1
CHIFFON PANDAN TAPAI UBI

Setakat ni saya dah buat Apam Karamel, Kek Marble Kukus, Pankek, Puding mengguna tapai ubi. Hasilnya tak menghampakan. Kali ni apakata cifon dengan tapai ubi plak. Tak cuba tak tau kan macam mana rasa...

Sedap jugak ya Chiffon Pandan Tapai Ubi. Seakan secocok paduan tapai bersama perisa pandan. Wangi aroma pandan dengan tapai menaikkan lagi rasa cifon. Ini lah yang buatkan kek ni special, gebu dan lembut. Cuma ralat sikit. Kehalusan tekstur kek kelihatan tak begitu sempurna, berpori. Ini kes menderhaka tak ikut tips.....terlajak pukul putih telur. Selalu buat kek pun adakala terbabas jugak.....kadang tu tersungkur, kek merajuk tak jadi pun ada. So kalau nak cifon jadi halus mulus tak ada lubang-lubang jangan abaikan tips penting ni okay...(peringatan untuk saya akan datang)


~ untuk bahan A, saya guna 130gm gula kastor menggantikan gula pasir sebab tapai dah manis
~ guna 1 tsp pes pandan campurkan dengan air sebagai ganti jus pandan
~ guna minyak jagung
~ kisar tapai dengan santan dan air supaya halus - masukkan dalam bekas - satukan dengan minyak dan pes pandan - kacau rata
~ untuk bahan B juga guna gula kastor

Tips::
~jangan memukul putih telur terlalu kental, nanti kek berpori besar


CHIFFON PANDAN TAPAI UBI
by IzaAkma SSK
source : Nining's Kitchen


BAHAN A :
  • 175 gm Tepung Gandum ~ diayak
  • 125-150 gm Gula Pasir (bergantung manis tapai)
  • 200 gm Tapai Ubi ~ buat urat, hancurkan
  • 80 gm Santan Pekat (60gm Santan KARA + 20 ml Air)
  • 100 gr Minyak Masak
  • 7 biji Kuning Telur
  • 20 ml Jus Pandan / 20 ml Air + Pes Pandan
BAHAN B :
  • 7 biji Putih Telur
  • 1/2  sdt  Cream of Tartar (boleh ganti cuka/jus lemon)
  • 1/4  sdt  Garam
  • 75 gm Gula Pasir


CARA PENYEDIAANNYA :

❀  Campur tepung gandum & gula pasir, ketepikan
❀  Kacau rata tapai ubi, santan, minyak masak dan campuran air dengan pes pandan
❀  Masukkan campuran tapai ke dalam campuran tepung, kacau rata
❀  Masukkan kuning telur, kacau lagi rata dan sebati, ketepikan

❀  Mixer putih telur + garam + cream of tartar sampai setengah kembang
❀  Masukkan gula pasir sedikit demi sedikit, mixer lagi sampai kembang dan putih, cukup sekadar soft peak

❀  Masukkan putih telur ke dalam adunan tepung sedikit sedikit, sambil dikaupbalik dengan perlahan
❀  Tuang ke dalam acuan chiffon
❀  Bakar dalam oven suhu 180C selama 20 minit, turunkan suhu 170C dan teruskan membakar selama 30 minit lagi sampai permukaan kek berwarna kecoklatan dan kering (suhu dan jangkamasa membakar ikut oven)
❀  Keluarkan dari oven
❀  Kalau acuan berkaki, cukup hanya terbalikkan acuan. Kalau tidak berkaki, ambil botol yang berleher. Masukkan leher botol ke lubang tengah loyang dan terbalikkan
❀  Tunggu sampai kek turun dan keluar sendiri, atau guna bantuan spatula untuk mengeluarkan
❀  Potong sesuai selera





1 sweet comments:

Wani Sukarno said...

Salam singgah ,,menariknya resepi nh gsbungan chiffon n tapai,, gerenti nak cuba,,