7
NASI PILAF


.... السلام عليكم


Alaahai, sunyi dapur ni tak ada juadah baru. Macam tuannya tak masak jer. Correction please....dapur maya ni jer yang tak berasap tau....dapur yang sebenar-benarnya tiap hari berasap-asap....hah ha. Bukannya apa, kalau setakat ikan masin goreng, telur goreng mata kerbau takkan nak sumbat juga kat sini....ya dak. At least hidangan yang nak dipamerkan tu biarlah up sikit daripada tu yang boleh jadi inspirasi pada pengunjung. Itu pada sudut pandangan iza lah....tak tau lah pada yang lain. Masing-masing punya persepsi tentang apa yang nak dimuatkan dalam blog masing-masing....tepuk dada tanyalah selera.

Adoiii, semenjak dua menjak ni rasa macam ketidakcukupan masa pulak nak update blog hari-hari. Kadang-kadang terfikir juga, macam mana lah ada rakan blogger yang boleh update blog sampai tiga empat kali sehari....iza ni nak update seminggu dua tiga kali pun belum tentu lagi. Huhh! Tabik spring lah den kek meko nih....tak terkojar dibuek'eh....sompot....hehheh. Namun begitu akan iza cari juga kesempatan untuk hidangkan entri terkini demi pengunjung yang dikasihi semua.




Jika rakan lain dah bermacam-macam resepi nasi dicuba....kita ni baru start enjin menerai nasi pilaf. Nasi ni belum pernah buat lagi. Bila dah buat barulah tahu memang sedap rupanya nasi ni tambah lagi dengan aroma butternya....mak aiiih....keharuman yang cukup terserlah....bikin nasi ni so marvellous!....Mantap giteww. Kalau tau macam ni punya sedap, awal-awal lagi dah cuba.

Tengok resepi bukan main banyak lagi kan sampai 2 kilo. Memandangkan saiz keluarga pun kecil, iza cuma buat 1/4 resepi saja. Tang air tu iza ikut petua chef Ismail....katanya untuk 1kg beras basmathi gunakan 1.2 liter air....jadinya untuk 1/4 resepi ni iza guna anggaran 600-700gm air. Okaylah, jom semak resepi.....


NASI PILAF
source of recipe : Mak Daro
source                   : Iza Akma SSK


BAHAN-BAHAN :
  • 2 kg beras basmathi, dicuci bersih & direndam selama 1/2 jam
  • 1 1/2 ketul butter, anggaran 375gm
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 4 biji bunga lawang
  • 6 biji bunga cengkih
  • 4 helai daun pandan, disiat-siat & disimpul
  • 3 biji bawang besar, dicincang halus
  • segenggam kismis kuning
  • air secukupnya
  • sedikit garam
  • segenggam daun ketumbar
  • segenggam daun pudina
  • segenggam bawang goreng
CARANYA :

❀   Toskan beras yang telah direndam tadi hingga kering airnya.
❀   Panaskan periuk (lebih bagus jika gunakan periuk non-stick) di atas api yang sederhana. Cairkan butter.
❀   Masukkan kayu manis, bunga lawang, cengkih & daun pandan. Gaul rata.
❀   Masukkan pula bawang besar dan gaul lagi hingga tumisan menjadi wangi.
❀   Masukkan beras. Gaul (jangan terlalu cepat jika tidak mahu berasnya patah) dengan garfu kayu yang besar saiznya. Goreng sebentar beras ini dengan teknik 'clockwise' hingga minyak dari butter tadi benar-benar sebati dengan beras. Teknik ini akan menjadikan nasi menjadi berderai sebiji-biji & tidak melekat antara satu sama lain.
❀   Masukkan pula air & garam.**(anggaran air hendaklah : air itu dituang pada paras beras + 2 ketak lebih, diukur dari hujung jari hantu hingga ke ketak kedua@ketak kedua jari hantu)**
❀   Kecilkan api & tutup periuk. Tanaklah nasi hingga masak.
❀   Apabila nasi sudah masak, tutup api & taburkan segala daun-daun, kismis dan bawang goreng. Hidangkan bersama lauk kegemaran anda.



7 sweet comments:

inahar ali said...

salam iza..lamanye akak x mai sini..pekabo? moga sihat selalu ye..wah terliur akak tgk nasi pilaf tu..leh tumpang lunch kt sini x?hehe!

Yani said...

nak try gak lah buat arini.. tp nak skip daun ketumbar la..xde stok. Harap2 sedap jugaklah

Asyifa Mustaffa said...

waaaaa....sedap2....!!!

cik cek said...

Lama nya kak cek tak jenjalan ghumah kengkawan...tgk nasi pilaf ni..lapo lak perut akak ni...dpt mkn sepinggan ni mesti best kan..:)

Yatie said...

cantiknya kejadian nasi pilaf Akma ni, menyelerakan sungguh...leh cuba ni, bhn2 pun ringkas jek,..

Rosmiza said...

terima kasih atas resepi... mungkin nak meniaga nasi bungkus guna resepi nie... kalau jadi mohon izinkan guna untuk berniaga...saya doakan puan dimurahkan rezeki diberi kebahagian dunia khirat...

IZA AKMA said...

@Rosmiza
Alhamdulillah.., silakan.
Banyak email saya terima minta izin resipi untuk berniaga termasuk juga chef-chef.. guna untuk event.
Saya izin dan halalkan.
Semoga perniagaan dimurahkan rezeki dan diberkati.
Terima kasih rosmiza atas doa.. Aamiin