1
RENDANG KACANG PANJANG NOGOGHI


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera


Ada sekali tu lunch kat 'Omak Den' di Setapak. Kedai tu gerai biasa tepi jalan je tapi pelanggan punya lah ramai. Macam-macam lauk ada, yang paling best masak lemak cili apinya yang pelbagai.....lemak cili api daging salai, ayam kampung, ikan, rebung, pucuk ubi, pisang muda, nangka muda dan banyak lagi lah. Semuanya podeh-podeh belako. Itulah dia trademark masakan nogoghi yang sudah semestinya bila makan tu meletus kepedasan dalam mulut

Di situ lah first time saya mula kenal dan merasa rendang kacang panjang. Pastu setiap kali gi makan situ lauk itulah yang saya terkam dulu. Rendang kacang 'Omak Den' ni sedap, tapi awas bila makan boleh berjurai air mata.....pedas giler. Minggu lepas terasa nak lunch lagi kat situ lepas berbulan tak pergi. Sampai-sampai eh eh banner 'Omak Den' dah bertukar nama. Rupanya dah pindah taman melati. Last pergi branch satu lagi kat Kg Pengantin, Setapak bersebelahan restoran Khadijah Ibrahim. Lepas jugak hajat nak makan rendang kacang.




Bila difikir balik takkan bila rasa nak makan je kena gi situ kan. So, cari kat internet. Macam-macam cara rendang kacang ni dimasak dengan penggunaan bahan yang lebih kurang sama. Ada yang masak tumis, ada yang lebur sekali semua dalam kuali. Bila diamati, bahan basic semua hampir sama with main ingredient cili padi atau cili api. Saya pilih tiga resipi. So, daripada tiga saya gabungkan jadi satu dan olah berdasarkan rasa rendang kacang kat 'Omak Den'. Tapi saya ikut cara Sheila@Spices Journey, tumis sebab nak masakkan dulu cili tu supaya tak pedas sangat.

Yess, rasa tak mengecewakan.....dah dekat-dekat dah.....cuma tak dapat 100% sama. Mana boleh nak dapat rasa 100% sama kan.....itu secret resipi orang berniaga. Tapi ini pun dah okay. Tak perlulah nak berkejar meredah jem semata-mata nak cari sesenduk dua rendang kacang.....tak berbaloi. Lagi berbaloi kalau masak sendiri.....save budget.....buat ratah banyak mana pun takde siapa yang larang. Jom tengok resipi.....


RENDANG KACANG PANJANG
by IzaAkma SSK
source : Spices Journey/dapur ibundo/akumama



Bahan-Bahan :
280 gm kacang panjang, dipotong pendek lebih kurang 2 inci
400 gm pedal ayam
500 gm santan pekat
2 batang serai (saiz besar), dititik
1 keping asam gelugor
Garam & Gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan Tumbuk :
30 biji cili padi kampung (boleh tambah ikut kepedasan masing-masing)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup


Caranya :
Bersihkan pedal.
Campurkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, perapkan seketika.
Masukkan dalam kuali, rebus hingga empuk dan kering airnya.
Angkat dan potong ikut suka tapi jangan terlalu kecil.

Panaskan minyak.
Tumis bahan yang ditumbuk dengan serai yang dititik hingga garing dan hilang bau cili.
Masukkan juga sedikit garam untuk matikan cili itu.
Bila cili dah garing, masukkan pedal ayam tadi dan goreng sebentar.
Masukkan santan pekat dan asam keping.
Bila dah hampir kering dan terbit minyak, masukkan kacang panjang.
Perisakan dengan sedikit gula dan garam secukup rasa.
Kacau rata dan masak hingga sayur kacang agak lembut dan layu.
Siap dan bolehlah dihidangkan.





1 sweet comments: