0
PENGAT NANGKA

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera

Masa membeli keperluan dapur di pasaraya semalam betul-betul langkah kanan. Macam tau-tau kita ni tengah tercari-cari nangka gara-gara teringin bebenor. Bagaikan orang mengantuk disorong bantal, tiga pek sekaligus kita rembat.

Jadi sajian petang hari ni ialah pengat nangka campur sagu dengan jagung manis. Jagung tu saya beli dua tongkol je... satu buat pengat satu lagi ingat nak buat kuih lain. Memang saya lebihkan pada nangka... jagung cuma tambah-tambah aje.

Petang petang macam ni dengan cuaca mendung hujan lagi layan pula pengat... emmm memang sedap.


Pengat ni saya guna gula melaka sahaja. Tak ada campuran gula pasir langsung. Itu pun dah rasa manis. Next time kena kurangkan sikit gula melaka dan tambah lagi sagu.


PENGAT NANGKA
by IzaAkma SSK


BAHAN-BAHAN :
  • 14 ulas Nangka, potong memanjang
  • 1 tongkol Jagung, hiris isi
  • 5 sdm Sagu, basuh & tos
  • 200 gm Gula Melaka, potong kecil supaya cepat larut
  • 3 cwn Air
  • 1 cwn Santan Pekat (kotak)
  • 1 helai Daun Pandan, disimpul
  • Secubit Garam

CARA PENYEDIAANNYA :
❀   Rebus isi jagung dengan air.
❀   Masukkan gula melaka. Masak hingga gula larut.
❀   Masukkan sagu dan daun pandan. Masak hingga sagu jernih.
❀   Masukkan santan dan garam. Setelah hampir didih masuk nangka, kacau.
❀   Masakkan sekejap untuk beberapa minit dan padam api.





0 sweet comments: