0
ACAR BUAH

Acar Buah gandingan Nasi Arab D'Klasik...

Nostalgia. Masa saya kanak-kanak remaja dulu kalau gi kenduri kawin ada acar buah.....ambik tetap ambik.....tapi time makan, buah semua bersusun tepi pinggan.....tak makan, makan sambal dia je. Baik acar buah atau acar limau dua dua tak suka. Bukan tak suka apa.....tak suka buah-buah dia.

Tapi sekarang ni dah mula belajar makan sikit-sikit.
Itupun masih pilih-pilih bukan semua.

Sebab tu kalau sediakan sendiri acar buah, saya akan campur dengan buah-buahan kering yang lain. Selain lebih sedap ia juga bagus menambahkan nutrisi dalam menu. Malah saya juga pernah memasukkan epal hijau ke dalam acar buah. Rasanya not bad.....rasa masam-masam manis semulajadi so tak perlu guna banyak cuka.


Saya salin resipi acar ni daripada sebuah akhbar beberapa tahun lalu. Tak silap saya penyumbang resipi seorang chef tapi tak ingat siapa.

Resipi di bawah dah saya olah sikit daripada yang asal selepas beberapa kali percubaan
Acar buah yang mewah buah-buahan dan kaya dengan rasa masam manis semulajadi...


ACAR BUAH
by IzaAkma SSK


BAHAN A :
  • 250 gm Campuran Buah Acar
  • 75 gm Kismis Kuning
  • 75 gm Buah Prune (tanpa biji)
  • 75 gm Aprikot Kering
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 5 ulas Bawang Merah
(rebus semua bahan di atas kecuali prune selama 15 minit dan toskan)

BAHAN B :
  • 4 sdb Jus Nenas dalam tin (optional)
  • Parutan Kulit Lemon daripada 1 biji lemon
  • Cuka, Gula dan Garam secukupnya
  • Sedikit Bijan ~ disangai
  • Minyak untuk menumis

BAHAN KISAR :
  • 12 tangkai Cili Kering
    (rebus cili, toskan & kisar asing daripada bahan kisar yang lain)
  • 1 ulas Bawang Putih ~ pilih ulas yg besar
  • 1 labu Bawang Besar Merah
  • 1/2 inci Kunyit Hidup
  • 1 inci Halia
  • 1 batang Serai
  • 1/2 inci Lengkuas


CARA PENYEDIAANNYA :

❀  Panaskan minyak. Masukkan bahan kisar. Tumis sehingga wangi.
❀  Masukkan cili kisar dan teruskan menumis sehingga bahan tumisan garing dan berbau harum.
❀  Masukkan gula dan garam. Teruskan menumis sambil dikacau.
❀  Masukkan jus nenas dan cuka secukupnya. Masak lagi sehingga pecah minyak.
❀  Rasakan garam, gula dan masamnya sebelum menambah buah-buahan.
❀  Setelah cukup rasanya, masukkan bahan A tadi dan gaul sehingga sebati.
❀  Last sekali masukkan parutan kulit lemon, kacau-kacau...terus tutup api dan angkat.





0 sweet comments: