2
KUIH BAKAR BERLAUK yang sangat sedap


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera


Ada macam-macam nama panggilan kuih ni. Ada yang panggil Bingka Berlauk, Kuih Bakar Daging. Apapun namanya, kuih yang sama jugak. Kuih cara berlauk pun resipi lebihkurang cuma dimasak dalam acuan cara. Sebab utama buat kuih bakar ni selain terasa-rasa nak makan, untuk rasmikan acuan yang lama tersadai tak dipakai-pakai.

Masa beli tu tak tau nak buat kuih apa dengan acuan ni (gambar di bawah). Tak sempat nak pikir apa aihh.....nak tunggu idea mai, tak mai mai.....rembat ja la teghuih. Lagipun nampak cantik, berkenan punya pasal tambah lagi kat kedai biasa tak jumpa acuan macam tu.....cuma kat kedai yang satu tu jer ada jual.....toke kedai tu kata import dari seberang.


Dah beli macam biasa la simpan dulu. Nak buat apa kemudian punya cerita. Punya lah lama tersimpan, ada tiga empat tahun kot sampai terlupa dah. Lepas tengok aktiviti masak-masak rakan-rakan Fb baru perasan acuan yang depa guna tu macam ada. Terus cari balik. Resipi pulak memang dah lama simpan hanya tunggu masa yang sesuai je nak buat. Ramai rakan-rakan blogger dah cuba resipi KJee ni, depa semua komen kata sedappp sangat.  


Masa bancuh tu, hati berkata-kata ehh betul ke sukat tadi ni atau tersilap.....sebab adunan nampak cair. Berulang-ulang kali jugak tengok resipi betul-betul. Tak mungkin ada typo error sebab screenshot dari web KJee. Lagipun ramai yang dah mencuba suksess. Saya teruskan jugak lepas confirm yang mata ni tak silap baca resipi. Sambil masak sambil ngap. Mmmm.....dappp. Kena dua tiga biji dah kenyang. Kuih ni lembut, nyaman je makan.....nak makan macam tu je pun boleh, cicah sos cili pun boleh.....Two-Thumbs up!!


Saya lakukan beberapa pengubahsuaian dan penambahan pada resipi serta cara memasak. Saya letakkan juga di sini sebagai rujukan sendiri masa depan. Antaranya ialah.....

  • guna daging cincang
  • telur saiz besar ~ berat sebiji tanpa kulit 60gm, total 300gm
  • campuran 1 sudu makan penuh rempah murtabak + 1 sudu makan penuh rempah kari daging
  • 2 sudu makan (30gm) gula kastor ~ dibancuh sekali dalam adunan
  • 2 ulas bawang putih dihiris ~ tumis bersama bawang besar
  • hirisan daun bawang, daun sup, cili merah *
  • bawang goreng *
  • hirisan cili padi 
  • sedikit bijan

Cara
  • Ambil sedikit santan, blendkan bersama telur, bancuh dengan tepung bersama baki santan dan air
  • Campur semua bahan bertanda * , bahagikan kepada 2 ~ 1 bhg dimasukkan ke dalam adunan dan 1 bhg lagi ditambah dengan cili padi dan bijan, gaulkan (yg ni sbg bahan taburan)
  • Masukkan inti daging ke dalam adunan, gaul rata


  • Saya guna acuan ni, setiap lubang berdiameter 6.5 cm
  • Panaskan acuan atas dapur, griskan dengan sedikit campuran minyak sapi + marjerin
  • Bila acuan dah betul panas, masukkan adunan dalam acuan 3/4 penuh dan tabur bahan taburan
  • Tutup acuan dengan penutup periuk yang bersesuaian, biarkan masak sempurna
  • Dah masak, cungkil sekeliling dan angkat


KUIH BAKAR BERLAUK
by IzaAkma SSK
source ~ KJee @ FauziahSamad.com



Bahan-Bahan :
250 gm daging (1/4 kg)
1 1/2 sudu rempah daging (kjee guna babas)
1 labu bawang besar
Garam /aji secukup rasa

3 cawan tepung gandum
3 cawan santan cair/susu cair/susu rendah lemak
3 cawan air
5 biji telur
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning
Daun bawang
Minyak sapi/margerin


Cara :
Daging dibersihkan dan dibuang semua urat. Cincang sampai halus. Kjee guna daging batang pinang sebab malas nak cincang. Kjee hanya potong kecik2 je. Panaskan kuali. Bubuhlah 1 sudu minyak dan tumis bawang yang telah dicincang. Kemudian bila bawang dah kekuningan, masukkan rempah dan goreng sampai wangi. Masukkan daging dan masaklah sampai kering. Sejukkan.

Pukul telor hingga kembang. masukkan semua cecair (susu dan air) dan kacau sampai rata. masukkan tepung dan kacau hingga sebati. kalau tak halus, masukkan ke dalam blender sedikit demi sedikit dan kisar supaya halus. Bubuh sedikit saja pewarna kuning dan sedikit garam. Jangan banyak sangat garam sebab lauk daging tadi kan dah ada perisa.

Panaskan oven suhu 160 darjah. Lauk daging dibahagi kepada 3 bahagian sebab bancuhan ini jadi 3 kuih bakar. Ambil acuan kuih bakar. Letakkan keatas dapur, bubuh ½ sudu minyak sapi (atau marjerin) dan panaskan. Bila minyak sudah panas, perlahankan api dan tuangkan bancuhan tepung tadi hingga paras ¾ penuh ke dalam acuan. Biar kira2 satu minit, pastu sudukan lauk daging ke dalam bancuhan tepung dalam acuan perlahan2. mula dibahagian tengah dan kemudian dalam setiap lekuk acuan. Bila nampak garing pada tepi2 kuih, masukkan ke dalam oven suhu 180 api atas dan bakar guna api atas sahaja (jika ada) selama 15-20 minit. Guna pisau dan keluarkan kuih ketika masih panas. Sambung buat lagi. Makan dengan sos cili. Sedap tau. Selamat mencuba.





2 sweet comments:

Gee® said...

Waaa... sedap tuh... nak sikit!

sue sue said...

sedapnya kuih ni..dah lama sungguh tak makan...


Jemput singgah ke blog saya:
http://blogmummyrifqiy.blogspot.com