7
Asam Pedas Melaka



Assalamualaikum...


Semalam Iza beli ikan nyok-nyok...geram punya pasal sebab tengok ikan tu fresh sangat. Masa tu tak fikir lagi nak masak apa dengan ikan tu. Ikan nyok-nyok ni lembut dan manis isinya. Kalau masak masakan berkuah, kuah akan jadi manis semulajadi. Paling ketara bila dimasak kari, kuahnya sedap sangat. Nak masak kari, baru minggu lepas makan kari. Iza pun tanyalah pada puteri Iza yang seorang tu nak makan lauk apa. Puteri kata nak makan asam pedas. Iza ok aje...lagipun da lama rasanya tak masak asam pedas. Bila sebut asam pedas teringat asam pedas yang pernah Iza makan masa jalan-jalan di Melaka. Tak dinafikan asam pedas negeri Melaka memang sedap...power gilerr...


Iza pun selak-selak buku masakan Chef Zaidah. Kebetulan ada resepi asam pedas melaka yang dicari. Iza tertarik dengan resepi chef kerana bila diamati resepinya kurang menggunakan bawang putih dan halia tapi lebih kepada bawang merah. Yang specialnya chef menggunakan kelapa parut yang disangai dalam ramuan tak seperti asam pedas lain yang pernah Iza cuba sebelum ini. Bila ada penambahan lain bermakna akan wujud rasa yang berlainan di situ.

Pada Iza, asam pedas ni dah hampir-hampir menyamai rasa asam pedas yang makan kat Melaka tu. Itu pada tekak Iza la kann...tak tau la pada orang lain. Selera dan citarasa manusia ni subjektif...mungkin pada tekak kita terasa sedap tapi tidak pada selera orang lain. Ok lah tak nak buang masa jomm semak resepi....



ASAM PEDAS MELAKA
adapted from Buku Masakan Chef Zaidah Mohd Noor @ Cita Rasa Malaysia 1000 Resepi Unggul
source : Iza Akma SSK


BAHAN-BAHAN :
  • 1 ekor ikan nyok-nyok anggaran 800gm, disiang dan dibersihkan
  • 3 ulas bawang merah, dihiris
  • 2 ulas bawang putih, dihiris
  • 5 sudu makan kelapa parut, disangai hingga kekuningan
  • 1 sudu kecil halba
  • 1 sudu kecil biji sawi
  • 3 helai daun limau purut
  • 1/2 cawan air asam jawa dari segenggam asam jawa
  • 2 cawan air
  • belimbing buluh, bendi, daun kesum
  • garam dan gula secukup rasa


BAHAN KISAR :
  • 20 tangkai cili kering
  • 17 ulas bawang merah
  • 3/4 inci halia
  • 3/4 inci kunyit hidup
  • 3/4 inci belacan
  • 1 sudu kecil biji jintan manis
-- setelah dikisar campurkan dengan kelapa yang disangai tadi...gaul sebati dan ketepikan.


CARA MENYEDIAKAN :

❀  Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis hirisan bawang merah dan bawang putih sehingga warnanya kekuningan. Tos dan ketepikan.
❀  Di dalam periuk yang sama, tumiskan halba, biji sawi beserta bahan kisar sehingga wangi. Masukkan air, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Bila dah sedikit didih masukkan bendi, daun kesum, belimbing dan ikan. Biarkan mendidih.
❀  Masukkan daun limau purut dan bawang yang ditumis tadi. Rasakan garam dan gula. Kacau sebentar. Bila dah cukup rasanya bolehlah diangkat dan hidangkan.




7 sweet comments:

Qasey Honey said...

asslm...
mmg nmpk sggh myelerakan la...mmg tringin sgt nk rasa asam pedas melaka ni...mkn lak dgn nsi panas...hari tu g melaka xsmpt nk cuba merasa...tq yea resepi...QH nk cuba nti...

noorsafone said...

salam...lama mama tak singgah sini...asam pedas memang kegemaran mama...nampak sungguh menyelerakan.

IZA AKMA said...

@Qasey Honey
Mekasih QH...
Resepi mmg untuk perkongsian kita bersama...cuba lah...diharapkan resepi ini memenuhi citarasa QH...InsyaAllah

IZA AKMA said...

@noorsafone
Wassalam.
Mmg lama Mama Noor tak singgah sini. Mekasih Mama sudi lagi bertandang ke dapur Iza.

Anonymous said...

Nampak macam sedap aja... bagi saya, saya tak kan bubuh daun limau purut, kerana ia akan memotong aroma daun kesom tu.

IZA AKMA said...

@Anonymous
nak bubuh atau tidak, itu terpulanglah ikut citarasa masing-masing...selera masing-masing

jooleata said...

Salam kak Iza,

Ade beza ke kalau nak bubuh daun kesum or tak, memandangkan daun limau tu ada je kt rumah.. thanks kak