3
APAM COLA HUJAN PANAS



السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |
 Salam Sejahtera


Zaman beredar, kini telah ada resipi yang menggunakan coca cola dalam pembuatan chocolate cake, kek buah, masakan lauk-pauk dan juga dalam kuih-muih seperti kuih apam ini. Kedengaran agak pelik tapi sekarang ini dah tak ada apa yang pelik. Selagi permintaan terhadap makanan masih ada selagi itulah pencipta-pencipta resipi di luar sana berlumba-lumba mencipta pelbagai resipi..... kalau boleh mahukan yang eksklusif dan kelainan, tidak mahu sama dengan resipi orang lain.




Dengan berpandukan resipi asalnya daripada Majalah Sedap dan melihat olahan yang dilakukan oleh KWan@Citarasawan, saya olahkan lagi untuk disesuaikan dengan citarasa saya..... sebab saya yang buat kann. Kalau orang lain yang buat..... ikut selera orang tu pulak lah..... tak giteww, hihhihi.

Penggunaan coca cola menjadikan warna apamnya lebih mengancam dengan aromanya juga berbeza. Kemudian saya tambahkan color rice ke dalam adunan supaya lebih colourful. Beginilah hasilnya. Kerana itu ada tambahan nama hujan panas kat hujung tuu sebab teringatkan nasi hujan panas..... kann lebih kurang jer warna-warninya. Oklah, takat ini jer dulu untuk hari ini yer.... tak larat nak taip dah. Tak berapa sihat, kepala pun dah melayang-layang nih.... lepas telan ubat.


APAM COLA HUJAN PANAS
by Iza Akma SSK


Bahan A :
2 biji telur (A)
1/4 sudu teh garam
140 gm gula kastor
25 gm gula perang
2 sudu teh ovalete

Bahan B (diayak):
270 gm tepung gandum
20 gm susu tepung
1/2 sudu teh double action baking powder

Bahan C :
225 ml coca cola

Bahan D :
100 gm color rice
* coklat rice juga boleh ditambah


Caranya :
Panaskan kukusan.
Pukul bahan (A) dengan kelajuan tinggi hingga putih dan pekat.
Masukkan bahan (B) berselang seli dengan bahan (C) sambil diputar perlahan atau boleh dikaupbalik sahaja sehingga rata dan sebati.
Dengan menggunakan acuan acuan kecil yang berlubang, alaskan papercup ke dalamnya. (Saya guna muffin cup)
Selepas kukusan betul betul mendidih, masukkan bahan (D) ke dalam adunan dan gaul sekadar rata. Sudukan adunan ke dalam papercup yang telah disediakan tadi dengan isian penuh. Jarakkan susunan setiap satunya supaya apam tidak akan melekat antara satu sama lain ketika mengembang.
Kukus selama 15-20 minit dengan api besar.


3 sweet comments:

Bbwana adienia said...

nampak sedap dan menarik..mohon izin copy paste resepinya ya..

tun_telani said...

Salam kak iza.. apam cola cola pon dh wujud ye skrg.. tun boikot coke, huhu.. blh tukar jd apam pepsi or root beer la.. kih kih...
get well soon kak ^^

Bannister Road said...

Terima kasih Iza kerana kongsi resepi, apam tu csntik sangat tapi hari ni saya nak masak kuah lodeh/lontong yang Iza berikan dalam blog ni terbitan 16/7/2013 sedap nampaknya tapi hati saya sebak bila baca kisah rakyat Palestin tu sungguh hiba, apa lah nasib mereka sehingga kini tidak nampak kebahagiaan dalam kehidupan mereka, sungguh memilukan dan saya sentiasa mendoakan setiap hari agar diberi kesejahteraan oleh Allah pada diri mereka, amin.