1
CHOCOLATE BANANA BREAD


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera


Tangan rasa nak membaking pulak selepas berbulan tak membaking. Pisang pun ada, wokeh projek on. Kali ni pilih Chocolate Banana Bread atau bahasa mudahnya Roti Pisang Coklat. Lupa dah dari mana dapat resipi. Cuma tulis resipi aje sumbernya tak pulak bertulis. Mungkin daripada web omputih sebab kalau lihat namanya pun lebih kepada keinggerisan. Nama je roti tapi famili kek jugak ni. Omputih biasalah kalau kek pun kadangkala depa panggil roti.....kalau kita roti is roti dan kek is kek.....mana nak sama roti dengan kek. Tak apa lah yang pasti menjadi dan sedap.

Resipi mudah sangat taklah serumit macam buat kek cuma godek-godek macam buat muffin. Sambil-sambil masak untuk lunch tu dah boleh siap dan petang dah boleh santap. Okay lah, untuk penceritaan seterusnya biar gambar pulak yang take over berbicara.....heh he.....







CHOCOLATE BANANA BREAD
by IzaAkma SSK


Bahan A :
1 1/3 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
1/4 tsp soda bikarbonat
1 tsp baking powder

Bahan B :
2 biji telur (gred A) ~ dipukul sedikit
1/2 cawan butter ~ dicairkan
3 biji pisang ~ dilenyek
1 tsp esen vanilla

Bahan C :
1/2 cawan coklat chip


Cara :
Satukan semua bahan A, gaul rata. Ketepikan.
Satukan semua bahan B, kacau sebati dengan senduk kayu.
Masukkan campuran bahan B ke dalam campuran bahan A, kaupbalik hingga sebati.
Masuk bahan C dan digaul sikit-sikit sekadar rata.
Tuang adunan dalam loyang loaf 9x5inci yang telah siap dialas dengan baking paper.
Bakar pada suhu 180C selama 1 jam (ikut suhu oven masing-masing)





1 sweet comments:

adda syuhada said...

xpernah cuba buat lgi nih..