4
Nasi Goreng Ikan Rebus



Assalamualaikum...


Hari Jumaat adalah hari yang paling baik di antara hari-hari lain dalam seminggu. Di dalamnya terkandung saat-saat dikabulkan doa.
Abu Hurairah meriwayatkan apabila Rasulullah s.a.w menceritakan tentang keutamaan hari Jumaat beliau bersabda : " Pada hari itu ada suatu saat, tiada seorang muslim yang sedang sembahyang bertepatan dengan saat itu, kemudian memohon kepada Allah melainkan dapat dipastikan Allah dapat memberinya".
Imam Muslim meriwayatkan dari hadith Abu Burdah bin Musa Al-Asy'ari bahawa saat yang paling mustajab pada hari Jumaat ialah saat diantara duduknya imam di atas mimbar hingga selesai sembahyang Jumaat".

Manfaatkan hari Jumaat yang mulia ini untuk kita mendapatkan lebih sukses dalam kehidupan, lebih cemerlang dan lebih kuat berbanding hari-hari yang lain. Apa pun yang kita lakukan hari ini, pastikan ia adalah yang terbaik dan terhebat untuk diri kita dan keluarga.


Iza kalau masak nasi goreng suka masukkan lebihan lauk semalam macam ayam goreng, ikan goreng, ikan masin, sardin...tengoklah apa yang ada. Alaa setakat masak nasi goreng semua boleh kann. Lagipun memasak  nasi goreng bukanlah sesukar mana. Ia boleh dipelbagaikan ikut citarasa masing-masing. Resepi di bawah tu simple aje pun. Tapi nak juga tulis di sini sebagai rujukan. Maklum lah kita ni umur makin meningkat...manalah tau tup-tup satu hari resepi yang sempoi macam ni pun boleh jadi lupa pulak...sapa nak jawab ne...hehhehheh.



NASI GORENG IKAN REBUS
source : Iza Akma SSK


BAHAN-BAHAN :
  • 5 cawan nasi
  • 1-2 ekor ikan rebus, digoreng & siat-siatkan ambil isinya saja
  • 2 biji buah tomato, dipotong dadu
  • 2-3 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar cencaluk
  • 2 sudu teh serbuk lada hitam
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis

BAHAN KISAR :
  • 5 biji cili merah, dibuang bijinya
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu makan ikan bilis

HIASAN :
  • 2 biji telur, didadar
  • daun bawang
  • bawang goreng


CARA PENYEDIAAN :

❀  Panaskan minyak dalam kuali.
❀  Tumiskan bahan kisar sehingga wangi.
Masukkan cencaluk bersama isi ikan tadi.
❀  Kemudian masukkan tomato dan kicap manis. Gaul rata.
❀  Masukkan nasi, lada hitam dan garam secukupnya. Kacau hingga rata. Sesuaikan rasanya.
❀  Ketika menghidang, taburkan daun bawang, bawang goreng dan telur dadar.



4 sweet comments:

tun_telani said...

salam kak iza.. sedapnyer nasi goreng letak ikan. mama tun dulu2 selalu tumbuk2 ikan goreng yg x abih, letak dlm nasi goreng. tun pun sama la, letak semua lauk yg x habis dlm nasi goreng. hehe..

Gee® said...

ermmm...sedapnyaaa, gerenti harum nasi goreng nih...siap ada cencalok lagi...

Wattie said...

Assalamualaikum dan selamat tahun baru Iza...heheheh. Dah nak masuk bulan Feb kita baru nak sambut tahun baru...hehehe, outdated betulkan.....

Opss...Nak order nasi goreng satu, isi ikan taruk lebih ya. Resepi special cam ni mesti sedap dimakan, tambah2 kalau free keh keh keh

Mamasya said...

Aslmkum Iza.hari tu dah komen kat fb...dtg komen pula di blog.nostalgia tengok nasi goreng ikan rebus Iza hidangkan ini,teringat arwah nenek, dulu masa kecil suka buat nasi goreng gini.