2
SOTONG HIJAU ALA THAI



السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |
 Salam Sejahtera


Masih belum sihat sepenuhnya. Namun digagahi juga mengemaskini dapur maya ini demi anda semua sebagai tanda penghargaan saya kepada anda yang tidak lupa dan tidak jemu singgah ke sini.

Masih ingat lagi SSK ada berkongsi 13 resipi dalam Majalah Aroma keluaran Februari lepas. Lima daripadanya saya belum kongsikan di sini manakala yang lain-lain seperti Ayam Maharani, Daging Badami, Ikan Kembung Bersos Thai, Kari Ketam Kerala, Urap Jantung Pisang Lada Hitam, Karipap Apam Durian, Puding Pisang Karamel dan Lopes Sagu Ubi Kayu telah pun ada dalam posting terdahulu. Jika anda terlepas pandang akan resipi-resipi yang dinyatakan sila lah ke Menu Index untuk sessi pencarian. Yang lima lagi tu akan saya kongsikan satu persatu, In shaa Allah.




Jadi untuk tidak menghampakan mereka yang ketinggalan membeli Aroma Februari, maka hari ini saya masukkan satu daripada lima resipi tersebut. Sehari ke sehari asyik terlupa saja nak masukkan..... baru hari ini teringat. Okay, saya mulakan dengan resipi pertama Sotong Hijau Ala Thai.




Kebiasaan kita lihat masak hijau ini menggunakan ikan, ayam ataupun daging. Tetapi yang ini sedikit berbeza kerana menggunakan seafood sebagai ramuan utama iaitu sotong. Ahaa, pada penggemar sotong tu tunggu apa lagi. Selalu sotong ni kita masak sambal, kicap, masak lemak, goreng kunyit. Apakata kali ini bertukar selera kepada masakan ala thai ini. Jangan lupa mencuba ya. Yang telah mencuba sahaja tahu akan keistimewaan rasanya. Bak kata pepatah melayu, hanya jauhari yang mengenal manikam,,,, hehehe.



SOTONG HIJAU ALA THAI
by Iza Akma SSK
original rcp ~ Chef Zaidah Mohd Noor



Bahan A :
125 ml minyak masak
1 kg sotong | dibersihkan, dibuang ekor dan pundi dakwat, potong ikut suka
500 ml santan pekat
3 batang terung panjang | dipotong panjang 2inci
1 biji lada benggala merah | dibuang biji, dipotong 8
3 tangkai daun selasih
Garam dan Gula secukup rasa

Bahan B (Kisar):
10 tangkai cili hijau | dibuang biji
1 labu bawang besar
5 ulas bawang kecil
1 ulas bawang putih
3 tangkai akar daun ketumbar | dicuci bersih
1.5 cm halia
2 batang serai
3 helai daun limau purut
1 sudu teh belacan
2 sudu besar biji ketumbar*
1 sudu besar biji jintan manis*
1 sudu kecil biji lada putih*
1 sudu kecil biji lada hitam* |*disangai terlebih dahulu

Caranya :
Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan-bahan kisar sehingga wangi.
Masukkan sotong, kacau sebati dan masakkan sebentar.
Masuk santan. Apabila mendidih, masukkan terung, lada benggala dan daun selasih.
Perasakan dengan garam dan gula. Masak sehingga terung empuk.
Sajikan bersama nasi putih.


Note :
- Jika suka, terung boleh digantikan dengan kacang panjang



3
APAM COLA HUJAN PANAS



السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |
 Salam Sejahtera


Zaman beredar, kini telah ada resipi yang menggunakan coca cola dalam pembuatan chocolate cake, kek buah, masakan lauk-pauk dan juga dalam kuih-muih seperti kuih apam ini. Kedengaran agak pelik tapi sekarang ini dah tak ada apa yang pelik. Selagi permintaan terhadap makanan masih ada selagi itulah pencipta-pencipta resipi di luar sana berlumba-lumba mencipta pelbagai resipi..... kalau boleh mahukan yang eksklusif dan kelainan, tidak mahu sama dengan resipi orang lain.




Dengan berpandukan resipi asalnya daripada Majalah Sedap dan melihat olahan yang dilakukan oleh KWan@Citarasawan, saya olahkan lagi untuk disesuaikan dengan citarasa saya..... sebab saya yang buat kann. Kalau orang lain yang buat..... ikut selera orang tu pulak lah..... tak giteww, hihhihi.

Penggunaan coca cola menjadikan warna apamnya lebih mengancam dengan aromanya juga berbeza. Kemudian saya tambahkan color rice ke dalam adunan supaya lebih colourful. Beginilah hasilnya. Kerana itu ada tambahan nama hujan panas kat hujung tuu sebab teringatkan nasi hujan panas..... kann lebih kurang jer warna-warninya. Oklah, takat ini jer dulu untuk hari ini yer.... tak larat nak taip dah. Tak berapa sihat, kepala pun dah melayang-layang nih.... lepas telan ubat.


