BISKUT MILKY OREO
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera
Rata-rata semua sekolah telah pun beri lampu hijau pada warga guru dan pelajarnya bercuti bagi memberi laluan sambutan Syawal diikuti cuti semester persekolahan bermula hari ini selama dua minggu. Dengan ini mudahlah para ibubapa mengatur jadual perjalanan balik ke kampung halaman bagi meraikan Eidul Fitri bersama keluarga tersayang.
Dah dekat-dekat raya ni biasalah entri apa lagi kalau tidak entri kukis. Lepas mencuba dan rasa kukisnya pula melepasi piawaian, tak salah kiranya saya simpankan resepi di sini at least boleh juga saya atau anak-anak buat rujukan bila perlu selain berkongsikan dengan anda semua.
Kejadian biskut ni tak dirancang. Kebetulan ketemu resepi ni dalam majalah masa pergi kedai beli suratkhabar hari tu. Lepas beli suratkhabar tangan ni gatai dok capai satu majalah. Sebabkan nak cepat saya selak-selak rawak jer..... tak dan nak selak page by page. Dalam dok kalut menyelak tu terselak satu page. Berkenan pula tengok rupa biskut tu. Tanpa tengok apa namanya terus hafal kan resepi..... cara buatnya tak payah sebab semua biskut sama jer kaedahnya. Dah hafal, letak majalah terus bergegas masuk kereta pergi pasar beli sayur ikan. Dah sampai pasar sebelum keluar kereta sementara masih ingat ambik tepon catat resepi yang hafal tadi dalam memo.
Alhamdulillah menjadi percubaan ku. Saya namakannya Biskut Milky Oreo. Rasanya sedap, crunchy..... sebab ada pelbagai campuran di dalamnya. Nak tahu apa bahan yang ada dalam kukis, tengoklah resepi kat bawah tu. Oklah sampai sini aje dulu untuk hari ini ya..... tak leh lelama..... tengah sibuk kat dapur tu dengan projek biskut raya..... sambil-sambil nunggu biskut tengah bersauna dalam oven tu sempatlah update blog sekejap. Nak harapkan free ntah bila..... petang pulak nak masak untuk berbuka lagi..... adoyaii lunyai.....
Resepi MILKY OREO
by Iza Akma SSK
70 gm gula kastor
1/4 tsp esen vanila
Secubit garam
20 gm tepung jagung
20 gm tepung beras
20 gm cornflakes ~ kisar halus
20 gm serbuk badam ~ bakar dulu
20 gm badam nib ~ bakar dulu
20 gm serbuk oreo
1/8 tsp baking powder
Serbuk Oreo
Masukkan bahan (B) dan uli hingga jadi doh. Biarkan selama 20 minit.
Canai dan terap dengan acuan yang disukai dan bakar hingga masak.
Setelah masak, biarkan sejuk.
Celup dengan coklat putih dan terus tabur serbuk oreo.
Selepas coklat kering bolehlah simpan dalam bekas kedap udara.
by Iza Akma SSK
Bahan A :
130 gm butter70 gm gula kastor
1/4 tsp esen vanila
Secubit garam
Bahan B :
170 gm tepung gandum20 gm tepung jagung
20 gm tepung beras
20 gm cornflakes ~ kisar halus
20 gm serbuk badam ~ bakar dulu
20 gm badam nib ~ bakar dulu
20 gm serbuk oreo
1/8 tsp baking powder
Cadangan Hiasan :
Coklat PutihSerbuk Oreo
Caranya :
Pukul bahan (A) hingga sebati.Masukkan bahan (B) dan uli hingga jadi doh. Biarkan selama 20 minit.
Canai dan terap dengan acuan yang disukai dan bakar hingga masak.
Setelah masak, biarkan sejuk.
Celup dengan coklat putih dan terus tabur serbuk oreo.
Selepas coklat kering bolehlah simpan dalam bekas kedap udara.
Tips SSK Mencairkan Coklat Putih :
Terlebih dahulu didihkan air dalam periuk kecil.
