2
MANGO FLOAT


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera


Mula-mula suka-suka tengok, tak tergoda lagi nak buat. Tapi bila dah sering nampak lalu lalang di wall Fb, yang bermula suka-suka lama-lama cair juga hati. Iya lah takkan nak tengok aje kan.....nak jugak tahu macam mana rasanya sampaikan ramai duk tergila-gila dessert yang satu ni.

Teman ni kalau bab-bab cheese memang selalunya lambat masuk gear. Tak apa lambat asalkan mahu mencuba, yer dak. Tengok rakan-rakan fb buat ayu aje kejadiannya. Sekali tengok buatnya macam renyah walaupun bahan simple tapi bila dah buat sendiri tak lah susah sangat cuma kena sabar je. Teman try pun sebab lebih kepada rasa ingin tahu kaedah menyediakan. Lagipun teman ni bukan peminat cheese.....cukup sekadar merasa sahaja.....selebihnya biar anak-anak perabihkan.


Oleh kerana keinginan untuk membuat mengatasi keinginan untuk makan.....At last Mango Float berjaya jugak mengapungkan entrinya buat pertama kali di dapur ini.

Ikut salinan teman, penyumbang resipi ini Wawa Waheeda ambil dari Fb kalau tak silap.....

Tak cun mana pun kejadian Mango Float teman nih.....
Tapi dari segi rasa tak terkata apa.....Memang sedap!


Biskut marie coklat yang ada tak cukup untuk disesuaikan dengan adunan cheese. Jadi terpaksa cari alternatif lain guna biskut cream cracker dengan marie original. Semua pun sedapp. Tapi pada saya yang guna biskut marie coklat punya rasa lebih hebat.

~ dilapisi biskut marie original ~

~ dilapisi dengan biskut marie coklat ~

~ dilapisi dengan biskut cream cracker ~
MANGO FLOAT
by IzaAkma SSK


Bahan-Bahan :
250 gm Cream Cheese (iza guna Tatura)
80 gm Gula Aising
200 gm Fresh Milk
80 gm Yogurt Perisa Mangga
175 gm Fresh Cream (iza guna UHT Whipping Cream Anchor kotak kecil 250ml.....alang-alang tinggal sikit iza habiskan semua)
Buah Mangga ~ hiris memanjang & potong dadu
Biskut Marie Coklat/Kopi

Cara :
Putar whipping cream hingga kental. Ketepikan.
Dalam bekas lain, putar cheese + gula aising hingga licin dan tidak berketul.
Satukan fresh milk + yogurt, kacau rata dan masukkan ke dalam adunan cheese. Kacau rata dengan handwhisk.
Masukkan whipping cream tadi dan kacau hingga sebati.

Cara Melapis
Sediakan bekas-bekas pilihan.
Aturkan biskut marie ke dalam bekas, masukkan 2sdb adunan cheese dan ratakan. Aturkan hirisan mangga.
Ulangi langkah biskut-adunan cheese-hirisan mangga hingga habis.
Atas sekali potongan mangga bersama taburan biskut marie hancur.
Tutup bekas, simpan dalam petisejuk di tempat chiller 6 jam @ iza simpan semalaman

#ikut cara asal~~biskut dicelup dalam air suam atau susu sebelum diatur dalam bekas




2 sweet comments:

Khai♥Rin : anies said...

mcm cheesekut jg kan kak? beza ada yogurt, mangga n fresh cream

IZA AKMA said...

@Khai♥Rin : anies
Lebih kurang anies...