6
TALAM KELEDEK DURIAN


.... السلام عليكم


Salam hari Isnin edisi petang 25 Jun 2012 bersamaan 5 Syaaban 1433 Hijriah.
Entri ni ada kaitan dengan musim durian sekarang. Sana sini jual durian. Hati berbelah bagi, nak beli tak nak beli....nak beli tak nak beli....tak sampai hati pulak nak kata tidak dengan anak-anak....lastnya beli juga.

Nasib baiklah iza ni bukan hantu durian....sebab iza tak makan durian. Tak makan bukan bermakna tak makan langsung cuma tu orang kata sekerat-sekerat. Kalau durian sesaja memang lah tak makan, tak kisah pun....tapi yang dah bermasak macam kuih atau pengat....haa yang tu laju sokmo....tapi ada lagi satu yang sinonim dengan orang perak....haa, hak tu lagi lah favorit....tempoyak ler apalagi....al maklum kita ni kan ke anak peghak....sah-sah ler peminat tempoyak....hihihi






Susah juga nak memilih resepi-resepi daripada durian nih. Macam-macam resepi durian tersimpan dalam folder.....itu belum lagi yang bersimpan dalam fail dah berprint. Haiiish,, nak pilih resepi pun dah macam nak pilih pemenang dalam masterchef selebriti pulak yer.

Pilih punya pilih akhirnya, pilihan jatuh pada satu resepi yang ada dalam koleksi buku-buku masakan milik iza. Kira on lah, memandangkan lebihan durian yang ada pun tak banyak sebab dah kena bedal dengan anak-anak. Pulak tu kuih ni bukan saja ada durian tapi juga gabungan jagung dan keledek.....dah tentu rasa kuih juga agak berlainan. Atas ciri inilah iza teruja sangat nak mencuba.....lagi pula memang dah lama target nak buat.....inilah masanya. 

Dalam gambar, layer berwarna kuning tu jangan cakap laa.....kaya betul dengan rasa durian bersama krimer jagung sementara layer ungu tu pula lemak-lemak manis daripada keledek ungu. Sukar nak gambarkan rasanya yang unik dan asli itu. Overall, kuih ni memang sedap!  Daripada pemerhatian iza, kuih ni agak tinggi kejadiannya sebab ada kesilapan sikit terguna loyang 8"sq. Mungkin kalau guna loyang 8.5" lebih sesuai kot. Terpulanglah, kalau nak kuih lebih rendah boleh guna loyang 9"sq.




TALAM KELEDEK DURIAN
source : Iza Akma SSK



BAHAN A :
  • 150 gm isi durian
  • 150 gm jagung cream
  • 100 gm tepung gandum
  • 60 gm tepung jagung
  • 40 gm tepung kastad
  • 150 gm gula kastor
  • 400 gm santan pekat (200gm santan kotak + 200gm air)
  • 280 gm air
  • 1 tsp air kapur


BAHAN B :
  • 250 gm keledek ungu siap rebus, dilenyek
  • 120 gm tepung gandum
  • 70 gm tepung ubi
  • 130 gm gula kastor
  • 400 gm santan pekat (200gm santan kotak + 200gm air)
  • 300 gm air
  • 1 tsp air kapur
  • pewarna ungu jika perlu






CARANYA :

❀   Lenyek durian bersama jagung. Ketepikan.
Satukan kesemua bahan (A), kacau sehingga gula larut dan sebati. Sebaiknya kacau adunan menggunakan whisk agar menghasilkan satu adunan yang halus dan tidak bergentel...jadi tak perlu tapis. Masukkan durian dan jagung yang dilenyek tadi, kacau sebati. Bahagikan 2 bahagian, ketepikan.

❀   Untuk bahan (B), satukan kesemua bahan kecuali keledek. Kacau hingga gula larut dan sebati. Masukkan keledek dan kacau lagi sehingga adunan bercampur rata. Bahagikan kepada 2 bahagian.

❀   Tuangkan 1 bahagian adunan keledek ke dalam loyang yang dialas dengan plastik tahan panas dan disapu sedikit minyak. Masukkan dalam kukusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Kukus dengan api besar selama 5 minit.

❀   Tuangkan 1 bahagian adunan durian berjagung dan kukus 5 minit lagi dengan api besar. Dah masak lapiskan 1 bahagian lagi adunan durian dan kukus lagi 5 minit.

❀   Akhir sekali tuangkan 1 bahagian adunan keledek dan kukus dengan api sederhana untuk selama 25 minit. Setelah kuih masak, keluarkan dari kukusan dan biarkan betul-betul sejuk sebelum boleh dipotong.







9
YOGURT PANCAKE


.... السلام عليكم


Selamat Petang.... Pantas jer masa berjalan, dah petang pun hari.
Waktu begini sepatutnya entri kuih-kuih ker, mihun goreng ker atau yang sewaktu dengannya untuk juadah minum petang. Ini entri pankek....yang sesuai untuk breakfast jer. Jam negeri mana lah yang SSK ikut ni ehh....hihihi. Itu lah pasal. Sepatutnya entri ni dimasukkan belah pagi....tapi pagi tadi tak sempat. Petang ni baru sempat. Biarlah time mana pun kan....janji entri terisi.

