0
NASI DAGING UTARA, REMPAH NASI DAGING (homemade) & AIR ASAM KERISIK


Di Utara yang famous Nasi Daging nie. Ramai kata sedap. Tapi tu la bila pi utagha selalu lupa-lupa ja nak pekena nasi daging. Takpa laa.....tak dapat merasa originally nasi daging air tangan orang utara.....dapat rasa nasi daging air tangan sendiri pun jadi laa.....

Bila di google kebanyakan resipi menggunakan rempah ready-made. Saya tak nak yang ready made.....kalau boleh suka yang homemade. Sekurangnya dapat jugak belajar bagaimana menyediakan rempah tu sendiri. Saya yakin takde jalan pintas untuk menghasilkan sesuatu masakan itu lebih sedap dan berkualiti  melainkan dengan ilmu, usaha dan pengalaman

My first experience menyediakan nasi daging. Walaupun banyak langkah yang perlu diikuti tapi amat berbaloi. Nasi daging yang sangat-sangat sedap, tekstur nasi yang lembut, semerbak aroma harum daripada penggunaan rempah-rempah asli.....Makan pula dengan daging bercicahkan air asam dan beracarkan timun.....Pasti akan buatkan sesiapa yang merasainya makan tak dongak dagu......


NASI DAGING UTARA
by IzaAkma SSK
source ~ Resepi Minggu Ini

PENYEDIAAN REMPAH NASI DAGING (homemade)

Bahan-Bahan :
2 sdb Biji Ketumbar
1 sdb Biji Lada Hitam
1 sdb Biji Jintan Manis
1 sdk Biji Jintan Putih
1 batang Kulit Kayu Manis
Sedikit Bunga Lawang, Bunga Cengkih & Buah Pelaga
~ (iza buat 1 kuntum bunga lawang, 4 kuntum cengkih, 4 biji buah pelaga)
1 sdb Halba
2-3 biji Buah Keras*
2-3 biji Badam* (*ditumbuk kasar dahulu)
1 inci Halia ~ dihiris nipis

Semua bahan-bahan di atas disangai @ digoreng tanpa minyak hingga garing
Sejukkan dan dikisar kering hingga jadi serbuk
Simpan didalam bekas kedap udara
PENYEDIAAN NASI DAGING

Bahan-Bahan :
1 kg Daging Batang Pinang ~ potong sederhana besar, cuci bersih dan toskan
6 cawan Beras Basmathi ~ direndam 15-20 minit & toskan, kalau guna beras biasa tak perlu rendam
2 helai Daun Pandan ~ disimpul
Sedikit Kayu Manis, Bunga Cengkih, Bunga Lawang & Buah Pelaga
3 sdb Minyak Sapi
3 sdb Rempah Nasi Daging (homemade)
1/3 cwn Minyak Masak
7 ½ cwn Air
½ tin Susu Cair
½ cwn Tomato Puree
½ cwn Tomato Soup
Garam secukup rasa

1 inci Halia*
3 ulas Bawang Putih*
5 ulas Bawang Merah* (*ditumbuk halus)

Bawang Goreng, Daun bawang & Daun Sup ~ hiasan


Caranya :
Dalam periuk, panaskan minyak bersama minyak sapi
Tumiskan bahan tumbuk
Masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang & buah pelaga
Kemudian masukkan daun pandan, tumis hingga bawang kekuningan.
Masukkan daging. Kemudian masukkan serbuk nasi daging dan goreng sebentar.
Masukkan air dan rebus hingga daging empuk @ hampir empuk.
Masukkan tomato puree dan tomato soup. Masak lagi hingga mendidih.
Masukkan pula susu cair, garam dan biar sebentar.
Masukkan beras dan masak bersama-sama daging tadi.
Gaul rata, kecilkan api dan masak seperti masak nasi biasa hingga nasi masak
Bila nasi dah masak, keluarkan daging
Gemburkan nasi dan hias nasi dengan hirisan daun sup, daun bawang dan juga bawang goreng.
Sebelum dihidangkan hiris nipis-nipis daging tadi dan boleh dihidang bersama ~air asam tomato kerisik dan juga ~acar timun
AIR ASAM KERISIK
source ~ Kak Hanieliza

Bahan A:
1 sdm Asam Jawa
2 biji Cili Merah
5 biji Cili Api Merah
½ cwn Air Suam
1 biji Tomato ~ potong dadu
1 inci Belacan
1 sdm Gula
1 sdt Garam

Bahan B:
2 biji Tomato*
1 labu Bawang Besar*
3 biji Cili Hijau*
2 biji Cili Merah* (*dihiris)
5 biji Limau Kasturi ~ ambil jus
1 sdm Kerisik

Cara :
Gaul asam jawa dengan air dan tapis
Masukkan bahan A dalam pengisar, kisar kasar
Gaulkan dengan bahan B

*****************

Untuk ACAR TIMUN boleh rujuk entry ACAR TIMUN NENAS
Cuma untuk nasi daging ni saya abaikan nenas.....




0 sweet comments: