0
SUP DAGING ALA SIAM


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera


Sup daging yang super duper sedap!!
Supnya yang sudah sememangnya enak jadi berganda-ganda lebih enak dengan aroma taburan bawang goreng bersama hirisan daun bawang / daun sup serta perahan jus limau.



SUP TULANG ALA SIAM
tried & tested ~ IzaAkma SSK
source ~ Lydia Honey @ lydiahoney2003.blogspot



Bahan-Bahan :
1 kg Tulang Lembu ~ dipotong sederhana besar (iza ganti daging)
3 batang Serai ~ dititik
1 inchi Halia ~ diketuk sikit
1 inchi Lengkuas ~ diketuk sikit
2 biji Tomato ~ dibelah 4
2-3 helai Daun Limau Purut
Cili Padi (jika suka)
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Sedikit Minyak untuk menumis

2 kuntum Bunga Lawang*
3 biji Buah Pelaga*
3 kuntum Bunga Cengkih*
1 batang Kayu Manis*
6 biji Bawang Merah ~ dimayang halus*
3-4 ulas Bawang Putih ~ didadu halus* (*ditumis)

1 sdt Serbuk Lada Hitam**
1 sdb Serbuk Ketumbar**
1 sdt Serbuk Jintan Kasar**
1 sdt Serbuk Jintan Halus**(**dikisar halus) ~ (iza guna rempah biji untuk keempat-empat bahan rempah ini.....sangai sekejap.....kemudian tumbuk bersama-sama bawang merah dan bawang putih)

2 labu Bawang Besar ~ dipotong bulat
2 biji Kentang sederhana besar ~ dipotong 6
1 batang Carrot ~ dipotong ikut suka
Hirisan Daun Sup / Daun Bawang & Bawang Goreng ~ untuk hiasan


Cara :
Bersihkan tulang (daging yang dipotong ikut suka) dan toskan.
Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis rempah tumis, serai, lengkuas, halia, daun limau purut dan bahan kisar halus hingga harum.
Masukkan tulang (daging), gaul rata dan biarkan selama 5 minit.
Masukkan air dan rebus sehingga tulang (daging) empuk (guna presure cooker jer).
Masukkan kentang dan carrot, biarkan hingga empuk.
Masukkan garam secukup rasa.
Masukkan tomato serta bawang besar (kalau suka boleh masukkan cili api yang diketuk sedikit) renehkan selama 2 minit lagi dan matikan api.
Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
Sedia untuk dinikmati dan juga enak dihirup begitu saja..


Tips :
Kalau nak masam add sikit perahan lemon jus (iza tambah jus limau nipis)




0 sweet comments: