19
MAKARONI BAKAR...



السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |
 Salam Sejahtera


Satu dish yang amat jarang sekali dibuat. Pertama kali makaroni bakar keluar daripada ovenku. Tak taulah macam mana boleh timbul rasa hati nak buat sedangkan sebelumnya tak pun. Dijadikan cerita adalah sekali tu pergi rumah SIL, dia hidangkan makaroni bakar ni lar.....sedap. Dengan muka selamba, saya tanyakan resepi walaupun tahu kat internet berlambak ada. Masa SIL bagitau tu.....kita ni catit laa kat hp satu persatu bahannya.....makaiihhh banyaknya guna telur.....patutlah makaroni dia buat tu sedap lemak.....sib baik tak pengsan masa makan tu.....heh hehe.

Saya ni pulak jika nak buat apa-apa, bahan pertama yang dilihat dulu telur kedua gula tapi gula tak apa boleh adjust ikut kesesuaian rasa.....telur? Bukan kedekut cuma keprihatinan pada kesihatan. Kesihatan keluarga kita sikit sebanyak bergantung juga pada apa yang kita masakkan untuk mereka. Berdasarkan fakta, telur tidak boleh diamalkan makan secara berlebihan.....boleh memudaratkan kesihatan. Masa tengah muda sekarang kira ok lagi tapi kesannya bila dah berumur nanti.....macam-macam penyakit boleh hinggap.....masa tu baru terfikir nak kawal pemakanan dah tak guna dah.....terlambat sudaa.

Hampir terbantut jugaklah hasrat nak buat. Fikir-fikir balik takkan semua resepi pakai banyak telur, ya dak. Mulakan pencarian di google. Banyak jumpa.....sudahnya berkenan sangat dengan resepi yang satu ni.....tak ada telur langsung. Yesss, ini dah cukup bagus.




Makanan ala-ala begini nak-nak yang bercheese memanglah menjadi kegilaan anak-anak.....sebaliknya saya dan suami agak kurang.....cukup sekadar merasa. Tapi oleh sebab anak-anak dah suka, diusahakan juga lah. Kalau terbanyak buat pun tak jadi kisah.....tak perlu nak risau boleh habis ke tak habis sebab diorang boleh perhabiskan. Cukup berpuashati dengan resepi ini. Two-thumbs up. Marvellous!!



Sos Daging yang telah siap.....
Dibiarkan sejuk seketika yang kemudiannya akan digaul bersama-sama makaroni.....



Yang ini pula Sos Cheese yang akan dilapisi bersama makaroni nanti.....
Resepi sos cheese ni memang mantap.....sedapp!


MAKARONI BAKAR
by Iza Akma SSK
adapted from Resepi Pilihan Diana with some modification



Bahan A :
250 gm makaroni
Cheese Mozarella untuk taburan


Bahan B ~ Sos Daging :
4 keping daging burger ~ dipotong dadu kecil-kecil
1/2 tin cendawan butang
250 gm sos spaghetti Prego
250 gm air
1 labu bawang besar holland ~ dipotong dadu
2 ulas bawang putih ~ dicincang
1 biji capsicum hijau ~ dipotong dadu
2 sudu besar minyak masak
2-3 helai daun bay
sedikit oregano
garam & gula secukup rasa


Bahan C ~ Sos Cheese :
125 gm cheese Cheddar
300 gm susu segar
150 gm air
1 1/2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar butter
2 sudu besar lada hitam ~ ditumbuk kasar



Caranya :

Panaskan air, sedikit minyak dan garam hingga mendidih. Masukkan makaroni dan rebus hingga empuk. Angkat dan toskan.

Sediakan sos daging. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi. Masukkan sos prego, air dan daun bay. Sukatan untuk sos dan air hendaklah sama. Kalau 1 cawan sos, airnya pun 1 cawan. Kacau sebati. Masukkan daging burger dan masakkan hingga pekat. Masukkan cendawan, capsicum, garam, oregano dan masakkan lagi hingga pekat. Padamkan api. Masukkan makaroni tadi dan gaul hingga rata.

Sediakan sos Cheese. Panaskan butter hingga cair. Masukkan tepung dan kacau hingga tepung tidak bergentel. Masukkan cheese dan kacau hingga likat. Jangan bagi hangus. Kecilkan api. Masukkan susu segar dan air. Masakkan hingga pekat dan berkilat. Masukkan lada hitam. Kacau-kacau dan angkat.

Makaroni yang telah digaul dengan sos daging tadi dimasukkan ke dalam caserol dan lapiskan dengan sos cheese. Saya guna loyang biasa bersaiz 8" square dan lengserkan dengan sedikit butter. Mulakan dengan makaroni diikuti dengan sos cheese. Ulang balik sehingga menjadi beberapa lapisan dan pastikan lapisan atas ialah sos cheese.

Taburkan keju mozarella menutupi permukaan sos cheese. Bakar dengan suhu 180C selama 45-45 minit. Bakar sehingga nampak sos cheese menggelegak dan permukaannya merah.

Hidangkan dengan sos cili.




19 sweet comments:

ady said...

as-salam
sungguh menyelerakan kak makaroni bakar ni..ady pun tak pernah buat..mesti sedap ni..

Rieyn Anna said...

Sdapnye..mcm senang..bile2 boleh try nie..hihi~:)

Anonymous said...

Salam sis, nak bgtau yg sos prego tak halal..maybe bleh guna sos spagetti lain as alternative.. Btw mmg nmpak sedap..thanks 4 the recipe :)

Anonymous said...

@Anonymous
AsSalam, sos prego halal, tapi dengan syarat beli yg dalam tin.. rujuk pada tin, ada tanda halal jakim Malaysia yg diiktiraf... jangan beli prego yg dalam botol kaca.. yg itu memang tak halal sebab yg tu import dr luar.. sebab tu kalau perasan tiap hari musim perayaan, sos prego dalam tin selalunya out of stock, tapi yg dalam botol kaca still available dan org xbeli pun.. harap berguna.. WALLAHU A'ALAM :)

IZA AKMA said...

@Anonymous
W'kmsalam. Thanks for info.

Anonymous said...

Thanks 4 the recipe...i dah cuba..memang sedap...

bunga april said...

Salam...nmpak sdap...blh try..

bunga april said...

salam...nmpak sdap...blh try nie...mnta amk rsepi ye..

Hjh Fadhilah binti Hj Aspar said...

Assalamualaikum. Terima kasih sudi berkongsi resepi. Saya alergi dgn telur maka resepi ini sangat2 sesuai utk saya. Saya dah cuba. Memang sedap. Cuma saya ubah sedikit bahannya dgn dicampur sayuran hijau. Terima kasih.

Anonymous said...

Salam. Terima kasih atas perkongsian resepi. Saya dah cuba. Sedikit perubahan cuma saya ganti sos prego dengan sos pasta adabi... dan masukkan jagung tin dlm setengah cawan.. komen ahli keluarga kata sedap dan nak minta buat selalu.

Seri Armourezs said...

Sy share resepu ya....~

Anisah Mohd Arshad said...

Nak try ni. Nampakpun dh sedap

Anisah Mohd Arshad said...

Dh try resepinya Akma. Very delicious. Very cheesy taste. Pilihan iman. 3/4 - tengahari, petang, malam, sarapan pagi esoknya dan bawa bekal ke sekolah. Tak sabar tunggu sejuk terus disudu. Tq Akma.

azza83 said...

tq 4 this lovely recipe..sgt sedap

try this..it's free:
http://jobandcash.com/?share=126773

Ceritaku... said...

slm sis..nk tya cheddar tu cheddar yg blh diparut ke..

najah salwa ismail said...

Terliur tgk huhu

Anonymous said...

Da try....sedap sgt...thanks for sharing...

najihah husna said...

Assalamualaikum, sy dah try tp kenapa ye makaroni tu bila dipotong dia jadi hancur. Bahagian atas saja yg lekat sbbkan sos cheese tu . Ttpi yg bwh tu hancur.

najihah husna said...

Assalamualaikum, sy dah try tp kenapa ye makaroni tu bila dipotong dia jadi hancur. Bahagian atas saja yg lekat sbbkan sos cheese tu . Ttpi yg bwh tu hancur.