Biasa pankek bulat. Tapi kali ni tetiba jer rasa nak cuba kelainan....bosan pulak asyik rupa yang sama jer. Pankek yang bulat dah ku tukarkan menjadi triangle. Bak kata Chef Wan, kita yang buat dia....jadi macam mana kita buat....maka macam itulah hasilnya.





Mudah jer, yang jadi triangle tu sebab iza masak guna sandwich maker. Kerja senang, dapur tak bersepah.....waktu memasak pun jadi singkat. Ni semua gara-gara teringin sangat nak buat waffle....dah puas pusing KL....sambil-sambil cuti-cuti malaysia ke Penang pun duk cari lagi maker tu....sampai la ni tak jumpa-jumpa :(. Last-last tibai jer lah guna sandwich maker yang ada tu. Buat permulaan ni test pankek dulu....nak tengok jadi ke idak....ini dah jadi, next time boleh lah try waffle pulak. 






YOGURT PANCAKE
source : Iza Akma SSK


BAHAN-BAHAN :
  • 180 gm tepung kek @ superfine
  • 45 gm gula kastor
  • 45 gm butter, dicairkan
  • 125 gm yogurt > iza guna perisa peach
  • 125 gm susu cair
  • 3/8 tsp soda bikarbonat
  • 1 biji telur bersaiz besar
  • sedikit kismis



CARANYA : 

❀  Ayak tepung dan soda bikarbonat.
❀  Satukan yogurt, susu, telur, gula dan pukul menggunakan hand-whisk hingga sebati. Masukkan tepung yang diayak, gaul hingga sebati. Masukkan pula butter cair, whisk hingga rata dan tidak berketul. Biarkan selama 15 minit.
❀  Panaskan non-stick pan. Masukkan kismis dalam adunan dan digaul rata. Tuangkan anggaran 2 senduk kecil adunan bater ke dalam pan. Masak dengan api kecil sehingga tepi-tepinya kelihatan berbuih. Balikkan bater dan masak bahagian sebelahnya lagi dalam beberapa saat.
❀  Angkat dan hidangkan bersama butter, sirap coklat atau jem kesukaan.




TIPS daripada SSK :

    Untuk membuat pankek,  kuali tidak perlu disapukan minyak kerana butter dalam adunan dan penggunaan non-stick pan sudah memadai. Terlalu banyak minyak akan membuatkan permukaan penkek tidak cukup kuning.

    Ada yang masih keliru dengan apa yang dimaksudkan dengan tepung kek.
Ramai yang masih beranggapan tepung kek adalah tepung naik sendiri (self-raising flour) yang biasa digunakan untuk buat kek. Sebenarnya tidak sama sekali. Dalam istilah bakeri, nama lain bagi tepung kek adalah tepung superfine atau dikenali juga sebagai tepung halus. Jika dalam resepi memerlukan tepung kek @ superfine tapi tiada stok, maka boleh digantikan dengan tepung gandum yang diayak sebanyak 3x.








2
TENGGIRI GERANG ASAM


.... السلام عليكم


Hari ni iza mencuba satu lagi resepi best yang diambil dari blog Dapur Ibundo. Menurut ibundo resepi ni asalnya daripada chef florence semasa beliau menunjukkan cara-cara memasak gerang asam ikan jenahak di masterchef malaysia. Bagaimanapun ibundo telah menggantikan ikan dengan ayam. Dan iza masih mengekalkan ikan ikut keasliannya.




Gerang asam ni kira adik beradik kembarnya si asam pedas. Cuma specialnya ada penambahan daun kunyit dan daun limau. Semua sedia maklum kan, jika kedua-dua jenis daun ni dimasukkan dalam masakan....aromanya jangan cakap lah....sungguh-sungguh memikat, menjadikan rasa lebih mengancam....buatkan selera makan bertambah hingga diet pun boleh terancam tauu....hehhehe.

Tapi kan memang betul, tak rugi mencuba sebab memang sedaapp sangat kena dengan tekak orang melayu ku ini. Terima kasih ibundo berkongsi resepi....izinkan iza letakkan pula di sini sebagai panduan yer ibundo....



