1
PAKORA RANGUP/JEMPUT-JEMPUT PAKISTAN


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera


Sekarang ni boleh katakan hampir setiap petang hujan. Ampang tak terkecuali. Walaupun belah pagi cuaca nampak clear tapi bila tiba tengahari langit dah mula berarak awan kelabu maka petangnya jangan cakaplah.....mula lah hujan turun mencurah-curah diselangi dengan tiupan angin. Langsung skrin tv jadi gelap gulita.....biasalah astro tak ada angin tak ada ribut pun boleh berlaku interruption apatah lagi hujan lebat. Harap bayar je mahal, service masih ditakuk lama.




Okay okay dah dah tu mengumpat astro. Meh teman nak nyambung citer jemput-jemput ni haaa. Hujan-hujan macam ni sedap kalau minum petang dengan jemput-jemput nak-nak panas-panas baru keluar kuali. Sebelum ni  teman cuma tau cucur udang, cucur bilis dan cucur-cucur yang sewaktu jer. Tak pernah plak tau pasal jemput-jemput yang satu ni. Inilah first time teman masak dan merasa jemput-jemput pakistan atau sebutan lainnya pakora. Barulah teman tau gini ghopernya pakora....




Jejemput ni tak guna tepung gandum tapi guna 100% tepung kacang kuda selain bubuh rempah-rempah dengan yogurt. Itu saja bezanya, lain-lain bahan sama. Pasal tu rasa ada sikit lain. Oh ya tips daripada pengalaman pertama teman kan, seeloknya waktu menggoreng jangan buat tebal-tebal.....biar nipis sikit supaya lebih rangup dan lebih sedap. Sedap dimakan terutamanya tika panas-panas.

Suka teman ingatkan, sedap akan sesuatu masakan atau makanan itu subjektif pada setiap orang.....boleh jadi sedap pada kita tapi tak sedap pada orang lain dan gitu ler sebaliknya. Jadi kalau nak tahu samada sesuatu masakan itu dapat memenuhi tahap piawaian rasa, please give it a try.

Apa pun terima kasih daun keladi ya Zalieda Zaliedana atas perkongsian resipi. Izinkan teman sharekan di sini plak yer.....



PAKORA RANGUP/JEMPUT-JEMPUT PAKISTAN
by IzaAkma SSK
source rcp : Diari Zaliedana @ ummiesya.blogspot



Bahan-Bahan :
1cawanTepung kacang kuda (kuantiti anggaran)
1ulasBawang putih ~ tumbuk
sedikitHalia (optional) ~ tumbuk
1sudu tehSerbuk garam masala
1sudu tehSerbuk jintan putih
1sudu tehSerbuk ketumbar
1/2sudu tehSerbuk cili (+/-)
1/2sudu tehJintan putih biji
1sudu besarYogurt
1-2bijiCili hijau ~ hiris nipis (nak pedas add cili api)
1bijiUbi kentang (saiz kecil letak 2)
2bijiBawang besar ~ hiris kasar
Serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
Udang fresh, kuantiti ikut suka (optional)
Daun bayam secukupnya ~ hiris kasar tanpa batang
Air secukup (adunan tak boleh pekat atau cair sangat)


Caranya :
Rebus ubi kentang sehingga empuk. Potong dadu, ketepikan.
Gaul sebati semua bahan, kecuali air.
Masuk air sedikit-sedikit, gaul rata. Dah cukup kepekatan yang dikehendaki dan sesuai, bolehlah digoreng. Minyak dah betul-betul panas baru goreng adunan. Biar masak kedua-dua belah bahagian. Toskan minyak dan angkat.
Bolehlah dimakan bersama chutney pudina atau boleh juga dengan sos cili.
Sedap dimakan panas-panas.

1 sweet comments:

Cik Puan Rann said...

boleh try nie....mcm sodap jooo