8
Banana Chocolate Rice Cake



Assalamualaikum...


Salam manis...Salam penuh keceriaan...Kepada semua yang mengunjungi Singgahsana Kitchen.
Pada yang pertama kali datang...Selamat Datang...Kecil tapak tangan, nyiru Iza tadahkan...
Tibanya anda sebagai pengunjung...pulangnya anda sebagai tetamu.
Kunjungan anda suatu penghargaan buat SSK. Setinggi-tinggi terima kasih Iza ucapkan.


Bila kak Ummi tayang kek pisang coklat rice hari tu, hati terus tergoda. Hati dah berkira-kira nak buat...beli lah pisang. Bila dah beli pisang, diri pula tak larat sungguh...mana dengan batuk, demam lagi. Jadi pisang tu Iza buangkan kulit dan simpan dalam petisejuk. Dua tiga hari ni, alhamdulillah diri mula beransur sihat.

Semalam, barulah dapat Iza teruskan misi membaking yang lama tertangguh. Nasib baiklah pisang tu elok lagi sebab dalam petisejuk jangkahayatnya panjang laa sikit.
Lepas sudah hajat di hati. Memang sedap kek pisang ni, lembut dan gebu segebu-gebunya.
Terima kasih kak Ummi...kongsikan resepi yang best ni. Jom redah...


BANANA CHOCOLATE RICE CAKE
Resepi & Sumber : Buku Lovely Butter Cakes oleh Amy Wong & KS Lee
Dicuba Rasa & Terjemahan : Ummi @ Home Sweet Home
sharing : Iza Akma SSK


BAHAN A :
  • 150 gm marjerin 
  • 150 gm gula kastor (akak letak 135 gm je) ~iza guna 130gm
  • 3 biji telur
  • 100 gm susu segar
  • 100 gm pisang ranum yang dilecek (*akak guna pisang berangan)

BAHAN B :
  • 200 gm tepung berprotein rendah (akak guna tepung naik sendiri) ~iza guna tepung gandum
  • 30 gm chocolate rice ~iza buat 40gm,nampak mcm tak cukup...next time kena tambah lagi
  • 1/4 sudu teh soda bikarbonat

HIASAN :
  • 2 biji pisang ( dipotong nipis bulat)
  • 1/4 cawan hirisan badam (ni akak tambah)
    ~untuk hiasan iza cuma tabur almond nib & hawaian coconut



CARA PENYEDIAAN :

❀  Pukul marjerin (mentega) dan gula hingga nampak keputihan.
❀  Masukkan telur satu persatu (*pukul telur hingga bercampur rata, baru dimasukkan yang berikutnya.) Pukul hingga sebati.
❀  Secara berselang seli, masukkan bahan B dan susu, adun rata.
❀  Perlahan-lahan masukkan pula pisang lecek dan gaul sebati dengan spatula.
❀  Tuangkan ke dalam loyang saiz 8x3x3 inci yang telah digris dan dialas
❀  Ratakan adunan dan susun hirisan pisang di atasnya.
❀  Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 40 minit/hingga masak.




8 sweet comments:

Gee® said...

ermmmm...harum bau pisang... yummy!!

ady said...

as-salam kak IZA AKMA

npk sedapnye kak banana chocolate rice cake yg kak iza buat ni...kaya dgn taburan almond kat atas cake tu..yummy2..

Liza said...

salam iza...biasa liza buat kek pisang ni, xpernah bubuh pulak choc rice ni, nnt lenkali blh ikt resepi ni la pulak....mst lg sedap kan...

Ummi said...

Assalam Iza....haa, dah terjangkitsss yaaaaa....berbaloi ke tak tu? X cukup satu adunan kan..lenkali kalau akak buat, kena 2 adunan...Mat Gebu n Azlita pun cakap camtu...hehe, thanks ya sudi nak cuba resepi yg akak tolong sharekan tuh. rasa berbaloi beli buku tu, byk lg nak try ni...hahahaa

IZA AKMA said...

@Gee®
mmg harum gee...masa bakar tu semerbak umah bau pisang..

IZA AKMA said...

@ady
rasa jangan cakap ady...seriously sedapp..stok almond tengah ada...tu kak iza lambakkan banyak2..hehehe

IZA AKMA said...

@Liza
wassalam
boleh cuba liza...tak semestinya kek ni jer, kek pisang yg lain kalau nak buh coklat rice pun boleh...kita yg buat die kann..

IZA AKMA said...

@Ummi
Wassalam
sume yg cuba kata sedap...geram jek dengar..iza pun apa lagi buat jugak lah
satu adunan pun dah cukup kak ummi..itu pun banyak dah..kalau wat dua kang iza sorang jer yg makan..alamat bertambahlah kalori badan nih...hahaha