TENGGIRI GERANG ASAM
 source of ref : Ibundo
 source          : Iza Akma SSK


BAHAN A :
  • 1 ekor ayam > iza guna ikan tenggiri

BAHAN B : (dikisar)
  • 30 biji cili kering (bundo suka pedas) > iza pun suka pedas
  • 5 biji bawang sederhana besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 5 biji buah keras
  • 2 batang serai
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 sudu besar serbuk belacan (belacan biasa pun boleh kalau tak ada yang serbuk)

BAHAN C :
  • 70 gram asam jawa + 1300 ml air 
  • sehelai daun kunyit dicarik-carik
  • 1 batang bunga kantan dibelah dua
  • beberapa helai daun limau purut
  • beberapa batang daun kesum
  • 2 sudu besar serbuk ikan bilis
  • kacang bende > yg ni iza tambah




CARANYA :

❀  Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sehingga terbit minyak. Lamanya proses ini agak-agak 10-15 minit. Pastikan bahan tumisan benar-benar masak.
❀  Masukkan ayam dan gaul sehingga air ayam kering.
❀  Masukkan air asam jawa bersama bunga kantan, daun kesum, daun limau purut, daun kunyit, serbuk ikan bilis dan garam. (bila kuah dah mendidih, masukkan ikan)
❀  Tambah sesudu gula kalau suka. Bundo tak bubuh.
❀  Masak sehingga kuah pekat sesuai selera.







16
PUDING PISANG KARAMEL


.... السلام عليكم


Salam 1Malaysia....Salam Manis & Selamat Pagiii....

Alhamdulillah, Syukur....

Dengan limpahan kurnia-Nya, SSK hari ini masih lagi berpeluang berada di sini menemani hari anda. Bagaimana khabar anda semua? Diharapkan sihat-sihatlah hendaknya ya. Semoga kuntuman bunga-bunga ceria dan dakapan bahagia sentiasa menghiasi perjalanan hidup anda bersama insan-insan tersayang.

Aduuhhaii....terasa semacam kematu pulak jari-jemari ni nak mengarang semula. Dah macam duk kat kutub utara la pulak...jari kepala semua membeku....tak tau nak ditulis apa daa....hehheh....nak kena warm-up dulu nih....




Entri pembuka untuk edisi hari ini kiranya entri warm-up lah kann....owhh gituu...:)
Bila sebut pisang, maka terbayanglah akan kek dan mufin yang gebu, enak dengan rasa pisang. Ataupun kuih muih seperti lempeng, cekodok, talam dan bingka yang sememangnya lazat....tak jemu walau dihadap hari-hari. Malah boleh dikatakan kesedapan kuih tradisi daripada pisang ni tak lekang dek panas....tak lapuk dek hujan.

Apakata kali ni kita variasikan penggunaan pisang dalam menu. Sesuai dengan keadaan cuaca yang agak panas sekarang, jom kita buat puding pisang sebagai kelainan. Resepi ni iza adaptasi daripada resepi Chef Aini Salim. Dari segi rasa puding ni memang tip-top....sedaapp!!....Teksturnya pula selembut sutera....bila makan.... Mmm....sejuk membasahi tekak....nak-nak hari panas macam ni.

Untuk resepi,  macam biasa iza dah kurangkan sukatan gula daripada resepi asal sebab tak berapa gemar manis-manis. Pada siapa yang ingin mencuba, kuantiti gula tu boleh lah disesuaikan. Pandai-pandai lah u alls adjust ikut citarasa masing-masing ya....



PUDING PISANG KARAMEL
source: Iza Akma SSK


BAHAN A : (Karamel)
  • 120 gm gula pasir (asal 200gm)
  • 50 gm air

BAHAN B :
  • 400 gm (1 tin) susu cair
  • 400 gm air
  • 115 gm gula pasir (asal 250gm)
  • 300 gm pisang berangan
  • 25 gm tepung kastad
  • 30 gm butter/marjerin
  • 6 biji telur (timbangan tanpa kulit ~250gm)
  • 1 tsp esen pisang (jika suka)
  • secubit garam 
  • secukupnya pisang, dihiris serong (jika suka)




CARANYA :

❀  Panaskan kukusan.
❀  Untuk Puding - Blend pisang, telur, gula, susu, air dan garam bersama hingga sebati. Masukkan tepung kastad, butter/marjerin dan esen. Blend lagi hingga halus. Ketepikan. Setelah bahan puding siap barulah buatkan karamel. Sebab apa karamel dibuat last...sila baca ruangan tip di bawah ya.
❀  Okay untuk menyediakan karamel, terlebih dulu masakkan gula pasir hingga mencair dan berubah warna menjadi keperangan. Masukkan air dan masaklah hingga pekat.
❀  Tuangkan karamel dalam loyang berukuran 8 inci yang sudah dilenser nipis dengan sedikit marjerin. Pusing-pusingkan loyang agar karamel merata.
❀  Susun hirisan pisang. Tuangkan adunan puding (tapis jika perlu) ke atas gula hangus perlahan-lahan.
❀  Kukus selama 1 jam atau sehingga masak.


TIP :
Kenapa kadang-kala bahagian gula hangus terpisah daripada puding?

Ini adalah kerana anda tidak terus menuangkan campuran telur @ bahan puding ke atas gula hangus. Jika anda membiarkan lama, lapisan gula hangus mungkin mengeras. Inilah sebabnya bila anda terbalikkan puding yang sudah masak, lapisan gula hangus melekat di dalam acuan.

sumber tip : Chef Norzailina Nordin