3
LOVINA MELON COOKIES


.... السلام عليكم


Hari ni ada sikit masa terluang sempatlah update blog dengan satu lagi biskut. Resepi ni dah lama ada dalam simpanan. Dulu blog-blog masakan tak lah sebanyak sekarang seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Jadi untuk mencari resepi selalu lah lawat ke laman-laman resepi antaranya yang popular Forum Cari, Resepi.net, Mesra.net, MyResepi dan adalah lagi yang lain-lain. Banyak juga resepi dan ilmu dapat dikutip daripada penjelajahan tersebut. Ada yang sempat dicuba tak kurang juga yang hilang sebelum sempat dicuba. Mana taknya masa tu cuma salin atas kertas kemudian simpan sini-sana....selit sana-sini....pas tu lupa mana letak....nasib baiklah ada antaranya yang terselamat....heh heh.




Inilah salah satu resepi yang jumpa kat Resepi.net. Nama asalnya Sweet Melon sumbangan Baya. Nama beliau agak popular di RN kerana sumbangan resepi-resepi biskut beliau yang boleh dikatakan unik jugalah. Contohnya kukis ni yang guna cheese cracker dalam bahannya....Haaa....boleh bayangkan tak bagaimana  rasa lemak-lemak masin kukis ni . Kalau dah terbayang-bayang tu....boleh lah mencuba....masih sempat lagi nih. Untuk hiasannya,  iza letakkan red love sebab tu datang ilham menamakan kukis ni Lovina Melon. Okaylah, tak nak story panjang....jom semak resepi.

Resepi LOVINA MELON COOKIES
recipe  : Baya Wanchik
tested  : Iza Akma SSK



Bahan A :
  • 160 gm butter
  • 20 gm shortening
  • 100 gm gula kastor
  • 1 biji kuning telur
  • 1/2 sdt esen vanila
Bahan B :
  • 200 gm tepung superfine
  • 40 gm tepung gandum
  • 50 gm tepung hoenkwee
  • 30 gm tepung kastad
  • 100 gm cheese cracker Julies (kisar halus & ayak)
  • 1/2 sdb blue poppy seed
Hiasan :
  • kuning telur
  • kuaci labu
  • red love



Caranya :

❀   Sebatikan semua Bahan A. Masukkan Bahan B dan uli lembut.
❀   Canai, terap, sapukan dengan kuning telur dan hiaskan. Bakar.




3
CAPPUCCINO SQUARE


.... السلام عليكم


Satu lagi biskut terlaris ingin dikongsikan....saingan sengit dengan Crunch Nut Cornflakes (CNC). Resepi sebenarnya dapat pada tahun 2006 masa attend kelas cookies Chef Asma. Yang kat bawah tu iza dah ubahsuai sikit daripada resepi asal. Menurut agen iza selain CNC, Cappuccino Square ni juga mendapat respon bagus dan menjadi pilihan customer. Tempahan yang diterima berkotak-kotak sampaikan last minute pun agen call kata masih ada customer yang nak order....tapi terpaksa iza tolak memandangkan masa dah suntuk.

Sayang seribu kali sayang, cuma ni jer gambar yang sempat dirakam....maklum lah bila dah bergelumang sehari suntuk dengan biskut mengejar deadline tempahan manalah sempat nak capai kamera segala. Nasib baiklah ada gambar yang satu ni buat kenang-kenangan. Resepi asal suruh bubuh 1/4 tsp baking powder tapi iza skip sebab biskut akan jadi kembang sangat....hilang bentuk asal die....jadi tak comel. Pada pengamatan iza, jika adunan dah ada shortening dan tepung jagung....cukup untuk membantu biskut mengembang. So, terpulanglah samada nak letak atau abaikan saja baking powder tu ya.



Resepi CAPPUCCINO SQUARE
source : Iza Akma SSK



Bahan A :
  • 220 gm butter
  • 100 gm shortening
  • 80 gm gula kastor
  • 2 kuning telur
  • 2 tsp cappucino emulco
Bahan B :
  • 300 gm tepung biskut / gandum
  • 40 gm tepung jagung
  • 40 gm tepung kentang
  • 2 tbsp susu tepung
Bahan C :
  • 100 gm coco-crunch, dikisar halus
  • 40 gm kacang tanah, dikisar halus
  • 100 gm coklat rice
  • 15 gm bijan putih, disangai
Bahan D :
  • 50 gm tepung biskut / gandum
    (untuk ditambah selepas adunan siap, jika perlu saja)
Hiasan :
  • kuning telur
  • dark cooking chocolate
  • white chocolate



Caranya :

❀   Sebatikan Bahan A.(buat biskut jangan dipukul hingga kembang....cukup sekadar sebati saja)
❀   Masukkan Bahan C dulu, kacau-kacau sikit kemudian masukkan Bahan B dan uli. Adunan perlu direhatkan selama 20 minit. Jika selepas direhatkan adunan masih lembik dan sukar untuk diterap, boleh tambahkan dengan tepung extra pada Bahan D ikut keperluan.
❀   Canai, terap, sapukan kuning telur dan bakar.
❀   Bila biskut dah sejuk, hiaskan dengan coklat. Biarkan sehingga coklat kering baru simpankan ke dalam bekas kedap udara.


10
CRUNCH NUT CORNFLAKES


.... السلام عليكم


Seminggu lagi Ramadhan akan tiba ke penghujungnya dan Syawal bakal diraikan. Sudah tentu masing-masing sedang sibuk membuat persiapan terakhir menjelangnya lebaran sebelum berangkat pulang ke kampung halaman meraikan Syawal bersama keluarga serta sanak saudara tersayang.




Di sini iza nak kongsikan satu resepi biskut yang pernah iza buat jual tiga empat tahun lepas. Resepi ni boleh dikatakan antara resepi kesayangan kerana penjualan biskut ni sentiasa menduduki carta teratas dalam senarai. Kepada para pelanggan 'Syeera Cookies' yang pernah membeli biskut ni pasti tahu bagaimana rasanya kann. Dengan ini, iza selaku owner Syeera Cookies mengabadikan resepi istimewa ini  ke dalam blog untuk dikongsikan bersama pengunjung semua. Biskut ni bukan takat anak-anak saja yang suka malah dewasa juga turut menyukai kerana kerangupannya yang jelas terasa. Pada yang masih tercari-cari biskut yang menggunakan cornflakes....boleh lah mencuba....

Resepi CRUNCH NUT CORNFLAKES
sources : Iza Akma SSK



Bahan A :
  • 150 gm butter
  • 75 gm gula aising
  • 1 sudu teh esen vanilla
Bahan B :
  • 30 gm almond nib, dibakar
  • 60 gm cornflake
  • 50 gm chocolate chip
  • 130 gm tepung gandum
  • 20 gm tepung jagung
Hiasan :
  • kuning telur
  • ceri merah


Caranya :

❀   Sebatikan Bahan A.
❀   Masukkan Bahan B kecuali tepung gandum dan digaul rata.
❀   Masukkan tepung gandum sikit demi sikit dan uli hingga dapat adunan yang lembut.
❀   Punjut-punjutkan adunan atas dulang pembakar.
❀   Hiaskan dengan ceri.




4
STRAWBERRY CHIFFON CAKE


.... السلام عليكم




Weekend hari tu masa menyopping di pasar raya, ternampaklah buah strawberi. Sebab buah tu pun kelihatannya fresh....besar-besar pulak....apalagi rembat jer terus walaupun masa tu tak terfikir lagi apa nak dibuat dengan strawberi tu. Masa dalam kereta on the way balik ke rumah, kepala ligat memikir. At last buat cifon memandangkan cifon strawberi belum pernah buat lagi. Tanya pada anak-anak....mereka kata tak kisah....asalkan tinggalkan sikit buah tu sebab mereka ni  suka makan strawberi lagu tu jer.




Sebenarnya buat kek cifon tak lah sesukar mana....asalkan ikut teknik yang betul....pasti sukses. Iza dulu-dulu pun tak pernah sekali buat cifon malah acuan cifon pun tak ada sebab takut tak menjadi....lagipun cifon ni sensitif sikit tersalah teknik kek akan bantat. Masih ingat lagi cifon pertama yang iza buat ialah Cranberry Yogurt Chiffon yang kejadiannya sungguh-sungguh puashati. Bila percubaan pertama menjadi dengan jayanya....barulah tahu buat cifon ni memang mudah sangat. Pulak tu bahan-bahan kek cifon tak ada lah remeh....semua dah memang tersedia di dapur. Apa pun kek cifon memang tip-top....suka sangat dengan teksturnya yang lembut dan ringan seperti kapas.

Resepi STRAWBERRY CHIFFON CAKE
source of rcp : Yochana
tested by       : Iza Akma SSK



Bahan A :
  • 4 kuning telur
  • 40 gm gula kastor
  • 1/4 tsp garam
Bahan B :
  • 150 gm buah strawberry segar, kisar halus untuk dijadikan puree
  • 80 gm minyak jagung
  • 20 gm kirsch liquer > iza ganti dgn susu perisa strawberi
Bahan C :
  • 120 gm tepung superfine > iza buat 125gm
  • 1 tsp baking powder
Bahan D :
  • sedikit pewarna pink
  • 1 tsp strawberi emulco
Bahan E :
  • 5 putih telur
  • 1/2 tsp cream of tartar
  • 70 gm gula kastor


Cara :

❀   Satukan Bahan A, kacau hingga sebati.
❀   Masukkan Bahan B, kacau lagi hingga rata dan sebati.
❀   Masuk pula Bahan C, kaupbalikkan adunan biar serata.
❀   Tambahkan dengan Bahan D. Ketepikan.
❀   Pukul dua Bahan E yang pertama dulu. Bila dah berbuih, masuk gula sedikit demi sedikit sambil terus dipukul sehingga kental. Masukkan ke dalam adunan campuran kuning telur tadi sambil dikaupbalik hingga rata.
❀   Tuangkan ke dalam acuan cifon berdiameter 23cm / 25cm. Bakar pada suhu 175C selama 50 minit. (iza bakar dengan suhu 160C selama 40 minit dengan api bawah saja +kipas)
❀   Setelah masak, keluarkan dari oven dan terbalikkan atas jejaring. Biarkan sehingga sejuk, baru dikeluarkan daripada  acuan.



Untuk kek cifon ni, iza bahagikan adunan kepada dua....buh strawberi emulco pada satu bahagian sementara satu bahagian lagi biarkan plain. Kemudian tuang dalam acuan secara berselang-seli warna.





3
IKAN SAPIT


.... السلام عليكم


10 Ramadhan pertama (Rahmat Allah) telah pun kita lewati. Kini 10 Ramadhan kedua (Keampunan Allah) sedang dilalui. Sedar tak sedar, bulan Ramadhan sudah hampir tiba ke penghujungnya. Begitu cepat dirasakan waktu berlari meninggal pergi setiap detik tanpa menoleh. Inilah hakikat, apabila berada di penghujung zaman masa seakan-akan cepat serta pantas berlalu.

Lihat saja kepada hadis Nabi SAW yang menggambarkan fenomena ini pasti berlaku di akhir zaman. Sabda Rasulullah SAW : "Tidak akan berlaku kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api." (riwayat Tirmidzi)

Jika diamati sebenar-benarnya, terdapat hikmah yang terlalu tinggi di sebalik kondisi umat akhir zaman ini. Umur yang singkat dan masa yang pantas sebenarnya akan menjadikan manusia yang benar-benar beriman tidak mempunyai waktu untuk melakukan maksiat dan dosa. Kerana waktu yang ada semuanya dimanfaatkan untuk mengerjakan ketaatan kepada Allah SWT.  Mereka yang mempunyai kesedaran sebegini, tidak akan mempersia-siakan masa yang ada. Sabda Rasulullah SAW : "Terdapat dua kenikmatan yang kebanyakan manusia mensia-siakannya (terhalang daripada mendapat kebaikan dan pahala) di dalamnya, iaitu kesihatan dan waktu lapang. (riwayat Al-Bukhari)




Selera pada bulan bulan puasa gini adakalanya tak menentu dan sering berubah-ubah. Kalau menu asyik berulang-ulang yang sama....orang yang memasak sekali dengan orang yang nak makan tu pun boleh bosan jugak. Sebab itu lah terhidangnya menu yang diberi nama Ikan Sapit di meja hidangan di kala iftar semalam. Sesekali makan berlauk seperti ni, berselera dibuatnya kerana rasanya ada iras-iras rendang. Ok lah, nak kena cepat-cepat berentri nih....ada projek kuih raya sedang menunggu....

