6
ZAIN SAIDIN BIADAP DALAM MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA


Panas.....Panas.....Kontroversi panas melanda dapur MasterChef episod 6 malam tadi. Saya yang tonton di kaca tv ini pun berasap juga mata telinga melihat kebiadapan dan mendengar kelancangan mulut Zain Saidin atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, salah seorang peserta program realiti MasterChef Selebriti Malaysia musim kedua. Zain tersingkir dalam episod penyingkiran itu selepas hidangan pancakenya gagal menarik minat para juri.

Pelik juga, hari tu yang empunya diri mengaku la sangat pandai dalam masakan western.....begitu juga dengan CheTa promosi habis kekasihnya.....katanya kalau Zain masak western memang sedap. Tapi bila saya tengok sendiri dalam masterchef.....indah khabar dari rupa.....hidangannya ala-ala aje.....tak melepasi piawaian juri Chef pun. Nak masak pancake pun kena tanya kawan-kawan kat atas nun.....apa cer. Kalau setakat tahu masak fish n chips aje.....tak payah berangan lah mengaku diri tu pandai western.....sah-sah pancake tu pun western jugak.

Kebiadapan Zain mula kelihatan bila Chef Joe merapatinya dan bertanyakan itu ini ketika dia sedang sibuk menyediakan masakan. Chef Joe yang berada di situ nak memberi tunjuk ajar apa yang patut dibuat, memperbetulkan kesilapan tidak diendahkan langsung oleh Zain kerana Zain lebih menghalakan pendengarannya kepada laungan kawan-kawan lebih daripada mendengari penjelasan oleh Chef Joe.




Di sebalik rupa machonya yang berjaya menambat hati CheTa itu, tak sangka macam naga juga mulut si Zain tu. Walau macam mana pun kritikan juri, seharusnya Zain sebagai tetamu kena lah menerima kritikan itu sebagai satu teguran membina. Nasihat daripada mereka itu sangat berguna dan berharga. Walaupun artis tak semestinya tak perlu tahu menahu tentang ilmu masakan. Peluang dah depan mata.....kaut pengalaman dan tunjuk ajar percuma lagi daripada chef-chef berkaliber. Kalau di luar sana terpaksa bayar ratusan ringgit malah cecah ribuan ringgit jika mahukan tunjuk ajar daripada chef bertaraf professional. Itu baru berdepan dengan Chef Joe, dah panas hati.....agaknya kalau Chef Ramsay mau meletup kepala kot.....

Selama empat musim program MasterChef ini, belum ada dalam sejarah di mana Chef Joe, Chef Zubir dan Chef Adu dihambur dengan keceluparan berbisa oleh para pesertanya seperti yang dilakukan oleh Zain. Dalam kata-katanya, Zain telah mempertikaikan kewibawaan chef sebagai juri dalam mengadili peserta dan mengatakan keputusan chef berat sebelah dalam pemilihan pemenang. Zain seharusnya sedar yang dia tu cuma seorang artis ruang lingkup dunianya hanya hiburan semata dan tidak tahu apa-apa pun tentang dunia chef. Dia yang sebenarnya tidak layak memberi kritikan sedemikian pada chef-chef juri yang berdiri di hadapannya. Mereka itu para juri bertaraf profesional mempunyai ilmu yang luas dalam bidang masakan. Kalaupun Zain nak luah ketidakpuasan hatinya, dia perlu bercakap dengan lebih sopan dan menghormati orang lain. Rakan artis seperti Lydiawati juga menyifatkan Zain Saidin sebagai kurang ajar dan kesal dengan sikap Zain.




Saya perhatikan apabila Chef Zubir bercakap dengan Chef Jo atau Chef Adu, Chef Zubir akan bahasakan sesama mereka sebagai 'chef' dan bukannya 'awak' sepertimana Zain membahasakan chef-chef di hadapannya sebagai 'awak' ketika menyampaikan hujahnya. Sedarlah Zain kita ni di Malaysia bukannya di kota London.....jangan dibawa masuk budaya kurang ajar sana ke sini. Tambahan lagi mereka lebih berumur dan boleh dianggap guru dalam rancangan masakan itu dan Zain sebagai anak murid seharusnya menghormati mereka.....bukannya bahasakan mereka tu awak awak saja. Belajarlah menghormati walaupun sedang dalam kemarahan.

Satu lagi masa dia melangkah keluar. He stepped out without salam all the juri? Adoiii !!! Makin ketara sikap kurang ajarnya. Zain tu pun satu hal jugak.....dia tak tahu ke masterchef ni satu malaysia tengok.....silap haribulan boleh makan diri, will downgrade his rating. Lagi berbulu tengok bila yang gedik CheTa tu nak ikut sekali jugak bila buah hatinya keluar.....katanya sehati sejiwa. Tengah asyik bercinta wangi lagi okay laa.....esok esok dah kahwin.....berasap!! Tak leh bayangkan kalau macam tu la esok dah kahwin tegur nasihat sikit dah melenting.....nasib ko la CheTa.....pilihan ko.....entah apa yang dipandang pada Zain tu pun tak tau lah.....




Salah satu kontroversi yang hangat diperkatakan ialah tindakan Zain Saidin yang meninggalkan dapur MCSM2. Berikut penjelasan Chef Jo di dalam Metro Ahad baru-baru ini, agak terkedu dengan tingkah laku yang ditunjukkan oleh Zain. Antara kata-kata Chef Jo:-

" Satu sikapnya yang saya perhatikan, apa saja orang cakap, semuanya tidak betul. Saya dikhabarkan, orang produksi turut dimarahinya apabila meminta dia menyalin resepi yang dimasak. Sepanjang terbabit dalam rancangan ini, saya nampak setiap kali apabila ke dapur MCSM2, dia akan ambil epal walaupun ia tidak digunakan dalam resipi. Dia akan makan sedikit dan tinggalkan epal itu. Kadangkala dia sengaja ambil susu di dapur dan minum dan bukan digunakan untuk memasak."




Malah menurut Chef Jo, ada juga kelakuan Zain seperti sengaja mencabar tahap kesabaran barisan juri. Contohnya, apabila Chef Zubir bercakap memberi arahan atau penerangan, dia akan memotong dan memberi alasan. Tambah Chef Jo lagi:-

" Pada saya, Zain cuba menunjukkan satu karakter. Benar seperti apa moto digunakan musim ini, bila dapur panas, watak lain jadi jelas. Sikap ditunjukkan Zain dalam MCSM2 dibimbangi akan beri impak buruk kepada dirinya kerana remaja di luar memandang tinggi keperibadiannya sebagai guru di dalam Oh My English. Pastinya apa yang dibuat Zain tidak bagus pada pandangan penonton yang menyaksikan rancangan realiti masakan ini."



Bak kata orang sikap manusia itu sukar untuk diubah kerana ia sudah sebati dengan diri, namun itu bukan satu alasan untuk kita tidak menghormati orang lain dan mempunyai sifat untuk bertolak ansur di antara satu sama lain dan sebolehnya cuba untuk bersikap sopan apatah lagi menyedari bahawa diri kita dipandang tinggi oleh golonggan muda di luar sana dan jangan pernah anggap bahawa ia sekadar lakonan di kaca tv, habis lakonan habislah apa yang terjadi di luar sana tidak penting.



2
SPAGHETTI BEBOLA DAGING



السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |
 Salam Sejahtera


Saya bukan lah penulis yang hebat dengan sekelip mata saja boleh dapat idea dan mampu mengarang dengan baik. Saya juga bukan seorang blogger popular yang boleh menjemput berduyun-duyun visitor ke blog ini. Mungkin blogger yang sudah popular dan ada nama, mereka tidak kisah letaklah apa post.....walau hanya sekadar ikan masin goreng, telur mata kerbau ataupun sambal belacan pun visitor akan silih berganti datang menyerbu membaca posting mereka.