Potong coklat kecil-kecil, masukkan dalam bekas tahan panas. Tambahkan sedikit shortening. Timbangan shortening yang digunakan adalah 10% daripada timbangan coklat.
Setelah air mendidih, kecilkan api. Jika perlu tutup api. Tapi saya biasa kecilkan saja. Lepas itu letak bekas berisi coklat di atas periuk didihan. Kaedah ini dinamakan double boiler. Perlu diingat, meletakkan bekas berisi coklat itu hendaklah dilakukan tanpa menyentuh air tersebut. Kita hanya perlukan wap panas air didihan itu sahaja untuk mencairkan coklat putih..... berlainan dengan coklat masakan.
Terlebih dahulu didihkan air dalam periuk kecil.
Potong coklat kecil-kecil, masukkan dalam bekas tahan panas. Tambahkan sedikit shortening. Timbangan shortening yang digunakan adalah 10% daripada timbangan coklat.
Setelah air mendidih, kecilkan api. Jika perlu tutup api. Tapi saya biasa kecilkan saja. Lepas itu letak bekas berisi coklat di atas periuk didihan. Kaedah ini dinamakan double boiler. Perlu diingat, meletakkan bekas berisi coklat itu hendaklah dilakukan tanpa menyentuh air tersebut. Kita hanya perlukan wap panas air didihan itu sahaja untuk mencairkan coklat putih..... berlainan dengan coklat masakan.
10 comments:
Salam kak iza.. byk ke wat biskut raya? tun wat sikit2 je sbb kakak tun dh bw blk biskut yg dia beli.. nnti byk2 membazir pulak..
Assalam sis. So far dah 2 resepi cookies saya jumpe yg tak guna telor menghasilkn effect crunchy gitu. MMg betul ye tak guna telur?
@Beauty Zone
Wasalam. Ye sis, cookies ni tak guna telur
Anyway thanks sis. Saya ni sedang try buat cookies. Saya double kan adunan, mase uli tu, doh agak lembik, saya tambahkn tepung & serbuk smpi doh boleh diterap. 1 loyang still in the oven. Can make about 63 x 2 biji jugak lah.
@Beauty Zone
Tkasih sudi mencuba. Hope kena dengan citarasa
Sis, sekiranya masa uli adunan agak lembik usah terus tambah tepung sebab dibimbangi biskut akan jadi keras dan tidak lagi crunchy. Tambahan lagi cookies ni menggunakan tepung beras, serbuk badam, cornflakes, serbuk oreo. Seeloknya selepas uli, rehatkan 20-30 minit. Ini kerana semua bahan-bahan tersebut akan menyerap segala liquid dalam adunan semasa tempoh rehat. Selepas itu dengan sendirinya doh yang lembik tadi akan jadi ok dan sesuai untuk dicanai dan diterap. Hanya selepas direhatkan jika doh masih lagi lembik baru ditambah tepung. Harap tips ini dapat membantu.
Salam..kak, berapa lama nk bakar n kalau x letak shortening dlm white coklat boleh tak? :-)
@alya zainol
Salam. Berapa lama nak bakar bergantung pada suhu yang anda guna dan suhu itu pulak bergantung pada oven anda. Saya tak boleh nak tentukan suhu dan jangkamasa membakar kerana setting suhu oven saya dan anda berbeza. Anda harus kenali oven anda terlebih dahulu then baru boleh setting suhu dan tempoh masa membakar untuk biskut, kek, roti dan lain-lain. Harap penjelasan saya dapat membantu.
@alya zainol
Saya pernah terangkan apa fungsi shortening dalam post terdahulu. Menambah shortening ke dalam dark cooking chocolate or white chocolate bertujuan mempercepatkan coklat mengeras, so cookies taklah terbiar lama diluar selain memberi kesan kilat kepada hiasan coklat tersebut
saya nak tanya,dengan recipe ni dapat buat berapa banyak cookies?
Post a Comment