3
TALAM LAPIS PULUT HITAM


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera


Diam tak diam dah dua bulan dapur maya ku tak berupdate. Kalau tidak pantang ada masa terluang di blog kesayangan inilah tempat ku mencoretkan rasa. Tak tau kenapa sejak akhir-akhir ini seakan hilang terus semangat ngadap lappy, blogging, fb and whatever lah yang sewaktu dengannya. Seolah semangat itu dah dibawa terbang oleh sang garuda mana entah sampaikan terlupa nak balik jenguk dapur maya nie.....hahhaha. Bila dah lama sangat menghilang macam ni lah jadinya.....jemari pun dah seakan terlupa menari atas keyboard, terkial-kial menaip.....




Masa belek-belek photo ternampak gambar kuih lapis ni dalam folder. Baru teringat masih belum post lagi entri berkenaan kuih ni. Kuih lapis ni ada kelainan sebab ada pulut hitam. Memang sedap, kuih pun lembut.....bila makan lapisan pulut tu ada rasa lemak-lemak umpama sedang makan bubur pulut hitam. Biasa pulut hitam dibuat bubur. Apakata bila merebus pulut hitam untuk dibuat bubur tu asingkan sedikit untuk buat kuih lapis ni pulak.




Oh! ya, ceq nak habaq beras pulut hitam ni ada dua jenis. Satunya bila direbus, tak berapa nak kembang.....rebus lama mana pun masih macam tu jugak tak lembut-lembut, yang ni tak sedap dan ceq tak suka jenis ni. Satu lagi bila direbus, cantik kembang....hat ni ceq suka.....lembut dan berkanji.....sebab kanji tu la bila buat bubuq kuah jadi pekat. Kalau kat utara banyak jumpa yang macam ni kat Pekan Rabu dan Padang Besar. Ikut pemerhatian ceq, hat kembang cantik bila direbus tu.....berasnya gemuk-gemuk pendek tak macam satu lagi panjang-panjang. Apa pun ceq cuma berkongsi tips ja....ikut citarasa hangpa la no nak pilih nak suka hat mana satu.....




Resepi ini sebenarnya telah pun SSK kongsikan dalam majalah Aroma Feb'14. Tapi tak mengapa SSK kongsikan sekali lagi untuk tatapan semua di sini. Pada penggemar pulut hitam boleh lah mencuba ya.



TALAM LAPIS PULUT HITAM
by IzaAkma SSK @ Aroma Feb'14


Bahan Lapisan Pulut Hitam :
450gmpulut hitam siap rebus
400gmsantan pekat@kotak
300gmair
200gmtepung gandum
70gmtepung ubi
110gmgula kastor
Secubit garam


Bahan Lapisan Hijau :
400gmsantan pekat@kotak
300gmair
150gmtepung beras
60gmtepung ubi
120gmgula kastor
1sudu tehgaram
1sudu tehpes pandan
Sedikit pewarna hijau


Caranya :

Terlebih dahulu panaskan kukusan.

Untuk lapisan pulut hitam :
Satukan tepung, gula dan garam dalam mangkuk adunan. Satukan santan dengan air dan tuangkan sedikit demi sedikit dalam campuran tepung. Kacau hingga adunan sebati, halus dan tidak bergentel. Kemudian masukkan pulut hitam, kacau rata. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Ketepikan.

Untuk lapisan hijau :
Lakukan cara yang sama seperti di atas. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Ketepikan.

Sediakan loyang berukuran 10 inci, alaskan plastik dan griskan sedikit minyak masak. Panaskan loyang sekejap dalam kukusan yang telah mendidih.

Tuangkan 1 bahagian adunan pulut hitam. Kukus selama 5 minit dengan api sederhana. Bila lapisan pertama telah masak, tuangkan 1 bahagian adunan hijau. Kukus lagi 5 minit.

Ulangi melapis secara berselang-seli sehingga kedua-dua adunan bater habis digunakan.

Untuk lapisan terakhir kukus selama 15-20 minit atau sehingga masak.

Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong.



3 sweet comments:

fazianbatrisyia said...

menariknya...bila2 nanti boleh cuba buat pulak

Mayang ABDUL RAZAK said...

baru tau beras pulut itam ada 2 jenis yer...

Gee® said...

Waaa sedapnya... lama tak menalam... angkut resipi dulu yea...tq