Resepi IKAN SAPIT
:: rcp by Chef Zaidah Mohd Noor
source : Iza Akma SSK


Bahan-Bahan :
  • 1.5 kg/2 ekor ikan tongkol dibersihkan & dipotong
  • 2 keping asam gelugur
  • 1 sudu teh gula /secukup rasa
  • 1 sudu teh garam/secukup rasa
  • 300 ml pati santan
  • 5 helai daun limau purut
  • minyak untuk menumis

Bahan-Bahan Kisar :
  • 20 tangkai cili kering, dibuang biji dan direndam
  • 15 ulas bawang merah
  • 10 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 2 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu teh biji jintan putih
  • 1 sudu teh biji lada hitam
  • 2 sudu besar kerisik


Caranya :

❀   Lumurkan ikan dengan garam dan goreng. Ketepikan.
❀   Panaskan minyak dalam kuali. Goreng bahan-bahan kisar sehingga garing. Masukkan asam gelugor, gula dan garam. Goreng sebentar.
❀   Kemudian masukkan santan dengan daun limau purut. Didihkan.
❀   Masukkan ikan dan masak sehingga kuahnya pekat. Hidangkan.




3
BROWNIES PUTU AYU


.... السلام عليكم


Diam tak diam dah hampir dua minggu kita semua menjalani ibadah puasa. Bagi mereka yang berpuasa di bulan Ramadhan jelas terdapat dua kegembiraan. Allah Berfirman: "Sesungguhnya puasa bagi-Ku dan Aku yang membalasnya dan sesungguhnya bagi orang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan apabila ia berbuka nescaya kegembiraan dan apabila bertemu Allah nescaya ia gembira. Demi jiwa Muhammad di tangan-Nya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kesturi. (riwayat Imam Ahmad, Muslim dan al Nasai).

Selain dua kegembiraan itu tersirat satu lagi kelebihan orang yang berpuasa, dengan mustajabnya doa yang dipohon kepada Allah SWT. Ia juga merupakan suatu kegembiraan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang berpuasa dengan penuh keimanan dan taqwa. Daripada Ibnu Umar bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa yang tidak ditolak." (riwayat Ibnu Majah dan Al-Hakim).

Kegembiraan ini telah dijanjikan oleh Allah SWT pada anak Adam sebagai balasan atas amalan puasanya.




Semua tahu brownies dikategorikan dalam famili kek. Apakata jom kita ubah keterampilan brownies yang lazimnya berupa kek itu kepada sesuatu agar bisa dilihat seperti kue. Kalau ronda-ronda di laman web seberang, banyak idea-idea menarik boleh kita tengok bagaimana mereka mencipta kepelbagaian gaya dalam penghasilan kuih, manisan sehinggalah kepada kek. Semuanya....perghhh....mata terpaku seolah tak boleh lepas memandang....terpesona habis melihatnya....boleh dikatakan semua cantik-cantik belaka.

Antaranya yang menarik perhatian iza ialah brownies yang agak lain dari kebiasaan ini. Resepi dah lama juga simpan....makin lama disimpan makin melambai-lambai resepi tu menyeru tangan ni supaya mencuba. Maka ini lah hasilnya Brownies Putu Ayu....walau dah berlain rupa namun ia masih nggak lari daripada rasa brownies yang sebenar. Terima kasih Bu Fatmah....



Resepi BROWNIES PUTU AYU
:: by Fatmah Bahalwan NCC
source :  Iza Akma SSK


BAHAN A :
  • 4 biji telur
  • 150 gm gula pasir
  • 1 sdt ovalet
  • ½ sdt garam
BAHAN B:
  • 100 gm tepung superfine > iza guna tepung gandum
  • 25 gm serbuk koko
  • 1/8 tsp baking powder (iza tambah)
BAHAN C (dicairkan) :
  • 100 gm margarine
  • 60 gm dark cooking chocolate
  • 1 sdm coklat paste black forest > iza guna cappuchino emulco
BAHAN D:
  • kelapa parut putih
  • ½ sdt garam
  • sedikit tepung jagung (iza tambah)


CARANYA :
❀   Sediakan acuan puteri ayu, sapukan nipis dengan minyak. Ketepikan.
❀   Gaulkan bersama bahan D, kukuskan sekejap. Dah kukus gaulkan dengan sedikit tepung jagung. Isikan ke dalam setiap acuan 1 sudu makan dan tekan padat.
❀   Sementara itu pukul bahan A hingga kembang dan pekat. Masukkan bahan B kaupbalikkan dengan rata. Tuang bahan C dan gaul hingga sebati.
❀   Sudukan adunan ke dalam acuan yang sudah berisi kelapa.
❀   Kukus 20 minit dalam kukusan yang telah betul-betul mendidih (kelihatan banyak keluar wap).
 


Dah kehabisan chocolate emulco jadi iza guna cappuchino emulco sebab tu kot warnanya kurang hitam. Mungkin kalau guna chocolate emulco warna kuih akan jadi lebih gelap dan lebih hitam menawan... :)