APAM COLA HUJAN PANAS
by Iza Akma SSK


Bahan A :
2 biji telur (A)
1/4 sudu teh garam
140 gm gula kastor
25 gm gula perang
2 sudu teh ovalete

Bahan B (diayak):
270 gm tepung gandum
20 gm susu tepung
1/2 sudu teh double action baking powder

Bahan C :
225 ml coca cola

Bahan D :
100 gm color rice
* coklat rice juga boleh ditambah


Caranya :
Panaskan kukusan.
Pukul bahan (A) dengan kelajuan tinggi hingga putih dan pekat.
Masukkan bahan (B) berselang seli dengan bahan (C) sambil diputar perlahan atau boleh dikaupbalik sahaja sehingga rata dan sebati.
Dengan menggunakan acuan acuan kecil yang berlubang, alaskan papercup ke dalamnya. (Saya guna muffin cup)
Selepas kukusan betul betul mendidih, masukkan bahan (D) ke dalam adunan dan gaul sekadar rata. Sudukan adunan ke dalam papercup yang telah disediakan tadi dengan isian penuh. Jarakkan susunan setiap satunya supaya apam tidak akan melekat antara satu sama lain ketika mengembang.
Kukus selama 15-20 minit dengan api besar.


19
ROTI SARANG LEBAH dengan SOS BUTTERSCOTCH yang yummy....



السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |
 Salam Sejahtera


Sebelum memulakan bicara, SSK mengucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada semua pengunjung yang sudi meluangkan masa singgah ke dapur maya ini. Saya menyepi seketika untuk memberi peluang pada diri saya sendiri berfikir semasak-masaknya samada mahu meneruskan atau berhenti sahaja daripada berblog. Kerana blog yang mengkhusus kepada 100% dunia masakan sememangnya benar-benar mencabar diri dan mencuri banyak masa dan tenaga.

Pernah menyuarakan hasrat untuk bersara dari dunia blog kepada suami dan anak-anak. Namun mereka menyerahkan kepada saya untuk membuat keputusan. Jika dengan berblog akan mendatangkan kebaikan, maka teruskanlah tetapi andainya dengan berblog mendatangkan sebaliknya, maka berhentilah. Hampir tiga bulan saya mencari jawapan. Kepada DIA saya mohon petunjuk.




Dengan rahmat dan izin-NYA alhamdulillah..... dibukakan kembali hati ini. Akhirnya diri diberi kekuatan untuk mengemaskini kembali dapur maya yang telah lama ditinggalkan. Malahan banyak komen yang saya terima menyatakan percubaan mereka ke atas resipi-resipi yang diambil daripada blog ini benar-benar menjadi dengan selitan berbagai ungkapan seperti resipi yang sedap, fantastic, marvellous, power yang memberi seribu makna pada tertegaknya SSK. Suka saya katakan bahawa sebahagian kekuatan ini juga datangnya daripada anda para pengunjung, pembaca, follower yang terus setia dengan SSK, mereka yang telah tanpa ragu-ragu mencuba resipi dari sini tidak lupa juga mereka yang telah turut sama membantu memperkenalkan blog ini di laman fb. TQVM. Love u all.




Roti yang tengah trending di fb sekarang nih. Roti yang dikenali dengan bahasa melayunya sebagai Roti Sarang Lebah disirami dengan Sos Butterscotch yang lemak manis. Roti ini telah diperakui ramai gebu, sempurna halus dan lembutnya bak selembut dan sehalus kapas. Yang specialnya ia diadun menggunakan tepung gandum bukannya tepung roti seperti kebiasaan. This recipe is very highly recommended! Tq to sis Lydia Honey for sharing.

BEE HIVES MINI BUNS with BUTTERSCOTCH SAUCE
by Iza Akma SSK
source : Lydia Honey FB



Bahan Doh Roti :
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh dry yeast
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
1/4 cawan plain yogurt, suhu bilik
1/4cawan minyak sun flower
1/2 cawan air suam +-

**Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka

Caranya :
Larutkan yeast & gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
Dalam mangkuk adunan, campurkan garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati.
Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah menguli doh sehingga tak lekat di tangan.
Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup spt dalam oven/microwave yang TAK di ON ok..
Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginnya
Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi.
Sementara menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven anda gak ye..my oven suhu ni).
Make sure oven betul-betul panas baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir guna api atas bawah.
Time bakar dalam 10-15 minit.
Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.
Sedia untuk dihidangkan.


NOTE:-
1) doh memang lembik.. Jangan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.
2) No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.
3) Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.
4) JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
5) Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.

BUTTERSCOTCH SAUCE

Bahan-Bahan :
1/2 cup brown sugar (bukan gula merah ok)
1/2 cup whipping cream (kalau tak de guna jer susu cair)
A pinch of salt
1/2 tsp vanilla essence
25g butter


Caranya :
Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.


NOTE:-
Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan.