2
MEE REBUS

Mee Rebus yang tak kurang hebat dan enak...

Salin resipi dah lama, baru nak try. Masa salin dulu ada tulis sekali nama sumber. Hari ni nak n3 google cari balik sumber, tak jumpa. Apa pun saya letak jugak nama sumber ikut apa yang tercatat dalam salinan. Terima kasih pada penyumbang resipi. Satu lagi resipi mee rebus yang memenuhi citarasa saya. Cuma lain kali kena buat cucur udang makan sekali dengan cucur. Yang ni takde cucur pun sedap apa lagi kalau ada cucur.....dah tentu-tentu berdouble triple sedap. Jadi saya simpan resipinya di sini untuk rujukan kemudian hari nanti


Saya letak juga cara & penambahan yang saya buat for my own reference...
~ 1/2cwn cili kisar
~ guna keledek oren
~ rebus bersama keledek dengan kentang - lecek
~ gula merah secukupnya untuk rasa & warna
~ 1 kiub pati lembu
~ sangai dulu udang kering - kisar kering
~ rebus udang sekejap - keluarkan udang - ketepikan
~ guna air rebusan udang untuk rebus daging sehingga empuk & simpan air

MEE REBUS
by IzaAkma SSK
source ~ Ja's Kitchen


Bahan-Bahan :
2 labu Bawang Besar | tumbuk
8 ulas Bawang Putih | tumbuk
3 sdb Cili Kisar
300 gm Daging | rebus hingga empuk & simpan airnya
200 gm Udang Segar | rebus sekejap dengan daging tadi
1/2 cwn Udang Kering | basuh, tumbuk/blend
2 biji Ubi Kentang | rebus & lecek
2 biji Keledek | rebus & lecek
3 sdb Kacang Tanah | yang telah digoreng & tumbuk halus
1 tin kecil (170g) Tomato Puree/Paste
3 sdb Tomato Sos
3 biji Tomato (dibelah 4)
1/2 cwn Air Asam Jawa
Seikat Sawi (potong kecil)
Garam & Gula secukup rasa

Bahan Sampingan Lain :
Mee Kuning
Tauge
Tauhu Goreng
Cucur Udang
Cili Merah/Hijau
Telur Rebus
Daun Sup & Daun Bawang
Bawang Goreng
Limau Nipis


Caranya :
Tumis bawang tumbuk sampai wangi
Masuk cili kisar. Kacau sampai pecah minyak
Apabila garing, masukkan daging & udang. Kacau sebati
Masukkan tomato puree/paste, tomato buah, tomato sos, udang kering kisar/tumbuk, air rebusan, ubi kentang dengan keledek yang dilecek tadi. Biarkan seketika
Masuk sawi. Akhir sekali kacang tanah dan air asam jawa.
Perasakan garam dan gula
Biar masak seketika hingga kuah nampak pekat dan sedikit berminyak dengan adanya kacang tadi
Siap.

# Memang rasa lain dari yang lain tapi meletup sedapnya...





2 sweet comments:

Gee® said...

Mak aii..!! menitik air lioq...

Fadzillah said...

Sedapnya mee rebus... dah terliur dah ni.