3
CUCUR DURIAN BERJAGUNG....



السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |
 Salam Sejahtera


Bersawangnyaa lahaii dapur maya ni setelah lama ditinggal sepi. Tanpa sedar dah lebih 2 bulan diriku ini MC dari blogging. Namun alhamdulillah, hari ini digagahi jua untuk kembali mewarnai dapur ini dengan masakan-masakan hasil air tangan ku biarpun mungkin resepinya dipetik dari sumber lain.....Insya-Allah.

Hilangnya diri tak bermakna menguncikan diri terus. Sesekali bila berkesempatan, saya visit juga blog kawan-kawan ikuti perkembangan. Ya lah, kekadang tu ada harinya fikiran buntu kematu tak tau nak masak apa. Puas sudah memerah idea.....tak jugak ilham tu mai. Asyik masak dan jamu selera dengan yang sama jer jemu lah pulak tekak ni. Jadi bila jenguk-jenguk resepi kat blog depa tu at least dapat juga lah idea apa yang nak dimasak untuk sajian keluarga.




Ampang seminggu dua ni, masuk tengahari jer cuaca dah kelihatan mendung. Petanda anugerah Allah akan turun membasahi bumi di petangnya hari. Biasalah bila hujan petang petang ni alangkah sedapnya kalau dapat  menikmati kuih jemput-jemput bersama-sama teh mahupun nescafee.

Sesetengah tempat panggilnya cucur/cucoq, cokodok, cucur kodok, kodok-kodok.....asal jangan kodok sudaahh. Apa pun panggillannya kuihnya tetap tu juga. Tak kiralah cucur apa.....asal sesuai dengan apa yang ada di dapur. Nak savouri buatlah cucur udang/ikan bilis, cucur sayur.....nak manis gunalah pisang, labu, betik, jagung atau durian atau apa-apa jerlah ikut citarasa sendiri.




Sebut pasal durian kan, apakata durian campurkan jagung dalam cokodok . Kebetulan dalam freezer ada durian yang difrozenkan lebihan buat Karipap Apam Durian dan Serimuka Durian Gula Merah tak lama dulu. Serabut kepala nak buat apa dengan baki durian tu. Keluar masuk freezernya dah berkali-kali. Macam-macam cadangan.....kejap nak buat kek lah, tart lah, puding lah, kuih talam lah.....haiiihh. Pasang angan-angan tinggi melangit.....tapi bayangnya tak nampak jugak.....macam yang kata tadi lah cadangan kann.

Akhirnya kuih ni jo hah yang termampu den buek. Dibuek kue lain kang susah bonar nak habih lak. Baik cokodok camni hah kojap dah habih licin.....sodap pun sodap.....




Apa yang boleh dikatakan tentang cucur ni.....ianya lembut tak keras walaupun dah sejuk, enak gabungan rasa durian dan jagung.....selain dalamnya kelihatan bersarang sebab adanya yis.
CUCUR DURIAN BERJAGUNG
:: by Chef Norzailina Nordin @ SAJI 2010
source :  Iza Akma SSK



Bahan-Bahan :
110gmisi durian
1bijitelur
80mlsusu segar
150gmtepung gandum
50gmgula pasir
3/4sudu tehinstant yis
80gmjagung krim
50-70mlair *
garam secukupnya
minyak untuk menggoreng

* Tambah air mengikut keperluan. Jika adunan cair, cucur yang dihasilkan akan leper dan tidak bulat.


Caranya :
Kisar isi durian bersama telur dan susu. Ketepikan.
Dalam satu bekas, satukan tepung gandum, gula, yis, jagung dan garam. Gaulkan rata.
Masukkan bahan kisar tadi diikuti air sedikit-sedikit, kacau adunan hingga sebati. Perapkan sebentar selama 20 minit.
Panaskan minyak. Dengan menggunakan hujung sudu yang dicelupkan dalam minyak panas, jatuhkan bancuhan dan goreng hingga keemasan.
Angkat dan sejatkan minyaknya.
Bila timbang isi durian tu ngam-ngam ada 225gm jadi saya buat dua adunan sekaligus, gula 80gm.....tak berapa manis tapi pada saya yang penawar ni cukuplah manis seperti tu dan siapa yang gemarkan lebih manis boleh follow terus resepi.





3 sweet comments:

Gee® said...

Sedap jer nampak cucoq doyan berjagung tu... Bak mai sepiring nak cicah sambal tumeh semalam...

tun_telani said...

Salam kak iza..kalu kt kg panggil jepuk! hihi.. alaa.. stok durian tun dh habis la.. suka makan cekodok nih, feveret cekodok pisang.. . tp hasben tun xlayan cekodok manis, dia nk mkn cekodok ikan bilis gak.

Rohah said...

enak dibuat sajian petang2 ni..