10
Mee Rebus Johor


.... السلام عليكم


Dah empat lima bulan dah simpan resepi ni...tulisan pun cakar ayam jer atas helaian kertas. Itu pun dapat cara kebetulan masa tengok rancangan masakan Sajian Kontemporari yang dikendalikan oleh anak-anak Chef Wan, Serina bersama Chef Riz. Bila Chef Riz kata nak tunjukkan resepi mee rebus, cepat-cepat capai kertas pen salin. Menurut cerita Chef Riz, resepi ni asalnya dapat dari seorang kawannya anak johor...dan kemudian telah diubahsuaikan olehnya...biasalah chef kann...kenalah oter sana sikit oter sini sikit...


Mee rebus ni iza masak weekend lepas. Masa tu ada pulak keledek oren...apalagi teruskan misi. Bak kata orang tak ada ruginya mencuba dan pelajari sesuatu resepi baru kan kan...Percubaan ternyata menjadi.  Mee rebus ni memang sesuai dan kena dengan tekak kami sekeluarga malahan suami yang anak johor pun turut mengakui kesedapan kuahnya yang pekat gituu... Memandangkan kuahnya ada berlebih, esoknya iza celur mihun makan dengan mihun pula. Dua-dua sedap...dengan mee sedap dengan mihun pun sedapp... 

Chef Riz ada pesan lebih bagus guna keledek oren berbanding putih sebab yang oren tu buatkan kuah menjadi lebih manis semulajadi...dan petua chef lagi keledek jangan diblend cuma dilenyek sahaja...Itulah rahsianya...Nak tahu apa lagi rahsia lain yang ada dalam kuah yang sedap nih...jommm...



Resepi KUAH MEE REBUS JOHOR
recipe : Chef Riz
source : Iza Akma SSK


BAHAN-BAHAN :
  • 300 gm daging kisar/udang segar ~iza guna daging batang pinang dan hiriskan nipis-nipis
  • 1/2 cawan udang kering, disangai & kisar halus
  • 5 sudu makan cili kisar (nak pedas lagi boleh tambah)
  • 2 sudu makan rempah kari
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 kiub pati daging
  • 250 gm keledek oren, rebus & lenyek
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • garam & gula secukup rasa
  • air secukupnya
  • minyak untuk menumis
BAHAN TUMIS :
  • 2 batang serai, dititik
  • 8 bunga lawang
BAHAN KISAR :
  • 3 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3/4 inci lengkuas
  • 1 biji buah keras
  • sedikit air


CARA PENYEDIAANNYA :
❀  Panaskan minyak. Masukkan bahan tumis. Bila dah naik sedikit baunya, masukkan bahan kisar dan tumis lagi.
❀  Masukkan pula cili kisar dan teruskan menumis sehingga bahan tumisan garing dan berbau harum.
❀  Seterusnya masukkan udang kering yang telah dikisar kering dan halus tadi. Goreng lagi.
❀  Masukkan daging, kacau-kacau sebentar. Terus masukkan rempah kari dengan serbuk ketumbar. Kacau goreng hingga sebati. Lalu masukkan air secukupnya. (kuantiti air terpulang ikut kepekatan kuah yang dikehendaki)
❀  Bila dah setengah didih masukkan kiub daging dan biarkan mendidih.
❀  Akhir sekali masukkan keledek yang dilenyek, air asam jawa,  garam dan gula secukupnya. Didihkan kuah hingga pekat.
❀  Setelah cukup rasanya bolehlah diangkat. Sedia untuk dihidangkan.



BAHAN SAMPINGAN YANG LAIN :
mee/mihun, dicelur
tauhu, digoreng & dihiris
taugeh
telur, direbus
bawang goreng
cili merah & cili hijau, dihiris
daun sup & daun bawang, dihiris


~~ Selamat Mencuba ~~
والسلام



10 sweet comments:

Qasey Honey said...

sedapnye mee rebus tu...dh lama xmkn yg johor stail ni...tq resepi nk cuba nti...

Cheq Sue said...

saya ni tak pernah lak makan mee rebus stail johor...mesti sedap kan!

norhanim md zain said...

Sedapnya tengok gambar aja dah melelehair liur ni
W

Nieza said...

Assalam kak, apa khabar? lama tak singgah sini..sedapnya tgk mee rebus ni.teringin lak nk mkn.

Sheila Shafeareen said...

Salam salam sejahtera...wahhh ada mee rebus jhr kat cini...boleh le cari bahan dan buat cuti2 ni...

ogyep yummy mellow said...

I likeeee mee rebus.. minta semangkuk, boleh???

quinnie said...

sedapnya rupa mee rebus awak ni..resepi chef riz ni selalunya tak menghampakan...mesti sedap!!!

KakAsma said...

Iza,
boleh cuba resipi nie..tak bubuh kacang tanah ke?kalau mee rebus kena ada kacang tanah sikit kan..hehehehe pepandai ajer akak nih

Gee® said...

Aduh duh duh...!! menggoda sungguh laa mee rebus itew...sedapnyaaaa

maz said...

Salam kenal dan knjung bls..mksih ye sdi sngah dpur kcik kita yg xsbrapa tu...npak yummyyy skli mee rebus iza ni...kita pun dh lama pndam rsa nk buat mee rebus..tpi bila trkenang anak2 xmkn..tu yg xtrbuat2 smpai hri ni...huhuu...bak la spngan iza...laporr la plak...