiap kali mula melapis lapisan baru, lap penutup kukusan bagi mengelakkan wap air menitik atas kuih.



8 sweet comments:

KhaiRin said...

sgt suka talam ni...

gud luck utk ank akk!

Anonymous said...

as-salam
cantik talam lapis sagu keladi tu..mesti sedap ni...

Gee® said...

sama2 lah kita berdoa untuk kejayaan anak... anak gee pon ada yg amek PMR... cantek kuih lapis tu... suke purple!!

Deliah's Deli said...

cantik talam kaler purple ni..smg anak iza berjaya dlm pmr.

IZA AKMA said...

KhaiRin
kalau suka boleh lah cuba..talam keladi mcm ni mmg sedap
tkasih ucapan khairin utk anak kak...

IZA AKMA said...

Anonymous
wassalam.....tkasih,
kalau betul ikut teknik dan caranya kompem menjadi...mmg best kue talam ni

IZA AKMA said...

Gee
ye gee sesamalah kita doakan kejayaan dan kecemrlangan anak2 kita.....doa seorang ibu tu amat mujarab kerana sifat penyayang ibu pada anak2nya.....insya'Allah

IZA AKMA said...

Deliah's Deli
tkasih del.....insya'Allah