Walau apa pun saya berterima kasih sangat-sangat kepada semua pengunjung budiman yang bertali arus singgah ke SSK. Tidak kiralah siapa anda dari mana pun anda.....TQ So Much.....!




Hari ni Ahad.....biasalah.....diisi dengan agenda memenuhkan semula stok dapur yang dah kehabisan. Dish ni bukan hari ni ya tapi semalam. Terlewat lagi masukkan entri....kiranya entri tertunda lah ni.

Ceritanya begini, biasanya malam-malam minggu saya sekeluarga makan di luar. Hanya masak untuk breakfast and lunch. Untuk breakfast masak nasi goreng. Lepas breakfast tu sambil-sambil basuh pinggan fikiran melayang memikirkan apa nak masak pulak untuk lunch. Stok dalam fridge dah kekeringan.....yang tinggal cuma carrot, tomato, batang celeri.....buka pula freezer ada meatball. Terus terfikir buat spaghetti aje lah. Lagipun memang hajat hati beli meatball ni nak buat spaghetti lah pun. Buka pula kabinet.....nasib baiklah bahan-bahan lain cukup.

Maka inilah hasilnya, Spaghetti Bebola Daging. Resepi sosnya mengikut citarasa saya sendiri.
Senangnya hati seronok bila sekejap aje dah habis licin.....



SPAGHETTI BEBOLA DAGING
recipe by Iza Akma SSK


Bahan-Bahan :
1 paket pasta @ spaghetti
minyak secukupnya
secubit garam


Caranya :
Didihkan air dalam periuk. Masukkan sekali sedikit minyak dan garam. Masukkan pasta dalam air yang telah mendidih. Bila telah masak angkat dan toskan.....gaulkan pasta dengan sedikit minyak. Hidangkan dalam pinggan. Setelah itu buatkan sos pasta pula.


Sos Pasta :
1 tin sos spaghetti traditional Prego
1 tin (290gm) Sos Spaghetti Cheese & Herbs Prego
1 biji buah tomato, potong dadu
2 biji buah tomato, pecahkan
1 tin (420gm) whole mushroom, hiris
1 labu bawang besar kuning, kisar halus
4 ulas bawang putih, cincang halus
1 batang celery, cincang kasar
1 batang lobak merah, cincang kasar
3 helai dried bay leaf
Meatball secukupnya
Italian Herbs
Oregano
Lada Hitam
Garam
Air secukupnya


Caranya :
Panaskan minyak dalam kuali yang sesuai. Goreng meatball supaya bahagian luarnya sedikit kekuningan.....jangan terlalu lama, sekejap saja dah cukup.
Dengan minyak yang sama, tumis bawang putih dan bawang besar yang dikisar sehingga naik bau. Masukkan celeri dan lobak merah. Biarkan sekejap sambil dikacau.
Masuk sos pasta traditional. Selepas seminit dua masuk cendawan dengan tomato yang dipecahkan. Biarkan seketika.
Masukka air secukupnya diikuti dengan daun bay, oregano, italian herbs, lada hitam, garam secukup rasa.
Setelah mendidih masukkan meatball dengan sos spageti cheese & herbs. Biarkan sehingga mendidih. Masukkan buah tomato yang didadu. Perasakan. Bila sudah cukup rasanya, bolehlah diangkat.
Sedia untuk dihidang.




4
NASI AYAM IPOH



السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |
 Salam Sejahtera


Aduhhh!! Penatnya.....badan sakit-sakit.....gara-gara travel jauh semalam.

Suami kena pergi Kota Bharu ada kerja 3 hari sana. Dia nak saya ikut sekali temankan maklumlah perjalanan jauh kan.....katanya ada lah peneman berbual hilangkan rasa ngantuk masa drive. Kami pergi berdua, anak-anak tak ikut.....sekolah. Tak seronok pulak rasanya anak-anak tak ada sekali.....nak shopping pun tak ada mood.....rasa macam nak cepat-cepat balik jer.

