2
KEK LAPIS RED VELVET CHEESE


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera


Masih lagi dengan entri bersangkutan raya. Cookies dah sudah, giliran kek pulak. Sampai minggu terakhir ramadan pun masih tak plan kek apa nak dibuat untuk raya. Alhamdulillah at last siap jugak 3 jenis kek, itu aje yang termampu.....RVC, Kek Kukus Prune dan Kek Lapis Betawi@Rempah. Itu pun last minute terlintas di fikiran.


Tapi kek lapis rempah tak sempat snap fotonya kek dah habis seawal raya kedua. Sambutan di luar jangkaan. Bukan saja kek, cookies yang bersusun panjang macam gerabak keretapi atas meja pun beransur pendek menjelang raya ketiga. Tak pe lah ada masa lain nanti boleh diusahakan buat kek lapis rempah tu untuk dikongsikan di sini.

Kepada yang baru berjinak-jinak membuat kek lapis, nampak seperti leceh nak buat.....tapi sebenarnya tak seperti disangka.....kek ni mudah sangat buat tak banyak ragam. Tak seperti kek-kek lapis lain banyak step yang kalau salah tekniknya kek jadi kurang elok, kalau menjadi pun kek terlalu berminyak.


Kek RVC ni ramai yang puji sedap. Walaupun hanya menggunakan 5 biji telur, teksture kek tetap moist. No wonder la kek ni cepat lakunya. Kemanisan kek pada saya dah cukup sesuai. Penggunaan mixed berries yogurt memberikan ilusi rasa yang istimewa pada kek RVC ini.....
KEK LAPIS RED VELVET CHEESE
by IzaAkma SSK
recipe ~ Sury Abil
ref ~ Selera Sakura & AlongRoz



Bahan Adunan Merah :
250 gm butter (iza guna Anchor)
175 gram gula kastor
5 biji telur (A)
235 gm Tepung Gandum*
2-3 sudu makan serbuk koko* (*diayak bersama)
150 gm susu pekat manis
1 cup mixed berries yogurt (berat bersih 135g)
1 sudu teh ovallette
Pewarna merah

Bahan Adunan Cheese :
500 gm cream cheese
3 biji telur (A)
120 gm gula kastor
Sedikit esen vanila


Cara :
Adunan Merah
Pukul mentega dan gula sehingga putih dan kembang.
Masukkan ovallette, telur satu persatu, putar sehingga sebati dan kembang.
Masukkan susu pekat manis dan putar lagi sehingga sebati.
Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum dan serbuk koko yang sudah diayak.
Putar sehingga semuanya sebati dengan kelajuan yang perlahan.
Campurkan yogurt bersama pewarna merah, gaul sebati dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi, putar lagi dengan kelajuan yang perlahan sehingga adunan bertukar warna merah sepenuhnya.

Adunan Cheese
Putar cream cheese sehingga lembut.
Masukkan gula, putar lagi sehingga sebati.
Masukkan telur dan esen vanila, putar sehingga adunan sebati.
Bahagikan kepada tiga bahagian. (iza bahagikan kepada 4 bahagian)

Cara Melapis
Panaskan oven 170-190'C.
Griskan loyang 8 x 8 inci dan alas dengan baking paper.
Mulakan membakar adunan merah dahulu sebanyak 3 lapisan, setiap lapisan merah tu tak perlu bagi perang sangat.
Bila dah nampak kering dan masak boleh lah sudukan satu lagi lapisan, sebanyak 5 sudu makan sehingga 3 lapisan, baru masukkan bahagian pertama adunan cheese.
3 lapis adunan merah, 1 lapis adunan cheese, 3 lapis adunan merah dan seterusnya....lapis sampai habis. (iza buat 4 lapis cheese dan 5 lapis adunan merah yang mana setiap lapisnya ada 2 lapisan)



Oven yang saya guna untuk bakar kek lapis


Oven Butterfly kesayangan.....
Beli tahun 2006 selepas berguru membuat kek lapis dengan beberapa sifoo. Waktu itu kek lapis tengah trend. Harga beli tak silap rm90. Itupun last stok cuma tinggal satu unit aje lagi. Walaupun banyak brand lain tapi saya lebih suka brand ni. Saya khaskan hanya untuk kek lapis. Dah banyak jasanya.....Dengan oven inilah saya buat jualan kek lapis. Biarpun kecil tapi boleh muat loyang 9 x 9 inci






2 sweet comments:

Khai♥Rin : anies said...

wahhhh nampak sedapppp... nak tempah boleh x kak kek ni??

Sury Abil said...

Cantik kejadian kek lapis nya...tq kerana mencuba.