1
JEMPUT-JEMPUT ROTI BERUDANG


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera


Resipi dah lama sangat simpan. Sampai terlupa dah, tak buat-buat. Check freezer ada stok udang, roti dua tiga hari lepas pun ada berbaki lagi. Bila baca resipi macam pelik sikit sebab bubuh serbuk kari dalam bancuhan. Atau teman seorang je tak pernah tahu. Selama ni tak pernah lagi buh serbuk kari buat jejemput. Duk pikior jugak apa ler rasanya ya. Daripada duk memikior, why not i give it a try.....siap nanti tau ler camne rasanya.


Bila dah makan tak de yang pelik. Walaupun ada serbuk kari tapi takde ler terasa sangat. Memang sedap!! Nak-nak ada udang lagi kat dalam. Itu yang menambahkan rasa manis dan keenakan jemput-jemput ni. Tak rugi teman mencuba. Next time boleh buat lagi dan lagi....

JEMPUT-JEMPUT ROTI BERUDANG
by IzaAkma SSK
source : PuteriManja Fb


Bahan-Bahan :
5 keping roti sandwich
200 gm udang segar
1 sudu kecil serbuk kari (ikan/daging)
1 biji bawang besar
1 biji telur
1 sudu kecil garam/serbuk perasa
260 gm tepung gandum
120 ml air/secukupnya
1/4 sudu kecil soda bikarbonat (optional)
1 biji cili merah ~ buang biji dan hiris halus*
1 biji cili hijau ~ buang biji hiris halus* (* iza tambah)

Caranya :
Potong udang kecil-kecil. Kalau guna udang kering, rendam dan tumbuk kasar.
Bawang dipotong dadu kecil.
Rendam roti dalam air sejuk sebentar supaya kembang. Toskan dan hancurkan/koyakkan roti kasar-kasar.
Satukan roti, tepung, bawang, hirisan cili, serbuk kari, telur, air dan garam/serbuk perasa. Bancuh macam buat cekodok biasa.
Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
Makan panas-panas bersama sos cili thai atau apa-apa sos cili yang lain.



1 sweet comments: