6
Trifle Istimewa Twiggies...



Assalamualaikum...


Menurut berita di tv3 semalam, jabatan meteorologi meramalkan keadaan cuaca akan berterusan panas hingga akhir Januari ini. Walaupun cuaca panas tapi senario kilat dan petir masih berlaku pada lewat petang. Telah menjadi fitrah manusia, kalau musim panas...bersungut panas, minta hujan. Tapi bila tiba tengkujuh...hujan tak henti-henti...minta panas. Pelik kan manusia ni. Seharusnya kita bersyukur sama ada panas atau hujan kedua-dua Allah jadikan punya rahmat disebaliknya.

Tapi awas, dalam kes cuaca yang ekstrem, episod hujan lebat yang menyeluruh ini boleh bertahan selama tiga hingga lapan hari dan boleh menyebabkan berlakunya banjir besar. Sematkan dalam ingatan bahawa air pabila kecil kawan baik tapi di kala besar akan berubah menjadi lawan...


Iza mulakan bicara berkenaan cuaca panas kerana ada kaitan dengan entri kali ini. Biasanya bila dalam cuaca panas begini, tekak sering meminta-minta sesuatu yang dingin sebagai penyejuk badan...betul tak...? Jadi semalam Iza buat sesuatu yang dingin sebagai dessert iaitu trifle.

Lazimnya trifle dilihat mempunyai beberapa lapisan...kek sponge, puding, jelly dan buah-buahan koktel. Semua bahan dah ada cuma kek saja yang tak ada...nak buat tak ada kerajinan pula. Kalau tak dibuat lapisan kek tu...macam tak puashati...bukan kah lebih sempurna kejadiannya bila ada kek kan. Tengah kepala fikir-fikir, terpandang twiggies yang masih belum berusik lagi. Selalu beli untuk kudapan Puteri. Twiggies itulah yang Iza korbankan sebagai galang ganti kek dalam trifle. Apa komen trifle ni...? Tak payah komen lah...dah semestinya delicious and marvellous.


TRIFLE ISTIMEWA TWIGGIES
adaptasi daripada Resepi Trifle Istimewa Mat Gebu
source : Iza Akma SSK


BAHAN KEK SPONGE :
(iza gantikan dengan twiggies coklat)
  • 200 gram tepung optima (instant cake flour)
  • 3 biji telur gred B
  • 50 gram mentega, cair dan sejukkan
  • 50 ml susu segar
  • 1 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :
  • 200 ml susu sejat IDEAL
  • 100 ml air
  • 2 kuning telur
  • 2 camca besar penuh tepung kastard
  • 4 camca besar gula atau secukup rasa
  • 3/4 camca teh esen vanilla

BAHAN JELLY :
  • 1/2 camca teh konnyaku jelly powder
  • Gula secukup rasa
  • 500 ml air
  • 1/2 camca teh strawberry emulco
  • Beberapa titik pewarna merah

BAHAN LAIN :
  • 1 tin besar buah2an koktel, ditoskan, asing jusnya (iza tambahkan juga dengan nata de coco)
  • 200 ml whipping cream (1 kotak kecil), disejukkan
  • Jus dari buah2an koktel tadi


Cara Penyediaan

UNTUK SPONGE CAKE :
Satukan semua bahan kecuali mentega cair dan esen vanilla, ke dalam mesin kek, putar pada kelajuan sederhana sehingga semua bahan bersatu, kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat. Masukkan mentega dan esen vanilla, kaup balik hingga adunan rata. Tuang dalam loyang 12 inci x 12 inci yang telah dialas kertas minyak dan bakar pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (pastikan oven telah dipanaskan). Sejukkan atas jaringan bila kek masak.

UNTUK KASTARD :
Satukan semua bahan kastard kecuali esen vanilla, kacau rata dan masak dengan api sederhana sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan menjadi pekat. Masukkan esen vanilla, kacau rata dan ketikan.

UNTUK JELLY :
Satukan semua bahan2 untuk jelly dalam periuk, tang gula tu pandai2 lah agak, tapi jangan manis sangat, manis sikit-sikit sudah cukup yea. Kacau rata dengan whisk dan jerang hingga mendidih dan gila hancur, kacau hingga sebati. Ketepikan dan biar sejuk sedikit.

UNTUK TRIFLE :
Sediakan bekas sesuai, potong kek sponge tadi, bagi kepada 2 bahagian dan susun 1 bahagian seperti dalam gambar. Basahkan kek sponge tadi dengan jus buah koktel. Sementara itu putar whipping cream hingga kembang dan kental, jangan terlebih putar. Lapiskan whipping cream tadi atas kek. Tabur 1/2 bahagian buah2an koktel tadi. Susun lebihan kek atas buah2an koktel tadi. Basahkan dengan jus. Tuang kastard suam atasnya dan ratakan dengan spatula. Biar sejukk sekejap. Tabur baki buah2 tadi, rata. Dan akhir sekali, sendukkan jelly cair atasnya hingga memenuhi ruang seperti dalam gambar. Simpan dalam peti ais hingga jelly membeku.. sedap dihidangkan dingin...hmmm..




6 sweet comments:

cik cek said...

Sedapnya...lama dah akak tak buat....teringin lak nak makan ...:)

p/s akak bwk nagasari cendol ni...:)

Sofea said...

Look so yummy! :)

Ayu said...

Assalam iza, good idea betul gunakan twiggies dalam recipe ni..boleh lah akak cuba juga nanti..thanks iza for the recipe..

IZA AKMA said...

Cik Cek,
dah wat ya kak cek, nagasari cendol tu..
tima kasih sudi mencuba resepi nagasari tu yg selama ni duk diam dalam almari dapur iza nie..
lega rasa hati bila rasanya menepati citarasa kak cek..

IZA AKMA said...

Sofea,
thanks sudi jenguk dapur singgahsana..

IZA AKMA said...

Ayu,
Wassalam..
ni kes kurang rajin nak wat kek spongenya tu kak ayu..tekak pulak teringin nak makan..kebetulan ada pulak twiggies depan mata..sambar je laa..
sedap kak ayu gunakan twiggies sebab twiggies kan dah siap berkrim kan..lagilah terasa lemak berkrim..