Alhamdulillah, perjalanan kami dipermudahkan.....selamat pergi dan selamat tiba semula di Ampang malam tadi selepas 8 jam mengharungi perjalanan.




Nasi Ayam Ipoh mali.....
Nasi ayam ni saya masak hari minggu lepas. Baru hari ni dapat masukkan entri. Tak pasti pula kenapa dan mengapa nasi ayam ni ada tambahan nama Ipoh di hujungnya. Adakah kerana resepi sememangnya berasal dari Ipoh atau nasi ayam jati Ipoh rasanya sebegini atau hanya sekadar nama. Walau apapun hanya jauhari yang kenal manikam.




Sebelum-sebelum ni pernah juga masak nasi ayam. Tapi selama berblog, inilah first time. Lagipun nasi ayam satu daripada favourite kami sekeluarga kerana hidangannya yang boleh dikatakan ringkas dan balance. Menyediakannya tidak lah rumit, bahan-bahan yang digunakan pun tidak banyak dan mudah sangat di dapati.

Nasi Ayam Ipoh ni pada saya memang terbaik.....mabelicious!!
Nasinya sedap, lembut.....Ayamnya wallaaah.....Tra sekali wojik nok lagi.....



NASI AYAM IPOH
by       : Iza Akma SSK
source : quinnie @ MyR



BAHAN NASI:
4  cawan  beras
4 1/2  cawan  air rebusan ayam
2  inci  halia*
3  ulas  bawang putih*
3  helai  batang daun bawang (ambil bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
1  sudu besar  minyak bijan
2  sudu besar  sos tiram
2  helai  daun pandan
4  sudu besar  majerin
1  sudu kecil  garam


Cara :
Mula-mula buat air rebusan ayam...(bahan sup).
Masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. Tutup periuk dan masak hingga didih. Selepas air mendidih, masukkan ayam. Biar ia masak selama 20 minit. Selepas 20 minit, angkat ayam dan toskan.

Cara untuk masak nasi.
Mula-mula masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan * yang telah ditumbuk lumat. Biar hingga naik bau. Kemudian masukkan batang daun bawang (ambil bahagian bawah yang putih) dan daun pandan. Bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. Kacau-kacau sekejap, kemudian masukkan beras, garam dan air rebusan ayam. Biarkan hingga nasi masak.



BAHAN AYAM :
1  ekor  ayam
3  ulas  bawang putih*
1  inci  halia*
3  sudu besar  kicap lemak manis
2  sudu besar  sos tiram
1  sudu besar  cuka
1  sudu besar  madu


Cara :
Ayam yang telah ditoskan tadi dimasukkan kedalam satu bekas besar. Masukkan bahan * yang telah ditumbuk lumat diikuti semua bahan-bahan lain...kacau-kacau rata dan biarkan 1/2 jam. Selepas ayam diperap, boleh lah digoreng atau dibakar dalam oven. Kalau nak goreng jangan goreng terlalu lama...agak-agak warnanya dah bertukar kehitaman boleh diangkat.



BAHAN SUP :
4  ulas  bawang putih diketuk
3  inci  halia dihiris
3  helai  daun bawang
1  biji  sengkuang dipotong dadu
1  sudu besar  serbuk lada sulah
air secukupnya
garam


Cara :
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. Kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah dicampur dengan air biasa. Masak hingga didih. Perasakan sup.
(Saya tumiskan dulu rempah penumis 4 sekawan....lepas tu terus masukkan ke dalam sup. Sebagai tambahan saya masukkan juga 1 kiub pati ayam, sayuran lobak merah & ubi kentang menggantikan sengkuang).
Bila disajikan, taburkan dengan daun sup dan daun bawang yang dipotong halus.



BAHAN SOS CILI :
10-15  biji  cili api
6  biji  cili merah
5-6  ulas  bawang putih
1  biji  limau kasturi / nipis
sedikit halia (ambil dari air rebusan)
sedikit air rebusan ayam
garam & gula secukupnya


Masukkan semua bahan dalam blender dan blend hingga hancur.



BAHAN KICAP :
5  biji cili  api
4-5  ulas  bawang putih
sedikit halia daripada air rebusan
air rebusan ayam secukupnya
tepung jagung + sedikit air (utk pekatkan)


Blend semua bahan kecuali tepung jagung. Selepas blend tuang dalam periuk dan panaskan atas dapur. Agak-agak dah panas..boleh lah dimasukkan tepung jagung yang telah dicampur air secukupnya untuk memekatkan kuah.



*BAHAN TAMBAHAN*
tomato, salad, daun sup dan bawang, timun, bawang goreng


(pesan quinnie: kalau ikut resepi asal...nasi tu letak sikit lemak ayam kat dalam dia masa nak tumis tu..kadang2 kalau rajin buat..kalau malas tak letak pun...sup tu kalau takde sengkuang elok tambahkan rempah tumis 4 sekawan untuk naikkan rasa dia....)

3
KUIH BAKAR MERANTI



السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |
 Salam Sejahtera


Saya buat kuih ni untuk minum petang semalam. Alang-alang nak menghabiskan lebihan biskut marie yang ada tak seberapa keping sangat, apa salahnya jika saya mencuba resepi ni. Mana tau mungkin ada kelainan rasa pada kuih bakar ni.....tak cuba tak tau kann.




Proses menyediakan kuih bakar/bingka tidaklah susah. Namun saya agak jarang membuatnya kerana kurang gemar kuih seumpama ini berbanding dengan talam atau lapis. Anak-anak dan suami pula jangan cakap lah lagilah kurang. Saya hanya akan buat bila tekak ni teringin sesangat itu pun dalam kadar yang sedikit.

Kuih ni saya bakar atas dapur dalam acuan cara tu jer. Style begini senang tak perlu nak susah payah memotong. Lagipun kuih berbentuk cara camni dapat mengumpan mata anak-anak. Mereka kalau kuih cara.....memang suka. Jadi bila bingka berubah wajah menjadi cara macam ni secara tak langsung mahu lah mereka makan. Kalau yang berpotong tu alamat pandang-pandang jeling-jeling aje ler.....kita pandang kuih, kuih pandang kita balik.....hehhehe.

Aittt, dalam suka tak suka tu banyak juga anak-anak ku habiskan.....sedaplah tuu...



KUIH BAKAR MERANTI
recipe  : Kak Fida @ MyResepi
source :  Iza Akma SSK



Bahan-Bahan :
4bijitelur
225gmgula pasir
570gmsantan
115gmtepung gandum
85gmtepung biskut Marie
1/2sudu tehrempah kuih
sedikit pewarna hijau/kuning


nota:
- jika mahukan lebih biskut marie, guna 100gm dan patah-patahkan
- jika santan kotak, gunakan 200ml dan tambahkan air
- bubuh rempah kuih secubit dua saja (saya gantikan serbuk kayu manis)
- tambah 1-2 sdt pandan pes untuk kuih bakar perisa pandan



Caranya :
Telur dan gula dikacau rata dan masukkan kesemua bahan-bahan lain. Kacau sebati. Untuk lebih mudah masukkan semua bahan dalam blender, kisar halus dan tapis jika perlu.
Tuang adunan ke dalam loyang 9x9 inci yang disapu minyak/majerin/butter/minyak sapi.
Bakar pada suhu 160C selama 30-40 minit atau sehingga masak.
Biar kuih benar-benar sejuk baru dipotong dan sajikan. Enak juga dimakan ketika kuih masih suam...





3
CUCUR DURIAN BERJAGUNG....



السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |
 Salam Sejahtera


Bersawangnyaa lahaii dapur maya ni setelah lama ditinggal sepi. Tanpa sedar dah lebih 2 bulan diriku ini MC dari blogging. Namun alhamdulillah, hari ini digagahi jua untuk kembali mewarnai dapur ini dengan masakan-masakan hasil air tangan ku biarpun mungkin resepinya dipetik dari sumber lain.....Insya-Allah.

Hilangnya diri tak bermakna menguncikan diri terus. Sesekali bila berkesempatan, saya visit juga blog kawan-kawan ikuti perkembangan. Ya lah, kekadang tu ada harinya fikiran buntu kematu tak tau nak masak apa. Puas sudah memerah idea.....tak jugak ilham tu mai. Asyik masak dan jamu selera dengan yang sama jer jemu lah pulak tekak ni. Jadi bila jenguk-jenguk resepi kat blog depa tu at least dapat juga lah idea apa yang nak dimasak untuk sajian keluarga.




Ampang seminggu dua ni, masuk tengahari jer cuaca dah kelihatan mendung. Petanda anugerah Allah akan turun membasahi bumi di petangnya hari. Biasalah bila hujan petang petang ni alangkah sedapnya kalau dapat  menikmati kuih jemput-jemput bersama-sama teh mahupun nescafee.

Sesetengah tempat panggilnya cucur/cucoq, cokodok, cucur kodok, kodok-kodok.....asal jangan kodok sudaahh. Apa pun panggillannya kuihnya tetap tu juga. Tak kiralah cucur apa.....asal sesuai dengan apa yang ada di dapur. Nak savouri buatlah cucur udang/ikan bilis, cucur sayur.....nak manis gunalah pisang, labu, betik, jagung atau durian atau apa-apa jerlah ikut citarasa sendiri.




Sebut pasal durian kan, apakata durian campurkan jagung dalam cokodok . Kebetulan dalam freezer ada durian yang difrozenkan lebihan buat Karipap Apam Durian dan Serimuka Durian Gula Merah tak lama dulu. Serabut kepala nak buat apa dengan baki durian tu. Keluar masuk freezernya dah berkali-kali. Macam-macam cadangan.....kejap nak buat kek lah, tart lah, puding lah, kuih talam lah.....haiiihh. Pasang angan-angan tinggi melangit.....tapi bayangnya tak nampak jugak.....macam yang kata tadi lah cadangan kann.

Akhirnya kuih ni jo hah yang termampu den buek. Dibuek kue lain kang susah bonar nak habih lak. Baik cokodok camni hah kojap dah habih licin.....sodap pun sodap.....




Apa yang boleh dikatakan tentang cucur ni.....ianya lembut tak keras walaupun dah sejuk, enak gabungan rasa durian dan jagung.....selain dalamnya kelihatan bersarang sebab adanya yis.
CUCUR DURIAN BERJAGUNG
:: by Chef Norzailina Nordin @ SAJI 2010
source :  Iza Akma SSK



Bahan-Bahan :
110gmisi durian
1bijitelur
80mlsusu segar
150gmtepung gandum
50gmgula pasir
3/4sudu tehinstant yis
80gmjagung krim
50-70mlair *
garam secukupnya
minyak untuk menggoreng

* Tambah air mengikut keperluan. Jika adunan cair, cucur yang dihasilkan akan leper dan tidak bulat.


Caranya :
Kisar isi durian bersama telur dan susu. Ketepikan.
Dalam satu bekas, satukan tepung gandum, gula, yis, jagung dan garam. Gaulkan rata.
Masukkan bahan kisar tadi diikuti air sedikit-sedikit, kacau adunan hingga sebati. Perapkan sebentar selama 20 minit.
Panaskan minyak. Dengan menggunakan hujung sudu yang dicelupkan dalam minyak panas, jatuhkan bancuhan dan goreng hingga keemasan.
Angkat dan sejatkan minyaknya.
Bila timbang isi durian tu ngam-ngam ada 225gm jadi saya buat dua adunan sekaligus, gula 80gm.....tak berapa manis tapi pada saya yang penawar ni cukuplah manis seperti tu dan siapa yang gemarkan lebih manis boleh follow terus resepi.